Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 26 April 2013

AWASI E-MEL YANG DIHANTAR




Menggunakan kemudahan terkini yang ada amat diperlukan agar prospek/pelanggan tidak merasakan kita yang melakukan jualan tidak terkebelakang mengikut peredaran zaman. Kini ramai peniaga-peniaga yang menggunakan e-mel sebagai satu medium pemberitahuan, promosi dan perkembangan terkini akan apa yang dijualnya. Cukup mudah dan senang. Kos rendah dan perlu kepada kreativiti. Janji ada komputer, talian Internet dan senarai alamat penerimanya. Tak perlu buang masa nak pergi ke sini atau ke sana. Duduk di pejabat atau di rumah boleh terus dihantar begitu sahaja.

Oleh  kerana penggunaan e-mel yang begitu mudah, senang dan tidak membebankan janganlah pula sampai kita pun ambil mudah sangat ke atas e-mel yang dihantar. Sikap acuh tak acuh, sambil lewa dan janji boleh hantar perlu dikikis dari diri kita. Kena ada kesungguhan dan kehendak yang penuh dengan tanggungjawab untuk dilakukan. Jangan main hentam sesuka hati janji dihantar kepada prospek/pelanggan. Kena jaga imej dan kredibiliti kita di mata mereka.

Antara yang perlu diawasi dan dijaga agar e-mel yang dihantar tersebut adalah terbaik dan diterima baik oleh mereka adalah dengan memastikan

i.             Alamat penerima yang betul dan lengkap agar penghantarannya tidak tersilap orang dan e-mel yang dihantar tidak diterima pula oleh mereka

ii.           Elakkan e-mel yang perlu dihantar tidak termasuk dalam kategori spam pada inbox mereka

iii.          Jangan langsung tiada tajuk pada e-mel yang dihantar dan biarlah tajuk yang bersesuaian dengan isi kandungan yang dihantar

iv.          Perlukan pada kreativiti dan unsur penarik untuk menarik minat mereka untuk melihat dan seterusnya membaca isi kandungan e-mel yang dihantar

v.            Jika ada disertakan dengan sebarang lampiran pastikan ia nya yang betul kita mahukan penghantarannya dan bukan yang salah atau tersilap.

vi.          Awasi jangan terlalu besar kandungan e-mel yang dihantar dikhuatiri akan menyukarkan mereka untuk membuka e-mel tersebut terutama pada lampiran yang disertakan

vii.        Segala nombor talian telefon untuk dihubungi dan alamat yang disertakan pastikan betul dan benar tidak tersilap sama sekali

Ambillah tindakan berhati-hati dan berwaspada sentiasa. Jangan tergopoh gapah melakukan kerja. Lebih baik ambil sedikit masa untuk mereka cipta dan lakukan semakan semula agar segala kesilapan dan kesalahan dapat dihindarkan sama sekali. Bila lakukan penghantaran e-mel yang pentingnya mereka sanggup untuk membuka dan membacanya. Tidak sama sekali membuangnya begitu sahaja tanpa ada sebarang pembacaan dilakukan. Eloklah ambil tindakan proaktif dalam memberikan pelbagai kaedah dan cara melakukan jualan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan