Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 17 Mac 2012

PERLUKAH TINDAKAN TERGESA-GESA?


Firman Allah bermaksud “Manusia diciptakan(bersifat) tergesa-gesa. Kelak akan aku perlihatkan kepada mu tanda-tanda kekuasaan Ku. Maka janganlah kamu meminta Aku menyegerakannya” (Surah Al-Anbiya : 37)


Jika kita sendiri masih lagi mengekalkan sikap terburu-buru dan tergesa-gesa ini akan menyebabkan tugasan jualan yang kita lakukan selama ini akan memberikan satu impak yang besar dan tidak elok yang boleh menjejaskan karier jualan kita sendiri antaranya


i.                    Perhubungan dengan prospek/pelanggan
Setiap prospek/pelanggan yang kita temui kerana sikap kita yang tergesa-gesa sehingga menjadi satu kelam kabut di pandangan prospek/pelanggan akan mengakibatkan mereka tidak akan yakin akan keupayaan kita dalam melakukan jualan walaupun pelbagai cara dan gaya jualan telah anda persembahkan dan tunjukkan kepada mereka. Sesuatu yang merugikan dan mungkin menjadi satu halangan buat kita mendapatkan satu penutupan jualan seperti mana yang dikehendaki. Elakkan melakukan tugasan jualan yang tergesa-gesa dan terburu-buru terutamanya di hadapan prospek/pelanggan.


ii.                  Fokus akan hilang
Terlalu terburu-buru dan tergesa-gesa, fokus kita akan lari dan sukar untuk ditentukan yang mana satu kepentingan yang perlu dikejar dahulu. Sia-sia sahaja kita melakukan perancangan pada hal ia nya terlalu sukar untuk diikuti hanya disebabkan kita terlalu mengikut perasaan dan kebimbangan tidak dapat melakukan perkara yang lain pula. Tiada tumpuan tugasan dalam melakukan jualan akan mengakibatkan kerugian juga akhirnya. Sampai bila pun kita akan sukar untuk mencapai kejayaan seperti mana yang diingini. Bila kita telah fokus bermakna kita telah buang jauh akan segala kekalutan dan tergesa-gesa memberikan tumpuan yang sepatutnya di hadapan prospek/pelanggan tersebut.


iii.                Semua tugasan tidak akan lengkap
Semua yang diharapkan seperti untuk melengkapkan dokumen bagi tujuan kelulusan menjadi kelam kabut dan tidak seperti mana yang dikehendaki hasil dari kerja yang tidak teliti dan cermat. Ambil mudah sahaja dan bukannya ambil berat di atas amanah yang telah dipertanggungjawabkan untuk kita lakukan. Yang penting siap walaupun kita sendiri ketahui dokumen yang kita hantar tersebut sebenarnya belum siap lagi terlebih dahulu. Bukan itu dinamakan buang masa dan terpaksa diulang-ulang dua tiga kali pula yang mana sepatutnya kerja tersebut boleh dilakukan hanya sekali sahaja. Elakkan perkerjaan yang sepatutnya boleh dilakukan hanya sekali jalan sahaja terpaksa mengharungi banyak kali pula.


iv.                 Terlalu pentingkan diri sendiri
Kebiasaannya orang yang terburu-buru ini adalah seorang yang mempunyai kepentingan peribadi untuk dirinya sendiri tanpa memerlukan memikirkan tentang orang lain. Ayat lain yang mudah difahami adalah TAMAK. Asalkan dia dapat apa yang dia mahukan sudah memadai buat dirinya. Tidak perlu fikirkan semangat berpasukan, tidak perlu fikirkan apa yang pelanggan inginkan selepas jualan terlaksana dan apa yang pihak pengurusan mahukan asalkan matlamat diri sendiri tercapai sudah memadai dan cukup dirasakan amat berpuas hati.


Berfikir sebelum bertindak. Jangan dituruti hati yang mudah mengelegak. Jangan mudah merasakan apa yang kita lakukan sentiasa betul di mata orang. Muhasabah sentiasa. Renungkan semula apakah tindakan yang telah kita lakukan ini benar dan betul serta tidak sama sekali terburu-buru melakukan tindakan. Memang benar mencari oportuniti kena segera tapi kalau tindakan segera yang kelam kabut dan lari dari perancangan yang sepatutnya perlu di fikirkan semula. Perbaiki semula lakukan penilaian yang sepatutnya agar kita melakukan jualan lebih mudah dan di hormati.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan