Kenalkah pada Tiger Woods pemain golf profesional yang telah
mencapai lebih daripada 70 kejoahanan utama sepanjang kariernya memenangi pelbagai
juara kejohanan. Dari tahun 1996, demi mempertahankan kejuaraan yang dimenangi
dan mempertahankan sebagai pemain golf yang utama pernah ada di dunia ini telah
mengubah tiga kali cara pukulannya. Biarpun pukulan yang sedia ada boleh
membawa kepada rentak kemenangan dan kejuaraan namun Tiger Woods langsung tiada
mempunyai kegentaran dan ketakutan untuk berubah demi mencapai kepuasan dirinya
dan mencapai kejuaraan lagi dan lagi dalam hidupnya.
Bermula dengan jurulatihnya Butch Harmon dari tahun 1996
sehingga memperoleh 32 kemenangan kejohanan dengan 7 kejohanan utama Master,
Tiger Woods masih tidak berpuas hati dengan cara pukulannya walaupun pencabar-pencabar
lain masih gagal menyaingi kehebatan beliau. Bermula tahun 2003 Tiger Woods
telah menukar jurulatihnya dengan mengambil Hank Haney turut menukar cara
pukalannya. Walaupun cara pukulannya telah bertukar namun rentak kemenangan dan
kejuaraan masih mampu lagi beliau kecapi dengan menitip kemenangan 36 kejohanan
lagi berserta 7 kejohanan Master yang digilai oleh semua pemain golf terhebat
didunia untuk memenangi kejohanan Master. Sehinggalah pada tahun 2009 skandal
seks beliau terbongkar dan mengalami kemalangan kereta, prestasi dan fokus
Tiger Woods mula jatuh merudum seolah-olah seperti cukup sukar bagi beliau
untuk kembali sebagai pemain golf utama dunia.
Tapi itu bukan penamat bagi Tiger Woods. Bermula 2010, Tiger
Woods sekali lagi menukar cara pukulannya buat kali ketiga dengan mengambil
jurulatih yang baru bernama Sean Foley. Tanpa mengenal putus asa dan kecewa
dengan masalah peribadi dan kewangan yang semakin menghimpit dirinya semuanya
beliau hadapi dengan tenang dan tabah. Bersama jurulatih barunya Tiger Woods
berjaya sekali lagi melonjakkan dirinya kembali kepersada puncak kejuaraan dan
rentak kemenangan semula menjadi pemain utama dunia semula setelah 29 bulan
tiada namanya bersemadi sebagai pemain No 1 dunia. Hebatnya Tiger Woods
daripada seorang yang pernah berada dipuncak dunia kemudian jatuh secara
tiba-tiba kini meniti sekali lagi menjadi
seorang juara dunia. Inilah dia Tiger Woods walaupun rentak pukulan yang
sedia ada boleh memberikan kemenangan dan kejuaraan kepada dirinya namun demi
kepuasan dan kehebatan yang perlu dipertahankan, beliau sanggup mengubah cara
pukulannya dan terus menjadi juara dunia sehingga hari ini.
Penerangan yang jitu dan bersungguh perlu dilakukan agar
setiap teori atau kaedah baru yang ingin dilakukan perlu diberikan tunjuk ajar
yang sepatutnya. Jangan main logik akal seorang diri tapi berikan apa yang
boleh teori baru lakukan dengan memberikan segala kebaikan dan kelebihan yang
ada pada mereka jika mereka melakukannya teori baru ini. Jangan mudah mendabik dada
tapi jangan sama sekali berputus asa memberikan penunjuk dan petunjuk kepada
mereka akan apa sebabnya teori yang baru ini adalah lebih baik dan berguna buat
diri mereka nanti. Sudah pasti apa yang kita harapkan dan mahukan pada akhirnya
akan pasti terlaksana juga akhirnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan