Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 18 Mac 2012

ATASI TINDAKAN TERGESA-GESA


Nampak sangat lebih banyak keburukannya dari kebaikan yang ada yang perlu kita buang jauh-jauh dan jangan sama sekali kita semaikan menjadi satu tabiat yang perlu dikekalkan dalam diri kita sendiri. Perubahan perlu dilakukan dan belajar untuk mengatasinya dengan secepat yang mungkin dan dilakukan secara konsisten setiap masa dan hari demi kebaikan untuk diri kita sendiri. Antara langkah-langkah yang perlu dilakukan adalah dengan cara


i.                    Belajar bersabar

Bersabar dalam setiap tindakan agar kita lebih memahami apa konsekuensi yang akan datang mengganggu kita apabila melakukan jualan. Melayan kerenah prospek/pelanggan, rakan sekerja, networking dan pengurusan perlu kita jagai agar kita sentiasa tenang dan relak sentiasa menghadapinya. Semakin kita bersabar penyakit pun susah nak hinggap apatah lagi kita sentiasa boleh berfikir secara rasional apa tindakan seterusnya dan susulannya selepas ini. Kita bersabar juga akan dapat menghapuskan segala kekecewaan dan putus asa jika ia nya berlaku dan terjadi.


ii.                  Beri tumpuan
Fokus amat diperlukan agar apa juga tindakan yang dilakukan memberikan hasil pulangan yang memuaskan hati kita sendiri. Tumpu betul-betul tindakan sewajarnya agar kita lebih bersedia menghadapi segala rintangan, cabaran dan dugaan yang mendatang tanpa dirancang. Sentiasa bersiap sedia adalah lebih baik dari menunggu apa tindakan yang harus dilakukan.


iii.                Sedia menerima perubahan

Berubah kepada kebaikan tidak apa asalkan kita mahu kepada perubahan yang positif dari membiarkan diri kita asyik terbelenggu di tahap lama sahaja. Ubah perangai kita dari tergesa-gesa kepada satu sikap yang paling ‘cool’ agar segala tindakan yang dilakukan dapat dibuat secara lebih tenang dan bersahaja. Jangan terpengaruh dengan cara orang lain asalkan kita mampu merencanakan diri kita sendiri ke arah jalan yang positif mencapai kejayaan.


iv.                 Motivasikan diri sendiri

Kita sendiri yang perlu memberi dorongan dan semangat kepada diri kita sendiri tanpa bantuan dan pertolongan orang lain apabila kita dalam kedukaan dan sedih nestapa. Bangun secara bersendirian tanpa sesiapapun mengetahuinya adalah lebih baik dari kita sibuk perkatakan dan menceritakan segala permasalahan kepada orang ramai seolah-olah meminta simpati. Motivasi dan beri dorongan pada diri kita sendiri agar kita sentiasa boleh bergerak ke mana juga kita berada tanpa perlu risau dan takut jika kegagalan sedang menghimpit dan mengganggu diri kita.


v.                   Takut hilang oportuniti

Tergesa-tergesa kerana takut hilang sesuatu oportuniti dibenarkan asalkan sikap kita yang tergesa-gesa ini tidak ditunjukkan di hadapan prospek/pelanggan kita. Peluang yang datang mungkin sekali sahaja dan perlu segera dilaksanakan. Menjadi satu igauan jika kita terlepas dan menjadi peluang pula kepada pesaing kita. Kenal pasti capai dan genggam apa itu peluang yang ada supaya tindakan kita sentiasa selari dengan apa yang kita mahukan.


jangan pandang mudah. Perbaiki kan ia supaya sifat yang negatif ini dilakukan pada tempat yang sepatutnya dan tidak membabi buta begitu sahaja. Sifat yang semula jadi tapi perlu dikenal pasti mana positifnya pula kena pastikan jangan sama sekali pula dibiarkan begitu sahaja. Selami untuk diketahui apa perubahan yang perlu dilakukan agar kejayaan yang diingini akhirnya dapat dicapai juga. Keputusan akhir adalah segala-galanya bagi menentukan kita adalah sentiasa mampu untuk melakukan jualan. Tanpa adanya trafik polis yang bertugas di jalan raya selagi itulah peraturan di jalan raya tiada siapa yang akan endahkan dan hiraukan. Temui sentiasa jalan untuk mencapai kejayaan dan impian seperti mana yang di ingini.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan