
Terlalu banyak kelebihan kenapa
mengetahui dan mencintai produk-produk yang ditawarkan perlu ada dalam diri
kita kerana disebabkan antaranya
i.
Lebih mudah melakukan jualan
ii.
Tahu apa yang perlu dilakukan
iii.
Kita akan lebih mengetahui apa kelebihan dan
kekurangannya dahulu dari orang lain
iv.
Sentiasa berwaspada dengan produk pesaing dan mudah
mencari jalan penyelesaiannya mengatasi produk pesaing
v.
Prospek/pelanggan lebih yakin kepada diri kita
seolah-olah mereka berhadapan dengan seorang yang pakar dan mahir
vi.
Tahu apa yang akan diperkatakan jika bangkangan
jualan terjadi dan berlaku
vii.
Merasa yakin dan semakin tenang semasa berhadapan
dengan prospek/pelanggan
viii.
Tidak mudah mengaku kalah dan akan pertahankan
kekuatan dan kelebihan produk yang kita tawarkan

Begitulah pentingnya kenapa
sebelum melakukan jualan pengetahuan produk amat dititikberatkan dan diutamakan
oleh kita semua. Tanpa ada rasanya tahu dan ambil berat ke atas produk yang
ditawarkan semakin sukar untuk kita melakukan jualan seperti mana yang
diharapkan. Ingin mencintai produk perlukan pengetahuan dan mengetahui dengan
lebih mendalam tentang produk-produk yang ingin ditawarkan dan melakukan
jualan. Selagi kita tidak dan belum mahir tentang sesuatu produk yang
ditawarkan dan melakukan jualan sudah pasti prospek/pelanggan sampai bila-bila
tidak akan yakin dengan jualan yang kita lakukan. Berusahalah mendalami ilmu
tentang sesuatu produk tersebut sebagai satu tanda kesungguhan kita dalam
melakukan jualan dalam memastikan sasaran yang diberikan dapat dipenuhi dengan
mudah dan senang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan