Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 19 Mac 2012

PENDEKATAN SECARA LANGSUNG (DIRECT APPROACH)


Antara tindakan yang sering juga kita kena lakukan dalam bidang jualan ini adalah ‘DIRECT APPROACH’ yang mana satu kaedah atau keadaan yang kita melakukan jualan dan presentasi secara terus menerus secara terserempak samada ia nya dirancang ataupun tidak apabila bertemu dengan seseorang yang kita jangkakan dab harapkan beliau adalah sasaran pelanggan kita. 


Keadaan-keadaan yang boleh diakibatkan berlakunya ‘Direct Approach ini adalah dengan cara


i.                     Terserempak atau secara kebetulan sahaja


ii.                   Merasakan orang yang ditemui berminat ataupun memerlukannya


iii.                Pelanggan-pelanggan lama yang kita ataupun dia kenali


iv.                 Kita amat memerlukan penutupan jualan dengan segera


v.                   Apabila kita pergi ke sesuatu lokasi tanpa ataupun ada dirancang


vi.                 Saja nak ‘test power’ samada kita boleh melakukan jualan ataupun tidak


Dan mungkin ada banyak lagi keadaan yang boleh kita sabitkan apabila kita ingin melakukan kaedah ini. Berinteraksi secara spontan tanpa skrip ini sememangnya satu cabaran yang perlu juga kita tempuhi tanpa mengira masa dan lokasinya. Yang perlu dilakukan adalah jangan mudah panik,terkejut dan mudah menjadi lupa. Tenang dalam melakukan sesuatu dan ambil segala peluang yang ada terutamanya di hadapan mata kita sendiri.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan