
Fokusnya sudah tiada lagi tapi
cuma lakonannya
sahaja yang beliau tonjolkan bagi menutup ke tidak cenderung nya
beliau dalam bidang ini. Hanya jasad beliau sahaja yang ada tapi pemikiran dan roh
beliau sememangnya sudah tiada lagi di tempat beliau bekerja dan
bertugas.
Mungkin petunjuk-petunjuk ini
dapat menggambarkan beliau akan meninggalkan dunia jualan di organisasi
tersebut iaitu dengan melakukan
i.
Mengambil sesuatu perkara itu secara mudah
sahaja
ii.
Kerap melakukan penangguhan dalam melakukan tugasan
iii.
Menunjukkan rasa ke tidak puasan hati yang terlalu
ketara
iv.
Kerap menerima aduan tentang mutu kerja atau dari
rakan sekerja tentang beliau
v.
Mula memberi alasan untuk bercuti secara mengejut
atau tiba-tiba sahaja dengan pelbagai alasan
vi.
Kerap berlaku konflik dan pertelingkahan
antara rakan sekerja
vii.
Arahan sudah mula diingkari dan diabaikan
viii.
Tugasan mula tidak teratur dan terlalu banyak dibiarkan
begitu sahaja
ix.
Produktiviti semakin berkurangan
x.
Lebih banyak membisu dari bersembang dengan rakan
sekerja dan tidak seperti kebiasaan dilakukannya
xi.
Hilang semangat bertugas tidak seperti
kebiasaannya
xii.
Semangat bantu-membantu dan saling tolong-menolong
semakin diabaikan
xiii.
Semangat cintakan organisasi dan produk yang dijual semakin luntur
xiv.
Terlalu banyak memberikan alasan jika kegagalan
jualan berlaku
Begitulah terjadinya tanda-tanda
yang perlu dan patut ketahui jika petunjuk-petunjuk di atas berlaku
di tempat kita. Bukan untuk mendabik dada tetapi perkara-perkara di atas
berlaku adalah dari pengalaman yang ditimba dan didapati selama ini hasil dari
pemerhatian sesama kita. Berhati-hatilah apabila kita melalui kakitangan jualan
yang mula menunjukkan sikap negatif yang terlalu banyak dari kakitangan jualan
yang berminat untuk melakukan jualan secara konsisten dan berterusan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan