Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 22 April 2013

SOALAN ADALAH JAWAPANNYA



Terpinga-pinga dibuatnya apa yang perlu dilakukan untuk mengetahui apa yang prospek/pelanggan mahukan. Sememangnya sukar tapi tidak mustahil untuk diketahui. Bolehkah kita mendapat apa yang diinginkan dan dimahukan oleh kita sendiri tanpa prospek/pelanggan mengetahui dan menyedarinya. Inilah satu seni yang perlu kita lakukan dan buatkan secara profesional agar apa yang dimahukan dan apa yang dikehendaki oleh mereka dengan senang hati dapat juga kita ketahui dengan sebaik yang mungkin.

Satu jalan mudah bagi mendapatkan apa juga maklumat dan informasi yang kita mahukan dan berkehendakkan adalah melalui lontaran soalan-soalan yang dikemukakan. Bukan seperti kemukakan soalan-soalan seperti dalam peperiksaan. Kena ada sedikit kreativiti dan merangsang prospek/pelanggan untuk memberikan jawapan tanpa mereka sedari akan semua jawapan-jawapan yang kita kehendaki. Bukan silap mata atau ilmu sihir yang perlu dipelajari tapi cukuplah sekadar menimbulkan apa juga soalan-soalan yang berkaitan dengan produk yang mereka cari dan latar belakang mereka untuk kita ketahui.

Dalam menghasilkan pertanyaan-pertanyaan yang perlu mereka berikan jawapannya dengan telus dan benar, pastikan soalan-soalan yang dikemukakan tidak berbelit dan menyukarkan mereka untuk menjawabnya. Konsep tanya sedikit jawabnya banyak perlu ada dan elakkan pertanyaan yang berjela panjangnya tapi memerlukan jawapan yang pendek dan ringkas pula. Biarkan mereka lebih banyak memberikan jawapannya dari kita lebih banyak memberikan soalannya. Antara tindakan-tindakan yang perlu dilakukan untuk mengetahui apa yang kita mahukan adalah

i.             Jangan mudah berhenti untuk bertanya
Tanpa merasa sebarang tekanan atau memberikan sebarang paksaan kepada prospek/pelanggan, pertanyaan demi pertanyaan perlu dilakukan sehingga kita fahami apa yang kita mahukan telah diperoleh dengan mudahnya. Selagi kita tidak mengutarakan sebarang pertanyaan selagi itulah kita pasti tidak akan mendapat apa yang kita mahukan. Latihlah diri menjadi seorang pendengar yang setia seolah-olah kita mendengar siaran radio tanpa merasa jemu dan membosankan. Kita yang berkehendakkan sesuatu daripadanya maka kita perlu mendengar apa yang diluahkan pada kita walaupun kadang kala mungkin ada yang menyakitkan hati kita semula. Lagi banyak kita bertanya lagi banyak kita akan ketahui.

ii.           Ikhlas dalam setiap pertanyaan
Niat biar betul. Setiap soalan yang dikemukakan memerlukan keikhlasan dalam mengemukakan kepada prospek/pelanggan. Bila kita ikhlas mereka akan merasa lebih yakin untuk memberinya semula kepada kita walaupun mungkin terdapat soalan-soalan yang personal perlu mereka berikan. Bertindak jujur dalam setiap tindakan sepatutnya agar kejujuran yang kita berikan dibalas dengan kebaikan dari prospek/pelanggan yang ditemui.

iii.          Telus dan tepat
Jangan berjela dan jangan sama sekali merapu. Biar ringkas, jelas dan padat dengan apa yang kita berikan soalan-soalan untuk mereka menjawabnya. Tiada kekeliruan tiada tunggang-langgang yang memberikan ke tidak pasti an kepada mereka menawarkan jawapan seperti mana yang kita mahukan. Pastikan soalan-soalan tersebut adalah relevan dengan apa yang kita mahukan dari mereka. Semakin ramai kita bertemu dan berinteraksi dengan mereka semakin hebat kita berpengalaman mengemukakan soalan-soalan yang baik dan bijak untuk memudahkan lagi kita mendapat jawapannya.

Tiada istilah putus asa dan kecewa. Berbuat baik jalinkan perhubungan dengan siapa pun juga yang kita temui. Hubungan silaturahim yang baik akan memberikan satu kelebihan kepada kita mendapatkan kepercayaan dari mereka. Lagi banyak kita bertemu orang lagi banyak akan kita pelajari bagaimana untuk kita kemukakan soalan-soalan yang baik untuk kita kemukakan kepada prospek/pelanggan. Jangan mudah merasa malu atau segan apatah lagi cepat merendah diri. Kita yang berkehendakkan maka kita perlu cari kreativiti untuk mendapatkan lagi informasi dan maklumat seperti mana yang kita mahukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan