Ada waktunya terlalu asyik dengan
aktiviti melakukan jualan dengan mendapatkan penutupan jualan seperti mana yang
diingini, tanpa kita sedari stok perujuk (leads) dalam pipeline telah menjadi kering
kontang dan tiada lagi untuk kita lakukan bagi penetapan temu janji
kepada prospek kita.
Memastikan tiap hari sebelum
melakukan jualan agar stok leads kita berterusan sentiasa ada dan bersama dalam simpanan kita,
berusaha selalu dan memastikan agar pada bila-bila masa sekalipun kita tidak
perlu merasa gundah gulana dan susah hati bukan hanya disebabkan gagal
mendapatkan penutupan jualan tetapi juga dalam menyediakan stok senarai bakal prospek
kita kemudian hari.
Bagi memastikan perkara ini sentiasa ada
dan berisi adalah disarankan agar perkara-perkara berikut dapat
dilakukan seperti berikut
i.
Berdisiplin
melakukan tugasan
Disiplinkan
diri kita sendiri adalah kejayaan pada diri kita sendiri juga. Amalkan agar
segala persiapan awal dilakukan dengan sebaik mungkin supaya di kemudian hari
kita tidak terhegeh-hegeh atau tergopoh gapah mencari dan terus melakukan
semula sesuatu yang kena bermula seperti mana seperti asalnya. Penat buat kerja
kalau begitu.
ii.
Melakukan
secara konsisten aktiviti jualan
Sekali berjaya
jangan sama sekali kita beranggapan kita berjaya selama-lamanya. Konsisten dan
tindakan secara stabil amat diperlukan agar tindakan berulang melakukan jualan
dapat disudahi dengan. Perbanyakan dan perhebatkan lagi aktiviti jualan tidak
kita masa, tenaga dan tempat untuk kita lakukan dan korbankan hanya semata-mata
bagi mendapatkan sebanyak yang termampu untuk dikumpulkan nama-nama leads yang
boleh.
iii.
Gantikan
semula apa yang telah kita gunakan
Apabila kita
telah menghubungi prospek kita bermakna kita telah gunakan stok simpanan
senarai nama-nama prospek kita sendiri. Secara automatiknya bermakna kita perlu
menggantikan semula senarai yang telah kita gunakan tersebut dengan nama-nama
prospek yang baru bagi memastikan tiada putusnya bekalan simpanan nama-nama
leads kita.
iv.
Ketahui
purata kejayaan kita
Apabila kita
telah berjaya melakukan penutupan jualan, perhatikan secara purata dalam sehari
hasil dari berapa banyak temu janji telah dilakukan dari kita sendiri. Sebagai
contohnya jika kita boleh mendapati penutupan jualan kita dari tiga sesi temu
janji ini bermakna purata kejayaan kita adalah 33% dan ini bermakna sama ada
·
kita perlu pertingkat kan lagi keupayaan kita
kepada kejayaan dua penutupan jualan dari tiga sesi temu janji ataupun
·
menambahkan lagi sesi temu janji supaya
peratusan dan bilangan penutupan jualan kita dapat dipertingkatkan jumlahnya
sama sekali.
Bagi
mendapatkan sesi temu janji ini kita sekali lagi dituntut agar sentiasa
menggantikan balik senarai tersebut dengan ang baru bagi mengelakkan ketandusan
berlaku di masa hadapan.
v.
Konsisten minta referral
Selagi kita
tidak bertindak selagi itu kita gagal per baharui senarai nama-nama leads kita
bagi memudahkan tindakan kita di masa akan datang. Makin banyak kita terima
lagi mudah akan melakukan tapisan demi tapisan bagi mendapatkan prospek yang
berkualiti untuk ditukarkan kepada pelanggan yang dikehendaki. Sebarang info
dan maklumat sentiasa ada di sekeliling kita asalkan kita mahu dan hendak untuk
bertindak bertanyakan kepada siapa pun juga.
vi.
Jangan
mengharapkan belas ehsan dari orang lain
Seronok rasanya
kita sentiasa dibantu bagi mendapatkan leads seperti mana yang dikehendaki
tetapi berapa lama? Sekali dua mungkin ada orang ingin dan mahukan diri kita
semua perlu dibantu tetapi bagaimana setiap masa? Bertindak segera supaya orang
lain tidak mengatakan kita adalah jenis dari orang yang pemalas untuk
mendapatkan leads seperti mana yang dikehendaki dan sentiasa mengharapkan
simpati dan belas kasihan pula dari orang untuk membekalkan senarai nama-nama
leads yang diperlukan.
Selagi tiada usaha dari diri kita
sendiri, selagi itulah kita akan dibelenggu dengan keadaan yang menyusahkan
tanggungjawab kita untuk melakukan jualan. Dalam memastikan kita berjaya membawa
balik penutupan jualan seperti mana yang dikehendaki, jangan sama sekali diabaikan
pula senarai-senarai baru leads untuk kita pergunakan pula di masa hadapan. Lagi banyak
lagi bagus bagi memudahkan lagi kita melakukan tapisan bagi mendapatkan sebanyak yang
boleh bakal pelanggan kita sendiri. Dalam jualan kita sendiri
yang tentukan segala-galanya dan bukannya sama sekali dari orang
lain. Merancang dahulu sebelum tindakan dapat dilakukan supaya apa yang
dilakukan sentiasa betul dan memudahkan tindakan kita semua.
Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud ‘Yang halal itu
sudah jelas dan yang haram pun sudah jelas; dan di antara keduanya ada hal-hal
yang musytabihat (syubhat, samar-samar, tidak jelas halal haramnya), kebanyakan
manusia tidak mengetahui hukumnya. Barangsiapa hati-hati dari perkara syubhat,
sungguh ia telah menyelamatkan agama dan harga dirinya.’ (Hadis di
riwayatkan oleh. Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan