Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 31 Julai 2012

Membezakan satu Situasi dengan satu Solusi


Bertemu dengan prospek/pelanggan kerana terlalu ghairah untuk mendapatkan penutupan jualan kadang-kadang kita terlupa. Terlupa disebabkan kita ingin cepat memberikan satu solusi kepada mereka tanpa memikirkan tentang apa situasi yang berada disekelilingnya. Terlalu cepat dan segera memberikan solusi tanpa memikirkan situasi yang sepatutnya perlu kita fikirkan semula sama ada tindakan yang kita lakukan ini adakah betul dan bersesuaian ataupun tidak.

Solusi adalah satu tindakan dalam memberikan satu penyelesaian akhir kepada prospek/pelanggan yang di temui dengan harapan agar penutupan jualan dapat di lakukan dengan sebaik mungkin. Situasi pula adalah berkenaan dan berkait rapat dengan keadaan pada diri kita sendiri, prospek/pelanggan ditemui dan sekeliling yang berada yang boleh mempengaruhi apa juga keadaan yang di hadapi. Dua perkataan yang berbeza pengertiannya tetapi bunyi yang hampir sama. 

Dalam memastikan apabila temu janji dapat di adakan dan jualan hendak di lakukan, pastikan setiap situasi yang berada disekeliling diri kita perlu di kenal pasti dan di ketahui terlelbih dahulu sebelum sebarang solusi boleh diberikan. Mungkin situasi-situasi begini perlu untuk kita kenal pasti terlebih dahulu iaitu


i.                    Perbaiki mod kita terlebih dahulu

Ada masalah? Ada perkara-perkara yang menganggu? Rasa tidak sedap hati? Semuanya perlu di abaikan. Latih diri kita belajar bagaimana hendak mengatasi diri kita supaya tidak moody di hadapan prospek/pelanggan mahupun di hadapan rakan sekerja kita. Elakkan dari memikirkan masalah kerana masalah tidak akan pernah luput dari fikiran kita. Beri tumpuan dan fokus akan apa yang ingin kita lakukan. Perbaiki situasi dalaman diri kita agar boleh perbaiki situasi pada luaran diri kita juga. Jangan di turutkan masalah yang menimpa kerana semakin kita biarkan ianya berlaku dan terjadi semakin sukar pula kita hendak mengawal masalah tersebut. Jauhi juga dari orang-orang yang suka mengadu dumba dan asyik menceritakan masalah dirinya kepada kita. Di khuatiri nanti segala masalah yang ditanggung oleh mereka berjangkit dan merebak pula menjadi masalah pada diri kita. Kerana itulah kita di saran bergaul dengan orang-orang yang berjaya kerana mereka sentiasa memberikan input-input yang positif kepada kita yang mendengarnya.

ii.                  Sentiasa mengamalkan persiapan rapi sebelum melakukan jualan

Persiapan dari kita sendiri amat diperlukan. Ambil berat dan ambir tindakan serius sewajarnya. Seperti kita sewaktu pergi kesekolah dahulu, sebelum datang hari esok sudah pasti kita akan siapkan segala kerja-kerja rumah yang diberi oleh guru kita dan buku-buku apa yang perlu dibawa pula untuk keesokkan harinya mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan dari awal lagi. Semuanya bermula dengan persiapan melainkan kita langsung tidak mengambil berat. Ambil mudah sahaja langsung tidak menunjukkan disiplin diri yang sepatutnya. Elakkan perkara ini berlaku. Persiapan diri amat penting dari penampilan diri, barang-barang yang perlu di bawa dan seterusnya pemikiran kita perlu bersiap sedia sentiasa. Semakin kita berdisiplin melakukan tugasan semakin hampir rasanya untuk kita memperolehi kejayaan yang di perlukan.

iii.                Ketahui dan kesan segera tentang situasi bertemu dengan prospek/pelanggan

Bagaimana dengan keadaan sekelilingnya. Adakah bersesuaian untuk kita lakukan sebarang presentasi ataupun tidak kepada prospek/pelanggan yang di temui? Adakah prospek/pelanggan yang berada di hadapan kita benar-benar bersedia bertemu dengan kita. Lihat bahasa badannya, pemerhatian dan fokusnya tatkala kita sedang memberikan presentasi kepadanya. Berikan kefahaman yang seringkas, sejelas dan mudah di fahami oleh mereka. Kemukakan soalan-sioalan kereatif supaya kita dengan mudah mendapat maklumbalas dari mereka tentang apa yang sebenarnya mereka mahukan dan perlukan. Lebih mudah kita fahami mereka makin mudah untuk kita berikan apa solusi sebenarnya mengikut kesesuaian masalah mereka.

Mendapatkan penutupan jualan kena ambil tahu dahulu tentang situasi yang berlaku dan berada disekeling kita. Fahami situasi yang ada sebelum berikan satu solusi pula kepada prospek/pelanggan di hadapan diri kita. Apabila berikan solusi kepada prospek/pelanggan kita pastikan pula yang ianya sememangnya boleh memberikan satu penyelesaian kepada mereka apabila mereka bersetuju menerima tawaran dari kita supaya tidak timbul di kemudian hari nanti satu penyelesalan dan kekecewaan yang terjadi dan berlaku terhadap mereka. Ciptakan dan berikan kepada mereka satu situasi yang segar dan ceria sebelum kemukakan kepada mereka satu solusi yang di perlukan.



Read more >>

Isnin, 30 Julai 2012

TENTUKAN SEPATUTNYA DALAM DIRI KITA


Semua orang nak berjaya, tapi apa tindakan kita? Sekadar cakap berbuih-buih mulut katakan nak berjaya tapi tidak selari dengan tindakan kita apa gunanya. Kena ada sesuatu yang perlu dilakukan. Mengeluh dan mudah merasa kecewa bukannya satu penyelesaian tapi satu penyeksaan. Kena periksa dahulu apa penyebabnya dan kenapa kita tak boleh-boleh juga nak kecapi kejayaan yang kita mahukan dan perlukan sama sekali. Seperti kata bidalan berfikir sebelum berkata berunding sebelum di buat. Nak buat apa sekalipun pastikan berfkir dahulu sebelum sebarang tindakan dapat dilakukan.

Perbaiki terlebih dahulu apa yang ada pada diri kita dan jangan mudah katakan nak dapat kejayaan tapi terasa bagai sukar yang amat sangat. Kena lakukan muhasabah segera untuk kita ketahui apa yang tidak betulnya dan di mana kekurangannya pula. Ini perkara-perkara yang dicadangkan.

i.                    Programkan diri sendiri perbetulkan
Kena bagi minat dahulu. Dah minat apa yang kita lakukan tentukan pula apa yang perlu di lakukan seterusnya. Set kan dia supaya ianya lama kelamaan menjadi satu habit dan tabiat yang perlu di lakukan setiap masa. Bila kita dah programkan dia apa yang perlu kita lakukan dan buatkan sudah pasti ia nya akan lebih menyenangkan tugasan kita. Jangan mengeluh kerana perkara yang kita lakukan kerana minat apa juga rintangan, halangan dan dugaan pasti kita akan tempuh dengan ketabahan dan kesabaran yang tinggi.

ii.                  Kenal pasti terlebih dahulu apa yang kita cari dan kejarkan
Kepuasan bekerja? Memperolehi pendapatan yang tinggi? Menjawat jawatan yang tertinggi? Semuanya boleh di perolehi asalkan kita tahu dan fahami apa yang ingin kita lakukan. Jangan tipu diri kita apa yang kita ingini. Kerana naluri dan kata hati kita pada hakikatnya yang mahukan ini dan itu tapi pada kudrat dan tenaga kita tidak selari dengan apa yang di kehendaki. Jadi kena seimbangkan dia dahulu baru boleh dilaksanakan. Ketahui apa sebenarnya kita cari-carikan selama kita melakukan jualan ini. Tetapkan ia, senaraikan apa yang di mahukan, fahaminya betul-betul dan berazam untuk mencapainya sebaik yang mungkin

iii.                Muhasabah diri kita
Muhasabah sentiasa. Ketahui apa kekuatan dan kelemahan kita. Perbaiki diri kita dan jangan di ulangi sama sekali jika ianya berlaku kesilapan dan kesalahan yang di lakukan. Semakin di perbaiki semakin sempurna apa yang kita lakukan. Melakukan jualan memang banyak cabarannya. Semakin kita tabah dan sabar semakin utuh semangat kita untuk melakukannya. Bandingkan diri kita dengan orang yang berjaya. Apa yang beliau lakukan dan bagaimana kejayaan boleh diperolehi. Pelajari dan dalami agar kejayaan juga dapat menghambat diri kita.

iv.                 Perkemaskan diri kita
Berazam menajadi seorang yang cukup hebat dalam sesuautu tugasan yang di lakukan. Kemas dalam berpakaian, ceria sentiasa dan semangat hebat dalam melakukan jualan. Segala skil dan kemahiran di perkemaskan sekali agar diri kita paling tidakpun setanding dengan orang yang hebat tidak kira dari rakan sekerja kita ataupun dari pesaing di luar. Biar semua orang tahu kita orang yang hebat melakukan bidang jualan ini dan tidak sama sekali orang tahu yang kita adalah orang yang cukup bongkak dan sombong dengan apa yang ada pada kita. Biar orang kata ‘Low Profile’ tapi tang pendapatan ‘High Income’. Itu baru betul. Bukan takabbur tapi tawadduk. Ini yang perlu dilakukan sentiasa.

v.                   Cukupkah ilmu di dada?
Menurut Imam Muhammad bin Idris Assyafie katanya ‘Sesiapa yang inginkan cemerlang didunia, maka tuntulah Ilmu. Sesiapa yang ingin cemerlang di akhirat, maka tuntutlah ilmu. Sesiapa yang ingin cemerlang kedua-duanya, maka tuntulah ilmu’. Jangan mudah dan cepat merasakan diri kita ini seorang yang dah pandai segala-galanya dan mudah lupa diri. Cari ilmu dan tidak sama sekali menunggu ilmu itu datang secara sendirinya.  Sampai mati kena cari ilmu. Oleh itu jangan sama sekali berhenti dari mencari ilmu melainkan nafas kita telah berhenti buat selama-lamanya.

Jangan pandang ke belakang lagi. Jangan takut pada bayang-bayang sendiri. Usaha kena lebih. Ilmu kena cukup. Tidak sama sekali mengenal penat lelah dan putus asa sama sekali. Kena pandai main peranan bagaimana hendak dapatkan prospek dahulu baru boleh fikirkan bagaimana untuk menjual. Handal dalam jualan tapi masih terkial-kial nak dapatkan prospek bagaimana nak lakukan jualan. Yakin dan percaya pada diri kita sendiri pasti kejayaan akan mengikut sekali





Read more >>

Ahad, 29 Julai 2012

KEYAKINAN DALAM MENJUAL


Bila menjual semua dari kita mengharapkan agar prospek/pelanggan yang di temui akan melihat diri kita mempunyai satu keyakinan yang tinggi dalam melakukan jualan. Bila orang tengok kita yakin berikan presentasi, menangani bangkangan mahupun dalam proses perundingan bagi mendapatkan penutupan jualan sudah pasti prospek/pelanggan tersebut pasti berkeyakinan juga terhadap apa yang kita sampaikan. Biarlah baru sahaja prospek/pelanggan tersebut mengenali dan mengetahui diri kita tetapi hanya disebabkan keyakinan dan ketrampilan kita yang menarik sudah pasti ini boleh dijadikan sebagai satu kelebihan buat kita bagi melakukan jualan.

Yakin dalam diri kita bukanlah satu bakat semulajadi ataupun turun temurun di terima dari nenek moyang kita sendiri. Yakin yang di maksudkan adalah datang dari kepercayaan dan mengetahui yang diri kita sebenarnya sememangnya layak dan boleh untuk melakukannya biarlah apa juga cabaran, halangan dan dugaan yang mendatang. Untuk mendapatkan keyakinan diri yang mutlak dan jitu pada diri kita sendiri adalah disarankan agar perkara-perkara berikut dapat di lakukan iaitu

i.                    Pengetahuan dalam produk

Nak menjual kena tahu terlebih dahulu apa produk yang nak ditawarkan. Tahu tentang ciri-cirinya, kelebihan dan manfaat kepada pelanggan nanti. Jangan tahu secara luaran sahaja tapi kena tahu dari A sampai ke Z tentang produk tersebut. Jangan sama sekali main agak-agak dan main hentam sahaja apabila berhadapan dengan prospek/pelanggan. Nanti kalau berlaku sebarang pertanyaan ataupun bangkangan sudah pasti terkebil-kebil mulut kita hendak menjawabnya semula.bila berlaku dan terjadinya situasi sebegitu sudah pasti akan menghilangkan keyakinan diri kita secara automatik nanti. Bila dah tidak yakin pada produk bagaimana nak menjual?

ii.                  Sentiasa bersemangat untuk melakukannya

Biarlah badai melanda taufan menjelma walau apapun yang berlaku dan terjadi jual tetap jual. Orang lain nak menjual ke atau pesaing nak bersaing sama tetap kita lakukan tugasan jualan kita. Biarlah apa orang lain nak perkatakan kita akan terus melaksanakannya. Tiada satupun yang boleh mematahkan dan mematikan semangat yang telah dibina oleh diri kita sendiri. Jauhi sama sekali dan jangan mudah di layan sikap putus asa, mudah kecewa dan putus harapan supaya semangat yang tinggi dalam melakukan tugasan boleh di perteguhkan setiap detik dan masa.

iii.                Mendalami skil jualan dan pengetahuan

Nak jadi orang pandai kena belajar. Sebaik-baiknya kena ada sifu. Ada orang tolong tunjukkan macam program realiti Mentor di TV3 tu. Bila berguru pasti ilmu yang kita dapat susah dan sukar untuk di lupakan dan pasti akan di amalkan setiap masa. Jangan cakap besar dan takabbur pula takut nanti malu pula yang kita akan perolehi pula. Tambah ilmu juga dari buku-buku yang ada di pasaran, artikel-artikel ataupun menghadiri seminar, kursus dan taklimat walaupun terpaksa mengeluarkan bayaran dari duit poket kita sendiri. Jangan lupa juga bergaul dengan orang yang telah berjaya dan cemerlang dalam bidang yang telah beliau ceburi. Dapatkan tips-tips dari beliau supaya kita juga boleh dan dapat melakukannya. Semakin bermotivasi semakin yakin kita akan apa yang kita lakukan sentiasa.

iv.                 Lakukan setiap hari

Tiada alasan tiada masalah yang perlu di berikan atau diceritakan kepada sesiapapun juga. Lakukan secara konsisten dan bersungguh setiap masa dan ketika. Apabila di lakukan dengan tetap dan sebaik-baiknya berkala sedikit sebanyak ianya akan menjadi satu amalan dan tabiat untuk kita lakukan sentiasa setiap hari. Apabila sudah menjadi amalan dan sebati dalam diri kita sudah pasti keyakinan diri dapat diterapkan dengan mudah senang sama sekali

v.                   Tawadduk

Allah SWT berfirman bermaksud “Dan janganlah kau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah kau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takbur, lagi membangga diri.” (Surah Luqman, ayat 18).  Kerana itu kita di saran selalu merendah diri dan jangan sama sekali berlagak, tunjuk keegoaan dan tinggi diri. Selagi kita tidak bertawadduk selagi itulah kita tidak yakin denga apa yang kita lakukan. Bila berjaya sedikit dah tinggi diri bila gagal lesap terus langsung tak muncul-muncul hanya kerana malu dan takut di atas perbuatan kita yang meninggi diri. Tawadduk sentiasa agar apa yang kita lakukan sentiasa di hormati orang yang sering kita berurusan dengannya.



Hanya dengan keyakinan yang tinggi sahaja kita mampu dan boleh melakukan jualan sepertimana yang di kehendaki. Yakin kepada diri sendiri adalah sumber terbaik bagi motivasi diri setiap masa. Bila kita yakin dengan apa yang kita lakukan segala apa juga yang mendatang pasti boleh di hadapi dengan tabah dan tenang. Jangan mudah merasa cuak dan teragak-agak kerana hendak berjaya perlu penerapan keyakinan yang tinggi dalam diri kita sendiri. Keyakinan sahaja yang berjaya mencipta kepercayaan pada diri sendiri bagi mencapai apa juga yang di ingini.
 
 
 
 
Read more >>

Sabtu, 28 Julai 2012

Kelebihan memberikan idea ketika menjual


Jangan biarkan prospek/pelanggan yang ditemui merasa berseorangan dalam menentukan keputusan dapat dicapai. Berikan idea-idea yang bernas lagi logik supaya prospek/pelanggan boleh berfikir secara rasional dan baik. Kerana itu kita di tuntut melakukan presentasi yang agak ringkas dan mudah untuk di fahami. Banyakkan memberikan idea-idea yang berfakta supaya logik akal dapat dipergunakan dengan baik sama sekali.

Sentiasa perlu diingati, memberi dan menyatakan buah fikiran dan idea-idea tentang produk yang di tawarkan ini terlebih dahulu kepada prospek/pelanggan adalah di kira amat penting juga di sebabkan

i.                     Perolehi dan dapatkan kebenaran dari prospek/pelanggan untuk kita berkongsi idea dan maklumat kepada mereka


ii.                   Sedaya upaya mencuba untuk berikan satu jalan penyelesaian terbaik ke atas permasalahan mereka.


iii.                  Cipta dan naikkan semangat mereka supaya prospek/pelanggan tersebut ingin tahu dengan lebih mendalam lagi


iv.                  Buang andaian yang mereka telah mengetahuinya terlebih dahulu tanpa penerangan sewajarnya dari kita.


v.                   Permudahkan dan jangan sama sekali di sukarkan kepada prospek/pelanggan untuk menerima tawaran yang di kemukakan.

 
Teruskan usaha demi mendapatkan seramai prospek/pelanggan yang di kehendaki. Jangan sama sekali membirkan satu peluang yang terhidang di hadapan mata akan terlepas begitu sahaja. Kena belai terlebih dahulu. Nak dapatkan perhatian orang kena berbaik-baik dahulu, berkongsi idea dan pendapat seterusnya selesaikan apa juga masalah yang di tanggungnya selama ini dengan baik sama sekali. Jangan mudah sangat putus asa kerana selagi cepat kita berputus asa lagi cepatlah kejayaan paling liat untuk menghampiri diri kita. Yakin dan tenang sentiasa ada dan perlu di semai pada diri kita sendiri. Ilham yang datang pasti memberikan curahan idea kepada kita apabila berhadapan dengan prospek/pelanggan. Bersyukur kehadrat Allah SWT atas pemberian ilham kepada kita yang tidak pernah putus-putus dan lokek kepada kita.
Read more >>