
Faktor-faktor perhubungan
tersebut adalah
i.
Mula
mengetahui kehadiran kita
ii.
Mula
menyukai kehadiran kita
iii.
Mula
mempercayai kehadiran kita
.
Itulah sebabnya kenapa dalam
melakukan jualan kita disarankan agar membuang perasaan malu dan takut-takut untuk bertemu
dengan prospek/pelanggan kita. Bila kita malu dan berasa takut-takut kepada
orang, jalinan perhubungan yang diharapkan akan menjadi satu kegagalan dan
kesukaran dalam menjalankan tugasan menjual kepada prospek/pelanggan. Kena
keras hati dan tabah sentiasa terutamanya dalam kita bertemu dengan orang. Ini belum
termasuk lagi bab melakukan jualan, baru cerita tentang perhubungan sesama
manusia. Tidak salah jika kita semakin ramai mengenali orang dan tidak salah
juga orang semakin mengenali diri kita. Asalkan sahaja kita tidak melukakan
hati sesiapa dan melakukan perkara-perkara yang di luar batasan agama dan
kemanusiaan sudah dikira cukup memadai buat kita semua. Biarlah
orang lebih mengenali kita sebagai seorang yang sentiasa melakukan jualan
walaupun di mana juga mereka bertemu dan terserempak dengan kita. Bukan untuk
mengejar glamor tapi untuk memudahkan lagi tindakan kita bagi melakukan jualan
demi jualan kepada sasaran prospek yang dicari-cari selama ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan