Mempengaruhi
minda terkini apabila dinyatakan tentang kemiskinan dan kefakiran semuanya
pasti mahu mengelak. Tiada seorang pun di dunia ini mahukan hidup dalam
kefakiran dan kesusahan yang amat sangat. Semuanya mahukan kesenangan dan hidup
dalam serba kemewahan. Itulah kehidupan manusia pada hari ini. Satu realiti
yang tidak boleh dielakkan. Cukup berhati-hati hanya kerana tidak mahu
kesusahan pula menghambat dalam kehidupan sehari-harian. Itu hanyalah impian
dan harapan seseorang untuk melepasi
tahap kehidupan agar menikmati kesenangan dengan lebih selesa dari hari ke
sehari.
Perlu kepada
mengorak langkah dengan lebih efisien dan efektif. Jangan menjangkakan terlalu
mudah dan senang apabila melakukan jualan semuanya senang sahaja untuk
diperoleh keputusan yang indah-indah. Inilah petanda kehancuran dalam karier
melakukan jualan kalau tidak dijaga dengan sepenuhnya. Kadang-kadang kita tidak
sedar dalam kita melakukan jualan sebenarnya apa yang kita lakukan selama ini
akan menjahanamkan karier jualan kita sendiri. Sudah tentu tanpa teragak-agak
semakin hampir kita fakir dalam jualan yang kita bina sendiri. Apa tidaknya
apabila perkara-perkara sebegini masih lagi kita lakukan iaitu
i.
Terasa masih
sukar dan susah untuk melakukannya
Pasti mudah menjadi fakir andai kata sehingga kini
merasakan melakukan jualan tidak boleh dilakukan. Terasa amat sukar dan susah
sekali rasanya seolah-olah mempraktikkan sesuatu elemen yang tiada jalan keluar
yang memudahkan. Setiap kali melakukannya terasa ada sahaja halangan dan
musibah yang tidak sanggup untuk dihadapi. Belum bertemu dengan prospek di rasakan
prospek tersebut mesti tidak mahu menerima apa yang ditawarkan. Inilah penyakit
yang perlu kita perbetulkan dengan cepat dan segera.
ii.
Masih wujud lagi
perasaan segan dan malu
Terbelenggu dengan sikap dan sifat yang segan dan malu
untuk melakukannya. Selagi tiada keyakinan selagi itu perasaan malu dan segan
sudah pasti menguasai perasaan ini. Nak malu atau segan biarlah bertempat.
Jangan main tangkap muat sahaja walaupun hendak melakukan jualan. Kena semak
semula adakah tindakan kita ini betul ataupun tidak. Kerana itu ada orang
mengatakan hendak menjual kena tebal
muka atau buat muka kering sahaja baru boleh terlaksana jualan yang dilakukan.
iii.
Tak tahu nak
mulakan dari mana terlebih dahulu
Mungkin orang yang baru menceburi bidang ini boleh
berkata sedemikian. Tapi bagi orang yang telah lama menceburinya pasti tidak
betul kenyataan sebegini. Kena cari solusi dan jalan penyelesaiannya agar apa
yang perlu dilakukan ketika menjual. Bukan boleh main hentam sesuka hati. Ada kaedah
dan caranya untuk memperoleh apa yang dimahukan. Semuanya bergantung kepada
kefahaman kita bagaimana untuk melakukan jualan.
iv.
Memadai dengan
apa yang ada
Jangan sama sekali mudah mendabik dada. Tak fasal-fasal
kefakiran pula menghambat diri kita. Ilmu yang ada mana cukup. Kena sentiasa ditambah
dan diperkemaskan lagi agar kita menjadi seorang yang berilmu dan mengetahui
segala selok-belok dalam melakukan jualan. Prospek/pelanggan memang suka
menguji. Apa bila dapat dikesan kita tidak berilmu sudah pasti kita akan mudah
diperkotak-katikkan begitu sahaja. Maruah diri kena dijaga agar
prospek/pelanggan tidak mudah memandang rendah keupayaan diri kita.
v.
Bersangka buruk
dan berdengki
Orang lain berjaya boleh melakukannya sepatutnya penghargaan kita
hulurkan dan mula pelajari setiap langkah kejayaan yang beliau telah harungi.
Jangan berdengki apatah lagi hendak bersangka buruk dengannya. Selagi adanya
sifat dengki tersebut dalam diri kita sudah pasti kita akan mula menjadi
kefakiran yang tidak kita mahukan. Jangan diikutkan hati panas dan tidak berpuas
hati pada pencapaian orang lain. Berusahalah dengan lebih konsisten lagi kalau
tidak dapat mengatasinya sekurang-kurang konsisten sama taraf prestasi seperti
orang yang telah berjaya melakukannya. Elakkan masih terbelenggu dengan cara
berfikiran yang sempit.
Berubah segera
agar perkara-perkara yang mendatangkan negatif dan mengajak kepada kefakiran
dapat dibendung dengan cepat dan segera. Tiada siapa yang akan merubah diri
kita melainkan diri kita sendiri juga. Bukan untuk mendabik dada atau berbangga
tapi demi mencapai kejayaan tindakan bijak dan komitmen yang jitu perlu ada
dalam diri kita sendiri. Tidak salah untuk berubah demi kejayaan. Yang salahnya
jika kita sampai bila-bila masih tidak mahu juga berubah hanya merasakan sudah
berada di zon selesa. Hendak menjadi fakir tidak perlu bekerja keras melainkan
kalau hendak mencapai kejayaan. Berusaha ke arah kebaikan dan kejayaan sudah
pasti akan dibalas dengan apa yang telah diusahakan. Semak semula agar kita
tidak berada di dalam kefakiran dalam jualan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan