Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 11 April 2013

KENAPA PERLU GEMURUH




Antara penyebab hadirnya perasaan tiada keyakinan adalah apabila secara tiba-tiba kita merasakan begitu ragu-ragu akan apa yang kita lakukan ini adakah betul atau tidak. Apabila wujudnya keadaan ini bermakna kita berada dalam keadaan gemuruh di dalam jiwa kita. Apabila kita mudah merasa gemuruh bermakna apa yang orang lain perkatakan, kita akan mudah menerima dan percaya bulat-bulat. Hanya kerana tiada keyakinan diri yang amat sangat dan yang sepatutnya, pengetahuan produk yang kita kuasai selama ini entah hilang ke mana membuatkan lagi kita merasa resah gelisah dan kelam kabut segala perbuatan dan tindakan kita seterusnya.

Inilah yang perlu kita bimbangkan. Atasilah dengan sebaik yang mungkin agak perasaan gemuruh ini tidak mudah wujud dalam diri kita. Jadikan diri kita sebaik yang mungkin terutama sekali bila hendak menjual. Hendak dapatkan keyakinan prospek/pelanggan memerlukan keyakinan yang kukuh dari diri kita sendiri terlebih dahulu. Antara penyakit gemuruh yang perlu diatasi dan diubati adalah dengan

i.             Tambahkan pengalaman
Gemuruh macam mana pun kena lakukan juga dengan tabah, tenang, cekal dan sabar. Kena banyakkan lagi pertemuan dengan prospek/pelanggan agar lebih mematangkan diri kita dalam berkomunikasi, berinteraksi dan memberikan presentasi yang sepatutnya. Jangan terlalu dilayan dengan penyakit gemuruh yang ada kelak nanti sememangnya akan mengganggu diri dan jiwa kita. Semakin berpengalaman semakin mudah untuk kita mengendalikan siapa pun yang kita temui.

ii.           Latih kan dan benarkan diri di kritik
Biasakan diri kita ini di kritik. Apabila kita dikritik biarlah berat macam mana sekalipun, kita akan tetap berfikir positif demi membetulkan apa juga kekurangan diri yang ada. Selagi tiada orang untuk mengkritik diri kita selagi itu kita akan mudah merasa ego meninggi diri merasakan apa yang kita lakukan telah betul dan benar segala-galanya. Hanya latihan akan memberikan kesan dan impak yang cukup baik kepada diri kita sendiri untuk berhadapan dengan prospek/pelanggan, baik di hadapan cermin secara berseorangan ataupun di hadapan rakan-rakan setugas yang lain.

iii.          Berdoa ke hadrat Allah
Jangan lupa berdoa ke hadrat Allah meminta dan memohon apa yang sepatutnya. Per mudahkan dan bukan untuk disukarkan. Kerana usaha kalau tidak bertawakal kepada Allah sudah semestinya tidak ke mana. Keberkatan dan keredaan Allah yang kita cari-cari selama ini sudah pasti sia-sia sahaja tanpa pergantungan kita kepada Allah. Hanya Allah tempat kita bergantung dan hanya Allahlah tempat kita mengadu segala-galanya.

iv.          Kita bukan manusia yang sempurna
Adakah kita setaraf macam Firaun atau Namrud sampai merasakan seperti diri mereka seorang yang hebat di dunia ini sehingga menyuruh umat manusia di zaman tersebut menyembah mereka? Mereka adalah contoh di mana mereka adalah manusia paling sempurna pernah ada di muka bumi ini. Mahu kah kita seperti mereka sehingga pada akhirnya sanggup melawan dan ingkar kepada Allah pula. Berfikirlah sejenak agar kita sentiasa ketahui dan fahami bahawa kita bukanlah manusia yang dijadikan sehebat siapa-siapa pun. Sudah pasti ada silap dan salahnya terutama dalam jualan yang kita lakukan. Cuma tindakan kita sekarang ini adalah dah tahu mana yang salah dan silap perbetulkan segera dan pastikan ianya tidak akan diulangi sampai bila-bila pun.

Tiada perkara yang tidak boleh diatasi. Asalkan ada kemahuan pasti di situ ada jalannya. Yang penting teruskan berusaha dan berikhtiar agar apa yang kita lakukan sentiasa betul dan benar mengikut apa yang kita rancang kan. Anggaplah apa yang terjadi dan berlaku itu adalah sebagai satu ujian dari Allah dan bukannya sebagai satu musibah dan masalah buat diri kita. Yakin diri pasti akan menjelma apabila apa yang kita lakukan selama ini adalah di landasan yang betul dan benar. Allah akan sentiasa berada bersama dengan kita asalkan niat dan nawaitu kita adalah benar untuk membantu dan menolong mereka selesaikan masalah yang mereka tanggung selama ini. Kejayaan sudah pasti pada akhirnya berada dalam genggaman diri kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan