Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 29 Mac 2012

Konsisten kekalkan momentum demi kejayaan


Tugasan dalam bidang jualan memerlukan satu konsistensi yang berterusan dan sentiasa dilakukan setiap masa samada kita berjaya ataupun tidak ianya tetap dan mesti dilakukan. Bila ianya telah menjadi satu tabiat yang positif melakukannya setiap masa dan ketika makan momentum seperti ini jangan sama sekali dibiarkan layu dan terhenti begitu sahaja. Sekejap buat sekejap lagi dibiarkan sahaja langsung tiada kesinambungan untuk mengekalkan prestasi yang ada supaya lebih elok dan lebih baik tindakan yang dilakukan. Jangan sampai sama sekali bila orang lain telah berjaya melakukannya barulah terhegeh-hegeh pula kita untuk melakukannya ikut apa yang orang lain telah lakukan terlebih dahulu. 


Antara gerak kerja yang mesti dilakukan dan memastikan momentum melakukan jualan sentiasa ada dan stabil adalah dengan memastikan


i.                    Memastikan matlamat yang dibina kena seiringan dengan tindakan yang kita lakukan
Matlamat kena seiring dengan tindakan. Menghasilkan tindakan yang terbaik memerlukan keazaman dan kesungguhan yang tidak berbelah bagi. Pendirian kena kukuh dan jangan dengar dari orang-orang yang gagal ataupun yang bukan sama bidang dengan kita kerana dikhuatiri akan mempengaruhi kita ke arah jalan yang tidak betul selari dengan tugasan kita yang melakukan jualan.


ii.                  Kita yang memulakan dan pastikan habis kita lakukan
Bila ada awalnya pasti ada akhirnya juga. Jangan terlalu ghairah melakukan pada permulaannya sahaja tetapi bila sudah berada di pertengahan hanya disebabkan terdapat cabaran, rintangan, permasalahan, dugaan dan bisikan-bisikan negatif, habis ditinggalkan begitu sahaja. Sampai bila-bila orang tidak akan menghormati dan memandang rendah akan keupayaan dan kebolehan kita.


iii.                Jauhi hangat-hangat tahi ayam
Satu perumpamaan yang perlu kita ingat sentiasa supaya apa juga kita lakukan, jangan hanya bersemangat waja sahaja di permulaan tugasan. Hanya pada mula sahaja syok sendiri untuk lakukan tapi apabila badai melanda tiupan ribut menjelma habis pudar segala semangat dan motivasi awal kita pergi bersama luruh hilang tak muncul-muncul. Momentum memerlukan komitmen dan pengorbanan dari diri kita sendiri. Tanpa komitmen dan pengorbanan sudah pasti usaha kita akan tinggal dan terbiar begitu sahaja seperti sebuah rumah usang yang terbiar lama tanpa penghuninya.


iv.                 Berkawan dengan orang-orang yang bersemangat dan yang berjaya
Pilihlah jenis-jenis kawan yang sepatutnya dan tertentu. Jangan dibiarkan sama sekali berkawan dengan orang yang suka memberikan tanggapan dan gosip negatif tentang tindakan dan tugasan kita kerana kita akan lebih mudah terpengaruh dengan gejala-gejala yang negatif dan yang merosakkan minda. Berkawan dengan orang yang berjaya dalam karier jualannya agar sekurang-kurangnya kita boleh terangsang dan memberikan sumber inspirasi kepada kita untuk melakukan yang terbaik. Makin ramai orang yang kita berkawan dengan orang-orang berjaya dengan disulami dengan pencarian ilmu-ilmu jualan, semakin perkemasan lagi diri kita untuk melakukan yang terbaik dan memastikan karier jualan kita berada di landasan menuju ke puncak kejayaan.


v.                   Tunjukkan betapa penting untuk kita capai
Kalau tugasan jualan kita lakukan tanpa bersungguh-sungguh dan tidak serius dengan apa yang kita lakukan ini bermakna kita tidak amanah pada diri kita sendiri. Tanpa kesungguhan, tanpa kemahuan dan tanpa kekuatan mental dan fizikal bermakna kita langsung tidak menunjukkan kepentingan diri untuk mencapai yang ingin kita capaikan selama ini. Sanggup menipu dan membohongi diri kita sendiri padahal kita ini adalah seorang yang pemalas dan tidak bertanggungjawab. Kerana itulah kegagalan sentiasa mengheret diri kita untuk mencapai kegagalan dari kejayaan. Tunjukkan juga setidak-tidaknya pada diri kita sendiri yang kita juga boleh dan mampu untuk melakukannya bagi mencapai apa yang kita mahukan dan idamkan selama ini.


vi.                 Minda selalu kena ‘charge’ sentiasa
Kadang-kadang minda kita amat memerlukan bahan-bahan yang boleh menaikkan semangat kita balik untuk berjuang melakukan jualan tanpa merasa tension dan tertekan yang bukan-bukan. ‘Charge’ kan minda kita dengan mencari buku-buku yang bercorak motivasi diri, membaca artikel-artikel atau buku-buku kejayaan, inspirasi seseorang tentang kejayaannya ataupun menonton filem yang boleh menaikkan semula semangat kita semula. 


vii.               Banyakkan berdoa memohon bantuan 
Hanya pada Allah tempat kita bergantung dan tempat kita mengadu domba. Perbanyakan doa memohon bantuan dan perlindungan agar apa yang kita sentiasa lakukan akan lebih banyak dipermudahkan dari disukarkan. Rugi rasanya jika kita sebagai seorang Islam tidak memohon bantuan dan pertolongan dari Nya.


Kekalkan momentum kita agar sentiasa stabil dan konsisten mendapatkan penutupan jualan hasil dari jualan yang tidak berhenti-henti dan tidak mengenal erti jemu dan putus asa. Hanya kesungguhan dan menjauhi sifat malas dan banyak memberi alasan akan mendatangkan satu keputusan yang terbaik bagi melaksanakan tindakan kita mendapatkan keputusan seperti mana yang diperlukan oleh kita semua. Yakin dan boleh pasti kejayaan yang akan didapati sampai bila-bila.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan