Mungkin kerana terlalu leka atau
mungkin kerana terlalu ghairah kadang-kadang kita yang mempunyai oportuniti dan
peluang yang terhidang di hadapan mata boleh terlepas begitu sahaja.
Alangkah kecewanya kita apabila dimaklumkan bahawa prospek tersebut tidak semena-mena
telah menjadi pelanggan kepada rakan jualan yang lain. Bermulalah episod menyalahkan
orang itu dan orang ini mengenai segala-galanya tentang kerugian
yang ditanggung tetapi punca asalnya kehilangan prospek tersebut sebenarnya kesalahan
dan kesilapan adalah datang dari diri kita sendiri.
Peluang-peluang yang ada kalau
tidak dijaga dan diketahui dengan baik dan disedari pasti akan menimbulkan satu
rasa kekecewaan yang amat sangat hanya disebabkan kita terlepas oportuniti dan peluang
tersebut begitu sahaja. Antaranya adalah disebabkan
i.
Kita tidak memikirkan dan melihat bahawa apa yang
ada di hadapan kita adalah satu peluang yang sepatutnya kita tidak
melepaskannya begitu sahaja
ii.
Kita nampak ianya satu peluang yang terbaik buat
kita tapi malangnya kita biarkan sahaja ia nya berlalu
iii.
Amat mudah kita rasakan sehingga peluang yang
ada kita masih buat
tak tahu sahaja
iv.
Prospek telah datang dan hadir kepada diri kita tetapi
hanya disebabkan kita amat suka bertangguh ambil jalan mudah dalam tindakan
dan pekerjaan kita sendiri langsung ianya hilang begitu sahaja
v.
Nak berjaya kena banyak untuk mencuba tapi
malangnya belum mencuba dah berikan pelbagai alasan yang tidak logik dan tidak mahu
berubah melakukannya. Jadi macam mana nak tahu boleh berjaya atau
tidak.
vi.
Terlalu mengharapkan respons dari prospek/pelanggan
dahulu untuk bertindak dan bukan sepatutnya kita yang melakukan jualan yang
perlu bertindak terlebih dahulu
vii.
Ada yang dekat sibuk nak pergi jauh padahal yang
dekat ini pun agak memadai untuk kita melakukan jualan sepertimana pepatah
orang Melayu ‘Gajah
depan mata tidak kelihatan, nyamuk di seberang pula yang nampak’.
viii.
Lebih suka melakukan tugasan di saat akhir
sehingga dah ada orang lain sapu dahulu barulah terhegeh-hegeh nak cuba
dapatkan prospek tersebut
Begitulah keadaannya kenapa kita
asyik terlepas peluang mendapatkan pelanggan. Asyik tunggu dan lihat sahaja
dari asyik melakukan jualan tanpa henti dan tanpa merasa jemu. Tidak akan ada
peluang yang datang sebanyak dua atau tiga kali khas untuk kita dapat tetapi
peluang yang ada walaupun hanya sekali sahaja kena pastikan tidak terlepas
dengan mudah, senang dan begitu sahaja. Bila dah terlepas barulah rasa menyesal dan
sakit hati. Bukan salah sesiapa sebenarnya tapi kena akui yang itu
semuanya adalah salah dan silap dari diri kita sendiri. Pastikan selepas ini
setiap peluang yang ada dan menjelma pada kita untuk cuba sedaya upaya dan
kesungguhan dari diri kita sendiri agar tidak dilepaskan dengan begitu sahaja
dan mudah dibiarkan ia pergi kepada orang lain. Berwaspadalah sentiasa supaya
kita tahu yang mana satu peluang dan yang mana satu memberi kita kerugian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan