Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 20 April 2013

APA YANG PEMBELI MAHUKAN



Dalam menjalani kehidupan sehari-harian setiap orang sudah pasti akan memikirkan tentang apa yang perlu dibelanjakan untuk kehidupannya. Semuanya bergantung kepada kos yang akan dibelanjakan. Sedikit sebanyak apabila memikirkan tentang kos kehidupan harga amat penting untuk difikirkan. Tidak ada gunanya jika berbelanja besar tapi hendak makan dan menjalani kehidupan sehari-harian amat perit dan menyukarkan kehidupan pula.

Bagi kita yang melakukan jualan, kehidupan sehari-harian prospek/pelanggan amat diperlukan untuk di ambil tahu agar kita sentiasa sensitif dengan apa yang berlaku. Segala perubahan diri, kadar inflasi, perubahan gaya hidup kena ambil tahu. Jangan asyik memandang pada yang atas sahaja, pandangan ke bawah tentang susah, senang mereka menjalani kehidupan perlu juga untuk difahami. Cermin dahulu diri kita dan jangan sama sekali ambil mudah dalam setiap tindakan agar apa yang berlaku di pasaran kita peka dan fahami apa yang berlaku di sekelilingnya.

Kerana itu sebelum melakukan jualan dan penawaran boleh di lakukan kena ketahui ragam prospek/pelanggan terlebih dahulu. Mungkin perkara-perkara sebegini akan diambil kira oleh mereka sebelum apa-apa juga tawaran dan penawaran boleh diterima iaitu

i.             Berhati-hati dan berwaspada
Tindakan berhati-hati sememangnya perlu diambil kira. Waspada dalam segala tindakan terutama dalam pengurusan wang. Melayan keinginan sudah pasti sesak nafas pula untuk perbelanjaan sepatutnya. 

ii.           Pentingkan keperluan asas dahulu
Setiap manusia pasti akan mengutamakan keperluan asas mereka seperti makan, minum, tempat tidur dan menjalani kehidupan sehari-hari. Ada lebihan baru boleh difikirkan sama ada boleh ataupun tidak untuk membeli produk lain pula. Itu pun mengikut keperluan. Bagi yang berkeluarga pendidikan anak-anak menjadi syarat utama untuk dijaga dan memastikan apa juga anak-anak mahukan di tunaikan dengan segera. Kalau kita meniaga keperluan asas mungkin tidak mengapa tapi bagaimana kalau kita hendak menjual barangan yang bukan keperluan asas. Semuanya perlu difikirkan bagaimana.

iii.          Elakkan dari menanggung kerugian
Tidak leka dan mudah terpedaya. Walaupun terdapat pelbagai promosi yang diadakan langsung tidak diambil peduli. Semuanya kerana keperluan harian yang pasti menghalangi untuk mudah terpikat dengan segala macam promosi yang timbul. Tiada seorang pun yang sanggup untuk dijual beli melainkan diri sendiri yang sanggup untuk membeli apa yang diperlukannya sahaja. Carilah kaedah dan caranya menawarkan apa juga produk yang dijual agak kerugian tidak dialami oleh mereka sebagai pelanggan kita nanti.

iv.          Dapat selesaikan masalah ataupun tidak
Berilah dan wujudkan kefahaman kepada mereka bagaimana produk yang ditawarkan boleh menyelesaikan masalah yang mereka tanggung selama ini. Tunjukkan secara berfakta dan logik akal agar apa juga yang ditawarkan nanti mempunyai nilai kepada mereka sebelum tawaran diterima. Selagi penerangan yang betul tidak diberikan selagi itulah prospek/pelanggan akan meragui dan waswas akan apa yang kita tawarkan.

Kita yang menjual kena fikirkan seperti mereka dan bukan fikirkan kemahuan kita. Berada dalam situasi mereka agar boleh kita ketahui apa masalah mereka. Kerana itu banyakkan bertanya dari banyakkan bercakap. Kenal pasti dahulu apa yang mereka mahukan agar kita tahu apa yang sepatutnya kita lakukan. Tak guna produk kita paling baik, terhebat dan mendapat pujian ramai tapi sayangnya kehendak pasaran langsung tidak kita ambil tahu dan peka. Seimbangkan agar jualan sentiasa berterusan sampai bila-bila.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan