Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 2 April 2013

Terdiam seketika



Dalam kita memberikan penerangan seperti mana yang dimahukan oleh prospek/pelanggan ataupun semasa pelbagai persoalan yang timbul ketika berinteraksi ataupun berkomunikasi dengan mereka, suatu yang perlu dirisaukan serta ditakuti ialah apabila kita tiba-tiba sahaja terlupa terdiam seketika tidak tahu bagaimana untuk membalas balik atau memberikan penerangan yang sepatutnya kepada mereka yang mahukan penjelasan lanjut daripada kita. Lidah menjadi keluh terdiam terus bingung memikirkan apa perkataan atau ayat yang bersesuaian dengan kita untuk dihujahkan atau diutarakan kepada mereka.

Bukan kerana panik, gerun, gentar ataupun takut tetapi tiba-tiba sahaja terdiam terus tak tahu apa yang perlu diucapkan ketika melakukan jualan. Inilah satu situasi atau keadaan yang mungkin akan berlaku perlu kepada tindakan lebih berhati-hati dan berwaspada agar prospek/pelanggan yang berada di hadapan kita tidak akan bersangka buruk atau memandang sinis akan keupayaan kita menjual. Bawalah bertenang dan bersabar. Satu ujian Allah yang perlu kita tempuhi walaupun tiada siapa yang mahukan perkara sebegini berlaku. Ambillah tindakan yang terbaik agar apabila ia nya berlaku ke atas kita sekurang-kurangnya kita tahu apa yang perlu dilakukan iaitu

i.             Diam seketika
Jangan kata apa-apa. Bawa relak dan tenang seketika. Di hadapan mereka jangan pula dikatakan ‘Alamak terlupalah pula’ atau ‘ish apalah yang nak diberitahu ini’. Semuanya akan mengakibatkan prospek/pelanggan yang berada di hadapan boleh merasa begitu sangsi dengan keupayaan kita melakukan jualan. Lebih baik ambil tindakan berdiam diri zip kan mulut untuk kita mencari ruang berfikir semula apa yang perlu kita perkatakan.

ii.           Jangan panik
Kalau dikelilingi oleh ramai orang tidak mustahil jadi berpeluh dibuatnya. Dah berpeluh biarkan sahaja jangan dilayan peluh yang menitik itu walaupun mungkin dalam bilik yang cukup kuat hawa dingin sejuknya. Yang penting jangan menggelabah dan panik yang tentu hala. Bertenang dan bersabar agar panik yang kita lalui tidak mempengaruhi pemikiran kita untuk menjadi gerun, takut dan risau.

iii.          Istighfar
Tindakan terbaik ingat akan Allah, beristighfar sentiasa akan Allah memberikan semula ketenangan dan kesabaran yang kita cari selama ini. Kita lupa Allah bermakna Allah semakin melupakan kita tetapi kalau di hati kita ingat Allah apa juga keadaan dan situasi yang dialami tidak mengikut apa yang kita mahukan mohonlah pada Allah agar Allah sentiasa per mudah kan dan menyenangkan segala tugasan kita dalam melakukan jualan.

iv.          Sediakan nota
Sebaik-baik tindakan adalah menyediakan nota. Kita bukan nak tahu mungkin kita terlupa atau tiba-tiba sahaja cukup susah untuk mengingatinya sekurang-kurangnya ada bantuan dari catatan nota kita sendiri yang boleh membantu tugasan jualan kita. Ada gunanya kenapa nota cukup perlu dilakukan dan dibawa bersama ketika kita melakukan jualan. Di samping membantu untuk kefahaman diri sendiri ia nya juga dapat membantu andai kata berlaku situasi atau keadaan seperti sebegini.

v.            Mohon kemaafan
Jangan rasa tinggi diri yang berlebihan. Mohon sahaja kemaafan atas apa yang berlaku. Semuanya kehendak Allah. Prospek/pelanggan akan mudah merasa terharu dengan apa yang kita ucapkan. Tidak salah memohon kemaafan kerana apa yang berlaku dan terjadi itu adalah salah dan silap dari diri kita sendiri. Akui sahaja. Jangan dibiarkan berpanjangan.

vi.          Bila yakin dan tenang teruskan semula
Bila dah reda, berkatalah semula. Bila berkata semula bermakna kita dah mula boleh mengawal situasi yang kita mahukan. Yang penting kena relak dan tenang sentiasa. Jangan paksakan diri apatah lagi meneruskan percakapan atau perbualan dikhuatiri nanti apa yang hendak kita ucapkan menjadi lainlah pula jadinya. Jangan memaksa diri kerana kita melakukan jualan pula tidak memaksa prospek/pelanggan untuk menerima tawaran yang ditawarkan. Teruskan sahaja apabila diri kita boleh dikawal dengan baik dan tenang.

Tiada siapa pun yang mahukan peristiwa atau situasi begini berlaku semasa jualan tengah dilakukan. Bawakan bersabar dan bertenang agar apa yang kita lakukan di bawah kawalan pemikiran kita. Kita menggelabah dan kelam kabut sudah pasti penutupan jualan akan gagal kita peroleh. Lebih baik ketika bercakap dalam keadaan tenang dan bersahaja dari bercakap merapu yang bukan-bukan. Bila ada perancangan yang baik dan jitu sudah pasti hasilnya juga akan baik dan memuaskan hati. Keyakinan diri adalah penawar apabila melakukan jualan untuk memberikan keyakinan pula kepada prospek/pelanggan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan