
Antara tindakan kita yang
diperlukan adalah
i.
Mula menghargai prospek/pelanggan kita dengan
rasa melayannya dengan sesiapapun juga prospek/pelanggan kita dengan rasa hormat dan rendah diri sama ratanya tidak
kira pangkat, kedudukan, kekayaan dan sebagainya dengan layanan sama rata dan
tidak berbelah bagi.
ii.
Sentiasa mengambil
tahu keadaan dan nilai prospek/pelanggan kita untuk sedia mendengar
bagi memenuhi dan mengambil tahu memahami segala kehendak dan kemahuan
prospek/pelanggan tersebut
iii.
Memastikan nilai yang ada pada diri kita dapat
dipertingkatkan dari masa ke semasa supaya
dapat diperkembangkan dalam memberi
pertolongan dan bantuan kepada siapa juga prospek/pelanggan kita
untuk terus memberi dan menawarkan sentiasa melainkan apa yang ada pada diri kita
tidak dapat ditawarkan hanya disebabkan kita sendiri tidak memiliki perkara
tersebut untuk ditawarkan.
iv.
Mencari keredaan Allah akan apa yang dilakukan
oleh kita sentiasa diberkati dan diterima oleh
Allah SWT dengan niat untuk
melakukan jualan membantu prospek/pelanggan sebagai satu ibadah dan amal ibadat
kita selain yang fardu. Hanya dengan Allah SWT sahaja tempat kita bergantung,
mengadu domba dan meminta segala pertolongan dan bantuan yang amat diperlukan.
Bukan setakat pengetahuan produk
dan skil sahaja perlu dipertingkatkan oleh kita, tapi apa yang kita dalam diri kita
terutama bagaimana kita melayan dan berkomunikasi di hadapan prospek/pelanggan
amat diperlukan sama sekali. Kita mula berhemah dan berbudi bahasa pada prospek/pelanggan kita
maka dengan sendirinya prospek/pelanggan kita juga akan bertindak sama seperti
mana yang kita tunjukkan dahulu. Semuanya dari kita sendiri untuk memulakannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan