Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 13 Mac 2012

PENGEMIS OH PENGEMIS


Pernah kah kita terfikir tentang tindakan pengemis-pengemis yang sentiasa mengemis saban masa hanya semata-mata meminta-minta tugasannya untuk mendapatkan sumber wang pendapatan dari kita. Tidak kira siang dan malam, hujan atau panas terik kelibat mereka sentiasa kelihatan di mana sahaja tanpa perlu disuruh apatah lagi jika ada yang ingin bersedekah kepada mereka. Komunikasi mereka cukup mudah di lakukan daripada sudut

i.                    Penampilan diri

ii.                  Gaya percakapan

iii.                Bahasa badan

Kadang-kadang kita yang berada di dalam bidang jualan ini sepatutnya boleh menjadikan mereka ini sebagai satu contoh dan teladan yang baik untuk kita ikuti sebagaimana mereka melakukannya. Bukan maksud saya untuk kita semua meminta-minta seperti perlakuan mereka lakukan, tetapi maksud saya adalah dari sudut


i.                    Ketabahan mereka sering berbaloi
Tidak dinafikan nak minta sedekah hati kena kering, muka tebal dan selamba sahaja. Tidak kira sesiapapun juga yang ditemui, meminta-minta dan merayu-rayu pasti berlaku dan terjadi dengan sewenang-wenangnya. Begitulah juga kalau ingin melakukan jualan, hati kena kering, muka tebal, tiada perasaan malu dan selamba sahaja apabila bertemu dengan prospek/pelanggan perlu diterapkan dan dilaksanakan.


ii.                  Tidak mengenal putus asa dan kecewa
Belajar dari pengemis tentang keazamannya dan tentang kesungguhannya. Kena amalkan tidak mudah berputus asa dan merasa kecewa dengan begitu mudah dan cepat sekali. Bersabar sentiasa jika halangan dan cabaran yang ditempuh tidak memberikan maklum balas dan jawapan sepertimana yang dikehendaki.


iii.                Tidak mengenal penat
Begitulah kita semua perlu memikirkan juga tentang kesediaan diri kita semua untuk melakukan pengorbanan yang tinggi tanpa mengira penat lelah dan keletihan asalkan oportuniti dan peluang yang terhidang apa tah lagi jika ia berada di hadapan mata. Segala penat lelah kita semua akan terbalas juga akhirnya dan merasa puas yang amat sangat asalkan penutupan jualan terlaksana juga. 


iv.                 Memohon sahaja
Sedangkan si pengemis tidak segan silu membuka kata, kenapa kita yang melakukan jualan cukup sukar untuk membuka mulut walhal kita sedar yang di hadapan kita ini adalah prospek/pelanggan yang di cari tapi malangnya kesukaran membuka mulut cukup berat dirasakan. Alangkah malangnya. Jadikan iktibar si pengemis tanpa mengenali sesiapa sahaja beliau pasti akan membuka mulut meminta apa yang dihajatinya.


v.                   Cari tarikan
Tak kira bagaimana penampilannya, ada yang berpakaian lusuh, yang menonjolkan kecacatannya, ada yang mengiringnya dan sebagai mananya asalkan dirinya boleh ditonjolkan dan nampak kepada orang lain kehadirannya dengan mudah dan senang. Begitulah juga dengan jualan, penampilan yang baik dan menarik perhatian orang pasti akan lebih memudahkan lagi tugasan kita dalam melakukan jualan walaupun di mana juga kita berada.


vi.                 Bezakan diri dari orang lain
Sebab itulah penampilan diri amat penting kepada kita yang melakukan jualan sebagai satu lambang atau tanda dalam mewakili sesuatu organisasi. Sebaik-baiknya jika tidak mengenakan baju yang seragam, tag nama jangan sama sekali tidak di guna pakai semasa melakukan jualan. Biar orang kenal kita semua dari mana datangnya.


Sedangkan si pengemis ada etikanya, kenapa kita yang melakukan profesion jualan tidak juga menerapkan etika semasa dan ketika melakukan jualan. Apa juga profesion seseorang atau tingkah lakunya ambillah perkara-perkara yang positif untuk kita jadikan sebagai satu panduan dan pedoman untuk kita melakukan jualan dengan lebih baik dan sempurna hendaknya. Sesuatu yang baik untuk kita fikirkan bersama.


Dari Hakim bin Hizam r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda bermaksud ”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.” (di riwayatkan oleh Al Bukhari)
 
 
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan