Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 18 April 2013

Mencari Kemenangan Dalam Berhujah



Bila dah mula nak berhujah, mulalah nak tunjuk taring. Yang penting kita yang mula berhujah sudah pasti ada tanda-tanda nak menang tak mahu mengalah langsung. Sememangnya lari terus dari niat sebenar kita menjual iaitu hendak membantu dan menolong dari menjual. Inilah jadinya kalau ego kita paling mudah berlaku hanya merasakan apa yang telah dimaklumkan dan berhujah semua nya adalah betul dan tepat. Sememangnya tiada siapa yang akan berani melawan dan menentang hanya kerana jika ada seseorang dari nya mempunyai pangkat dan jawatan sebagai orang yang kuat kuasanya.

Berhujah ini baik sebenarnya kalau kena pada caranya. Yang penting tiada satu pihak pun akan disakiti hatinya ataupun berlaku berdendam di kemudian hari. Agar mereka tahu bagaimana kuatnya pendirian dan pegangan kita terhadap produk yang ditawarkan. Berkeyakinan tinggi dan berhemah apabila bersuara. Oleh yang demikian terdapat kaedah yang boleh dipergunakan dengan baik andai kata dirasakan mahu apa juga hujah yang boleh diutarakan berpihak kepada kita dan mencapai kemenangan secara diplomasi dan berhemah iaitu

i.             Fikirkan hujah yang terbaik
Meletakkan apa sahaja yang terbaik dari segi kefahaman, penerimaan dan berfakta. Biar ringkas, jelas dan padat apa yang ingin disampaikan. Berpendirian teguh dan bertenang dalam memberikan hujah. Jangan tersalah cakap atau memberikan perkara yang berlawanan pula. Yakin atas apa yang dilakukan secara berhemah, bersopan dengan intonasi yang lembut bukan perlahan. Berikan yang terbaik agar hasilnya akan memberikan juga yang elok buat diri kita.

ii.           Fikirkan kesulitan yang boleh di tokok tambah menampung kekuatan hujah yang telah diberikan
Sememangnya Allah jadikan setiap kesulitan dan kesusahan yang kita tanggung ada jalan penyelesaiannya. Mungkin kadang-kadang prospek/pelanggan ingin mengacah atau nak menengok ketahanan diri kita. Semuanya memerlukan kesabaran dan ketabahan. Jangan terlalu yakin pula kerana bangkangan mereka mudah berlaku dan terjadi tanpa kita sedari. Yang penting cepat ambil kesempatan tatkala ilham menjelma bagi menyokong dan memperkuatkan lagi apa hujah yang telah diberikan. Elakkan dari panik dan menggelabah tak tentu hala.

iii.          Pandai ambil kesempatan di atas kelemahan mereka sendiri.
Bertindak bijak dan pantas bila kita sedari terdapat kelemahan yang dikesan dari mereka. Jangan tersalah tafsir sudahlah. Kebiasaannya pengalaman diri sendiri yang boleh menentukan sama ada boleh atau tidak kita berhujah dengan sebaik mungkin bersandarkan dari kelemahan yang kita sedari dari mereka. Ambil peluang dan oportuniti ini dengan bijak agar tiada kesilapan pula yang berlaku dari diri kita. Berhati-hati dan berwaspada sentiasa.

Lakukan dengan sebaik mungkin. Jangan mudah mendabik dada dan meninggi diri tidak tentu hala merasakan hujah yang diberikan adalah paling terbaik pernah diberikan. Apabila berhujah elakkan sama sekali bukan kerana hawa nafsu atau menunjukkan diri kita paling hebat dan gempar pernah ada dalam dunia ini. Buang jauh-jauh sikap sebegini agar apa yang dilakukan kerana kebenaran dan kepentingan produk yang hendak ditawarkan. Bukan untuk menunjuk atau mereka sahaja yang tidak betul dan benar. Perbetulkan nawaitu agar apa yang kita lakukan dalam berhujah nanti sentiasa mengikut apa yang agama tuntut agar keberkatan dan keredaan Allah diperoleh dengan sebaik yang mungkin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan