Umpama seekor kuda lumba yang
menyertai perlumbaan lumba sejauh sepuluh km yang mana walaupun kuda tersebut
mengalami kepenatan dan keletihan yang amat sangat, tetapi atas dasar
komitmennya kuda tersebut, kuda tersebut akan cuba sedaya upayanya untuk
mencapai kerahan tenaganya memastikan sampai juga ke garisan penamat.
Begitulah juga dalam solat setiap
hari di mana kita amat dituntut untuk fokus dalam melakukan ibadah solat supaya
kita boleh dan sentiasa berada dalam satu keadaan yang khusyuk apabila kita
berhadapan dengan Allah SWT. Apabila
kita khusyuk, insyaAllah segala ibadah kita dalam solat kita lebih mudah,
senang dan tenang dilaksanakan mengikut seperti mana yang dikehendaki oleh
Allah SWT.
Dalam memastikan apa yang kita
fokus, apa yang kita lakukan sebagai satu prioriti yang utama, berikut adalah
perkara-perkara yang perlu kita ambil berat dan ambil perhatian tentang
melakukan fokus kita lebih terurus dan terpahat dalam diri kita semua. Antara prioriti
tersebut adalah
i.
Keperluan
Setiap manusia
mempunyai keperluan dan keinginan yang berbeza mengikut apa yang dikehendaki
oleh dirinya. Kenal pasti dahulu supaya kita boleh mengerakkan fokus dalam diri
kita bagi memenuhi sama sekali tentang fokus seperti mana yang diingini.
ii.
Hasil
Jika ia
berbaloi dengan fokus kita, teruskan usaha dengan per tingkatkan lagi segala apa
yang kita lakukan akan dapat membuahkan lagi lebih banyak hasil seperti mana
yang diharapkan. Jika berlaku kegagalan bermakna fokus kita tidak ke mana lagi
dan harus diberikan tumpuan dengan bersungguh supaya kesungguhan kita kena berusaha
selari dengan fokus kita.
iii.
Ganjaran
Sebagai manusia
tiada siapa yang tidak mahukan ganjaran baik di dunia mahupun untuk akhirat
nanti. Tanpa ganjaran sebagai satu sumber penaik semangat pasti tidak menjadi
penggalak diri kita memberi fokus yang sepatutnya dalam berusaha mencapai apa
juga ganjaran yang ditawarkan.
iv.
Amanah
Pegang sebagai
satu amanah yang perlu dilaksanakan dan dilangsaikan dengan sepenuh hati dan
jiwa raga. Penyerahan diri memegang kewajipan yang diamanahkan memerlukan satu
fokus semestinya boleh dan pasti untuk dilakukan. Kita yang menerima amanah
tersebut maka dengan sendirinya kita perlu melakukannya sejujur yang
sepatutnya.
Pasti apabila kita fokus bermakna
kita melakukan
apa yang dikehendaki. Melakukan jualan dengan memastikan sasaran
yang diberikan dapat dicapai memerlukan fokus yang berterusan supaya segala cabaran,
halangan dan rintangan dapat diatasi dengan baik dan sempurnanya.
Tahu tanggungjawab, kenali apa yang dimahukan mengajar diri kita lebih berdisiplin
dalam melakukan jualan. Atasi segala permasalahan sebagai satu hikmah dan cabaran
mencari jalan penyelesaian dengan baik dan berhemah. Kejayaan yang datang tidak semesti datang
dengan begitu mudah begitu sahaja, pasti dan mesti ada cabaran dan dugaannya yang perlu
ditempuh dan dilalui dengan penuh kesabaran
dan ketabahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan