Terdapat pelbagai cara dan kaedah dalam kita mendapatkan
senarai leads seperti mana yang dikehendaki. Yang penting perlaksanaannya dan
bukan asyik memikirkan bagaimana untuk mendapatkan leads. Apabila leads mudah
didapati bermakna pencarian kepada prospek juga amat senang dan tidak
memeningkan kepala. Kerana dari prospek lah nanti pasti akan bertukar pula
kepada pelanggan. Bukannya satu tugasan yang sukar sebenarnya tapi ia nya adalah
satu tugasan yang mesti dilakukan. Tiada leads bagaimana pelanggan boleh
didapati?
Sememangnya di pasaran terdapat pelbagai orang atau
agensi yang sudi menyediakan khidmat pembekalan senarai-senarai nama leads seperti
mana yang kita mahukan. Di samping modal perlu disediakan bagi membiayai atau
membeli senarai nama-nama tersebut, adakah kita boleh memastikan senarai leads
yang ada kita belikan daripada mereka boleh dipergunakan seratus peratus?
Inilah salah satu kekurangan yang akan kita dapati jika kita mengharapkan
agensi atau orang perseorangan yang membekalkan senarai leads kepada kita. Kita
akan lebih membuang masa kita melakukan saringan dan tapisan senarai nama-nama
leads dari melakukan jualan. Adakah ini matlamat kita dalam melakukan jualan?
Sebenarnya banyak cara dan kaedah yang boleh kita
peroleh dengan senang dan mudah. Tak perlu nak membeli dari mana-mana pembekal
yang ada. Cuma kita kena rajin gunakan segala sumber dalaman yang ada pada
kita. Itu sudah dikira cukup memadai. Antara cara mudah adalah
i.
Kerap adakan taklimat atau sesi penerangan. Semasa di
akhir ceramah atau taklimat edarkan borang-borang yang ringkas yang memerlukan
pengisian data bakal-bakal pelanggan seperti nama, alamat, nombor telefon
bimbit, pekerjaan dan sebagainya. Minta tolong isikan bagi tujuan syarat utama
layak dalam cabutan bertuah di akhir sesi taklimat atau ceramah nanti. Berikan
sesuatu ganjaran kepada mereka sebagai satu umpan dalam menarik minat bagi mendapatkan
data-data peribadi mereka.
ii.
Pembukaan kaunter-kaunter bergerak dilakukan secara
berkala dan sekerap yang termampu bagi menarik kesedaran mereka tentang
kewujudan produk yang ditawarkan di pasaran. Setiap orang yang bertanya
dapatkan isi latar belakangnya dengan pengisian borang serba ringkas yang
disediakan dan sebagai pulangan kepada mereka berikan sebarang
cenderamata-cenderamata yang bersesuaian seperti pen, pensel, beg shopping dan
sebagainya.
iii.
Bagi pelanggan-pelanggan yang menerima tawaran yang
dikemukakan dapatkan darinya referral-referral yang diperlukan tanpa kita
merasa ragu-ragu. Yang penting minta secara baik, jangan tergopoh gapah dan
hormati keputusan mereka. Mungkin di masa kini pelanggan tersebut merasa sukar
untuk memberinya tapi tidak mustahil mudah diperoleh pula di masa hadapan. Yang
penting jangan sama sekali mudah merasa kecewa dan putus asa.
iv.
Pergunakan dari sahabat handai, jiran tetangga, saudara
mara, kenalan rapat atau rakan sekerja untuk meminta dan memohon sesiapa sahaja
nama dan nombor telefon mereka bagi tujuan melakukan promosi atas kenalan
mereka pula. Kalau kita baik dengan sesiapapun sudah pasti mereka akan
membalasnya dengan kebaikan yang telah kita berikan kepada mereka terlebih
dahulu.
v.
Perkhidmatan sms seperti sistem DAPAT, Rakan Cops dan
sebagainya boleh juga diikuti sebagai tanda mudah mendapatkan leads-leads yang
diperlukan. Yang penting jangan lewat untuk membalasnya semula kerana imej kita
dan produk perlu dijaga sebagai menunjukkan tahap perkhidmatan yang terbaik
dapat diberikan.
vi.
Edaran-edaran flyers di merata tempat di mana pada sebelah
bawah flyers tersebut disediakan ruangan untuk diisikan latar belakang mereka
yang menerimanya bagi mendapatkan cenderamata-cenderamata yang disediakan
apabila pemulangan borang pada flyers berkenaan telah dipulangkan. Bina
ayat-ayat yang ringkas tapi mudah menarik perhatian mereka merasa teruja dengan
apa yang dipersembahkan dalam flyers tersebut agar borang tersebut dapat
kembali semula kepada kita. Kreativiti pula ada.
Jangan berhenti untuk mencuba. Teruskan segala usaha
yang ada. Selagi kita merungut dan bersungut selagi itu tiada apa yang boleh
kita peroleh. Jadilah seorang yang bersikap waja dan mudah meyakini apa yang
boleh kita lakukan. Jangan sesekali dibiarkan kita menghadapi kekeringan leads
yang ada. Kerana semua orang yang melakukan jualan sudah pasti bermula dengan
pencarian leads untuk mendapatkan penutupan jualan seperti mana yang
dikehendaki. Usaha terus usaha kerana usaha itu adalah tangga kejayaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan