Antara
pengaruh atau mempengaruhi. Yang mana satu perlu dilakukan. Dua tindakan
yang memberikan kesan yang berlainan caranya yang perlu kita ketahui dalam
melakukan jualan. Jangan ambil mudah kerana dengan adanya dua perkara ini akan
lebih mudah menentukan sama ada prospek/pelanggan yang dikehendaki dan ditemui
boleh atau tidak untuk menerima tawaran yang dikemukakan.
Menurut
kamus Dewan Edisi ke Empat pengaruh membawa makna kuasa yang terbit daripada
orang atas orang lain, kekuatan batin
(ghaib dan lain-lain) yang meninggalkan kesan pada orang (lain). Manakala mempengaruhi
pula membawa maksud kepada mengenakan pengaruh pada seseorang. Contoh terbaik adalah
seperti musim PRU 13 ini di mana seseorang ahli politik untuk berjaya dalam pilihan
raya yang diadakan ini sememangnya amat memerlukan pengaruh seperti mana
yang dimahukan bagi memudahkan beliau mendapat sokongan melalui pemilihan
pengundian yang akan diadakan kelak. Bagi mendapatkan undi yang banyak dan
berjaya supaya terpilih menjadi wakil rakyat di sesuatu tempat ahli politik
tersebut terpaksa mempengaruhi penduduk-penduduk kawasan berkenaan agar
mereka boleh mengundi dan memilih dirinya.
Jadi begitulah
kita dengan melakukan jualan. Kena pandai untuk mempengaruhi seseorang
prospek/pelanggan yang ditemui memberikan penerangan sewajarnya secara berhemah
dan berfakta akan produk yang ingin ditawarkan. Tidak perlu merayu-rayu apatah
lagi untuk memaksa seseorang untuk menerima produk yang ditawarkan. Ketika
paling baik adalah pada proses penutupan jualan tatkala prospek/pelanggan
memikirkan untuk menerima atau tidak tawaran yang dikemukakan. Kerana itu
mempengaruhi seseorang amat penting bagi memastikan produk tersebut diterima
juga pada akhirnya.
Pengaruh pula
sememangnya akan memberi kesan yang mendalam juga dalam jualan. Pengaruh yang
ada itu boleh memberikan kehebatan dalam jualan apabila berlakunya seperti
berikut
i.
Hebahan mulut, di mana pelanggan-pelanggan yang berpuas
hati telah memberikan maklumat yang positif kepada sesiapapun juga yang
dikenalinya sebagai satu pengaruh atas rakan kenalannya.
ii.
Pengiklanan di media massa, media cetak, kain rentang dan
risalah-risalah yang telah memberikan pengaruh yang baik kepada sesiapa yang
mengetahui dengan membaca pengiklanan tersebut
iii.
Pengaruh seseorang memberikan rekomen ketika kita
memberikan taklimat dengan sentiasa menyokong dan bersetuju dengan apa yang
kita sampaikan dan maklumkan kepada pendengar yang hadir.
iv.
Pengaruh dari produk itu sendiri yang mengakibatkan
mereka datang kembali untuk mendapatkannya lagi dan lagi tanda puas hati ke
atas produk yang telah mereka guna pakaikan selama ini.
Begitulah
hebatnya pengaruh dan mempengaruhi dalam jualan yang perlu kita kuasai
dengan baiknya sama sekali. Banyak yang boleh dipelajari melalui pengalaman
yang ditempuh dan pencarian ilmu yang tidak pernah putus-putus mencarinya. Keperibadian
kita dalam melakukan jualan amat penting dan dititikberatkan sama sekali bagai
memastikan keyakinan dan kepercayaan pelanggan sampai bila-bila. Kerana itu
jangan sama sekali kita melupakan kehebatan pengaruh dan mempengaruhi dalam
melakukan jualan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan