Rasulullah SAW bersabda:
“Barang siapa dilanda kesusahan dalam suatu masalah
hendaklah dia mengucapkan Laa Haula wa laa quwwata illa bil-laahil
‘aliyyil-’azhiim’ (Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan
Allah yang maha Tinggi lagi Maha Agung”
(H.R Baihaqi dan Ar Rabi’i)
Rasulullah SAW telah pun memberikan kepada kita
dalam memastikan jika di harungi dengan pelbagai masalah dan kesulitan di dalam
kehidupan kita. Berlaku terutama sekali jika kegagalan dalam melakukan jualan
yang seharusnya tidak sama sekali dapat
melemahkan hati dan perasaan kita yang boleh menyebabkan merasa
kecewa dan putus asa sentiasa. Berada dalam mod yang sebegini membuatkan
pergerakan kita akan lebih terbantut dan terbatas apabila melakukan jualan
seperti mana yang di ingini.
Bagi mengelakkan
dari terus di belenggu kesukaran dan kesusahan dalam melakukan
jualan hindarkan diri elakkan dari
melakukan perkara-perkara seperti berikut :
i.
Kita merasakan tindakan kita
betul sahaja
Tidak kira apa juga keadaan dan
situasinya, kita merasakan segala tindakan kita betul segala-galanya mengikut
hati dan logik akal kita sahaja sehinggakan jika ada sahaja orang yang menegur kita,
kita pasti menganggap ia nya sebagai satu halangan dan menyusahkan tindakan kita
melakukan jualan. Berlaku adil kepada
diri kita kerana Allah menjadikan manusia tidak sesempurna Rasulullah SAW dan
sentiasa bersedia untuk di tegur dan di perbetulkan segala tindakan baik oleh
pelanggan kita, rakan sekerja kita, rakan-rakan kita mahupun bos kita sendiri.
ii.
Kita tidak sabar dalam
tindakan
Kerana kita gopoh dan tamak, kita
kehilangan kesabaran kita melakukan tindakan dalam jualan. Kita tidak memikir
sebaik-baiknya tetapi menurut kata hati. Segala perancangan yang di buat kita
tidak ikuti dengan baiknya tetapi cukup sekadar merasa tindakan yang kita buat
sentiasa bagus dan sempurna. Firman Allah bermaksud “Wahai sekalian orang-orang
yang beriman sabarlah kamu sekalian dan teguhkanlah kesabaran kamu itu” (Surah Ali-Imran Ayat ke 200)
iii.
Tugasan tidak mengikut
arahan
Kalau kita makan gaji dalam
melakukan jualan sudah pasti wujud bos kita sebagai seorang yang menyelia
tugasan kerja dan amanah yang kita perlu lakukan. Tiada istilah menjadi hero
seperti dalam filem atau drama TV tetapi cukuplah kita menghormati dan mengikut
arahan-arahan yang di kemukakan demi kemajuan karier kita asalkan ia tidak sama
sekali menyalahi peraturan, undang-undang dan hukum Allah SWT.
iv.
Mudah berasa hati dan
kecewa
Gagal sedikit mudah merajuk dan
kecewa tidak tentu hala. Mod tiadalah, banyak memberi alasan dan seterusnya
termenung ke sana sini tak tentu hala tak fasal-fasal. Puncanya adalah dari kita
sendiri bukannya menyalahkan orang lain yang sepatunya kita kaji terlebih dahulu
di mana kesilapannya supaya perkara tersebut tidak lagi berulang di masa
hadapan.
v.
Pentingkan diri sendiri
Hidup bermasyarakat dan
bukannya kita seorang sahaja yang hidup di dunia ini. Jangan pentingnya diri kita
sendiri terlebih sangat sehinggakan kita merasakan begitu takbur dan bongkak
diri. Terlalu pentingkan diri sendiri sehingga kita terlupa rezeki pada orang
lain pula umpama kita mencuri pelanggan yang sepatutnya menjadi pelanggan rakan
sekerja kita main rembat sahaja tanpa peduli hati dan perasaan rakan sekerja kita
sendiri. Bila kita di permainkan pula oleh rakan sekerja kita, kita akan cepat
melenting dan kalau boleh ingin kita laporkan kepada satu dunia ini yang rakan
sekerja kita begitu busuknya hati rakan sekerja kita tersebut. Adakah itu adil
namanya?
vi.
Tidak mahu perubahan
Teguran telah diberi, tapi kita
tetap keras kepala masih mengatakan segala tindakan kita betul
sebetul-betulnya. Hanya kerana kita tidak mahu berubah demi mencapai kejayaan
habis kita sebarkan perkara-perkara yang negatif tentang orang yang inginkan
kepada perubahan baru tersebut kepada perkara yang bukan-bukan asalkan hati kita
puas dan seronok. Bersedia untuk sentiasa mengalami perubahan demi kemajuan dan
kebaikan diri kita sendiri dari melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya kita
lakukan.
Bersedialah dan berwaspada untuk meminimakan kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan
terutama sekali apabila berhadapan dengan prospek/pelanggan dalam melakukan
jualan. Bermula dengan sedikit kemudian merebak dengan banyaknya jika kita
masih enggan untuk memperbaiki segala kesilapan dan kesalahan kita sendiri dan
sanggup menghadapi kesukaran demi kesukaran yang tidak sepatutnya kita tempuhi
sentiasa dan selalu. Dekatkan diri kita dengan
Allah selalu dan konsisten agar segala pekerjaan kita di muka bumi
ini sentiasa Allah SWT membantu kita baik di dalam kesenangan apatah lagi di
dalam kesusahan dan kesukaran
Tiada ulasan:
Catat Ulasan