Melakukan jualan bermakna kita sentiasa perlu untuk berhubung dengan orang ramai terutama kepada
prospek/pelanggan yang disasarkan. Berhubung dan
menemui prospek/pelanggan yang disasarkan akan membolehkan kita untuk berinteraksi dengan lebih mendalam lagi agar hasrat bagi melakukan jualan akan menghasilkan
penutupan jualan seperti mana yang dikehendaki oleh kita sendiri. Dorongan dan
kesungguhan kita melakukan jualan akan lebih terserlah dengan sendirinya
apabila kita mampu dan boleh melaksanakannya dengan sebaik yang mungkin.
Perhubungan dalam memastikan yang ada pada kita dalam menemui kaedah berkesan dalam berkomunikasi dengan prospek/pelanggan kita amat penting buat kita mempraktikkannya
sebaik yang mungkin. Apa yang perlu kita lakukan kini adalah kita perlu
mengetahui tentang sifat-sifat manusia terutama orang yang kita temui agar
senang dan mudah bagi kita membina dan melakukan sebaik yang boleh dalam
menjalin perhubungan sesama manusia. Menurut John C Maxwell dalam bukunya bertajuk ‘Make Today
Count’ memaklumkan terdapat 6 sifat-sifat
manusia yang perlu kita ketahui iaitu
i.
Manusia memang sentiasa tidak yakin, oleh
itu berolah mereka keyakinan
Bertemu buat kali
pertama memang menyukarkan kita untuk mendapatkan kepercayaan seseorang apa tah
lagi dalam menawarkan produk untuk diterimanya, eloklah dimulakan melalui memberi
penerangan sebaik yang mungkin dengan melakukan penerangan yang mudah dan
senang untuk diterima bagi mendatangkan minat dan keyakinan mereka terhadap kita.
Tunjukkan bagaimana boleh menguntungkan mereka dari memberi penerangan terlebih
dahulu tentang ciri-cirinya. Setelah mereka faham baru keyakinan mereka
terhadap kita akan hadir begitu sahaja. Bila dah yakin makin maka mudah
penutupan jualan dapat dilaksanakan.
ii.
Manusia mahu berasa diri mereka istimewa,
oleh itu pujilah mereka dengan ikhlas
Jangan sama sekali
begitu kedekut dan langsung tidak mahu memuji seseorang apabila bertemu
dengannya. Apa sahaja yang kita lihat
begitu istimewa pada pkitangan kita, pujilah dia dengan hati yang ikhlas dan
mesra bukannya dibuat-buat. Makin kita memuji makin senang hubungan dan
komunikasi berlaku antara kita berdua.
iii.
Manusia mahu diri mereka di fahami, oleh
itu dengarlah cerita mereka
Belajar untuk
mendengar dan ambil tahu apa yang diperkatakan oleh prospek/pelanggan. Jangan
asyik nak menjual sahaja kerana kalau kita terlalu asyik untuk berkata kita
semakin sukar dan payah untuk kita memahami prospek/pelanggan tersebut
memberitahu kepada kita akan apa yang diperlukan dan dimahukan oleh mereka.
Banyakkan memberi peluang mereka bercakap dari kita yang bercakap barulah mereka merasakan kita cukup
menghargai apa yang mereka kehendaki.
iv.
Manusia memang mementingkan diri sendiri,
oleh itu penuhi keperluan mereka dahulu
Jangan sama sekali kita
cuba untuk mementingkan diri kita sendiri terlebih dahulu dari prospek/pelanggan
kita. Asalkan jualan kita terlaksana langsung kita tidak ambil peduli tentang
pelanggan kita lagi. Lebih baik kita pastikan dahulu yang prospek/pelanggan kita
terlebih dahulu mendapat apa yang diperlukan oleh mereka dahulu selaras dengan
nawaitu kita untuk membantu orang seramai yang boleh. Bila kita telah penuhi
apa juga yang diidamkan oleh mereka dengan perkhidmatan yang terbaik dari kita
yang telah kita berikan pasti secara tidak langsung keperluan kita juga turut
dipenuhi sama sekali.
v.
Kadangkala manusia beremosi, oleh itu
pupuklah semangat mereka
Prospek/pelanggan
yang mempunyai masalah sememangnya agak sukar menerima tawaran yang dikemukakan
kepadanya melainkan kita dapat menunjukkan kepada prospek/pelanggan tersebut
kepada jalan penyelesaian tersebut melalui produk-produk yang kita tawarkan
kepada mereka. Menceritakan perkara yang benar dan betul ke atas produk yang
ditawarkan selari dengan kehendak dan keperluan prospek/pelanggan kita akan
memberikan keyakinan dan semangat mereka untuk menggunakannya produk yang
ditawarkan tanpa rasa berbelah bagi.
vi.
Manusia mahu dikaitkan dengan kejayaan,
oleh itu bantulah mereka menang
Tiada siapa yang mahu
menanggung kerugian akan apa yang telah di perolehi dari penerimaan akan apa
yang telah ditawarkan kepada pelanggan. Ini adalah tugas kita bagi memastikan
yang pelanggan tersebut sememangnya berpuas hati dan merasa untung hasil dari
pembelian mereka terhadap produk kita. Begitu juga dengan rakan sekerja kita,
tiada siapa juga yang suka dikaitkan dengan kegagalan dan tidak mampu mengalas
kejayaan seperti diidamkan. Bantu-membantu adalah jalan penyelesaian terbaik
dalam memastikan agar kejayaan milik semua orang dan tidak sentiasa tamak dalam
menentukan kejayaan milik seorang diri sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan