Dalam memastikan kejayaan apabila
melakukan jualan perlu juga di ambil berat tentang tiga soalan yang mesti kita
berikan jawapannya
kepada diri kita sendiri sama ada kita sedar atau tidak, sama ada kita
suka ataupun tidak, mahu ataupun tidak, sedikit sebanyak kita kena dan mesti
melakukannya. Bukan paksaan tapi satu langkah dan panduan buat diri kita
sebagai satu persediaan dan perancangan kita sebelum melakukan jualan sebelum bertemu
dan berjumpa dengan prospek/pelanggan kita.
Tiga soalan yang perlu kita jawab sendiri adalah
PERTAMA : Ke mana kita sepatutnya pergi?
Kita terasa
sangat-sangat ingin menaiki bas dua tingkat tapi masalahnya kita tak tahu pula
nak pergi ke mana. Kita langsung tak kenal pasti lagi tempat dan lokasinya
untuk kita sampai kerana kita mahu memenuhi keinginan mendalam dalam diri kita
menaiki bas dua tingkat terutama sekali bas ekspres yang ada cukup eksklusif kita
rasakan sebagai idaman naluri kita untuk kita merasa duduk dan teruja menikmati
pemkitangan yang ada di sekeliling. Oleh itu destinasi akhir kita perlu kita kenal
pasti terlebih dahulu sebelum dapat kita menaiki bas dua tingkat tersebut.
Begitulah juga dengan tugasan kita dalam bidang jualan? Sudah kah kita tetapkan
destinasinya? Sejauh mana kita perlu capai bagi memuaskan hati kita? Pergi yang
di maksudkan adalah jalan dan arah tujuan kita tentang haluan, matlamat dan
cara kerja kita sendiri sama ada dalam
i.
Menemui
prospek/pelanggan kita
Kita kena
kenal pasti terlebih dahulu segala leads kita supaya kita telah tahu di mana
sasaran sepatutnya dari leads kita untuk kita tetapkan dan sasarkan lokasi dan
tempat kita pergi dan menemui prospek/pelanggan supaya setiap perancangan yang kita
lakukan dapat menemui matlamat dan sasaran awal kita dan segala yang kita
lakukan tidak sama sekali berlaku sia-sia dan di persiakan begitu sahaja.
ii.
Masa
depan karier kita
Bina karier kita
dalam bidang jualan ini yang begitu luas dan besar untuk masa depan kita
sendiri. Kita perlu tentukan di mana untuk kita seharusnya berada sebagai satu
matlamat dan pendorong diri kita melakukan tugasan melakukan tugasan. Tanpa
impian dan matlamat kita tidak akan ke mana.
Tentukan
sasarannya bagi kita pastikan dari prospek/pelanggan, lokasinya, pekerjaannya,
produk yang diperlukan dan kenal pasti apa keinginannya dan kemahuannya
terlebih dahulu. Sebaik-baiknya dapatkan
sebanyak yang termampu leads-leads yang diperlukan bagi kita menghubunginya
dalam memastikan temu janji daripada mereka dapat diperoleh dengan berjayanya.
KEDUA : Siapa yang sepatutnya saya berjumpa?
Takkan semua
orang kita perlu bertemu seumpama seorang peminta sedekah yang kita lihat di
tepi-tepi jalan dengan siapa pun kita pasti melihat tidak kira siapa pun juga
mesti dia mahu memintanya. Perlu kah kita menjadi seperti itu? Kita kena
rancang dan jawab soalan ini dalam diri kita sebelum kita bertemu dengan
prospek/pelanggan. Jangan main hentam kromo sahaja main suka di hati untuk kita
bertemu dan berjumpa dengan prospek/pelanggan kita. Fikirkan tenaga, masa dan
wang kita akan kita dibazirkan jika kita telah salah bertemu dengan prospek/pelanggan
yang sepatutnya.
KETIGA
: Apa yang perlu saya lakukan?
Kita telah
diberi sebilah kapak untuk menebang pokok dan kita juga telah kenal pasti pokok
mana yang perlu kita tebang tapi masalahnya bagaimana kita hendak menebangnya?
Nampak mudah tapi kalau ilmu tiada atau main logik akal sahaja akan timbul pula
masalah untuk kita bagi melakukannya untuk memastikan pokok yang kita tebang
tersebut mesti jatuh dan tumbang pada sasaran yang di tetapkan dan juga bagi
memastikan tiada bala bencana di luar fikiran kita boleh terjadi sekiranya
pokok yang kita tebang itu jatuh menimpa orang yang lalu lalang di kawasan
tersebut.
Begitu jugalah
kalau kita ingin melakukan jualan, pengetahuan tentang produk dan skil jualan kita
perlu dipelajari dengan sebaik-baiknya supaya kita tahu apa yang perlu kita
lakukan. Kita akan panik dan cepat menggelabah bila bertemu dengan
prospek/pelanggan yang kita temui selagi pengetahuan produk dan skil yang ada
pada kita tidak kita per tingkatkan. Ilmu perlu di cari dan tidak sama sekali
ilmu itu mencari kita. Fahami tugasan kita dan kenal pasti segala permasalahan
dan cabaran kepada kita supaya kita tahu dan fahami untuk kita dapat mencari
jalan mengatasinya dan melakukan tindakan selanjutnya.
Tiga soalan tersebut perlu kita
lakukan secara sendirian bagi memastikan kejayaan kita dalam jualan.
Kita perlu mencari jawapannya dan kita mesti tahu juga apa jawapannya yang
diberi mestilah bersesuaian dengan kehendak dan kesesuaian dengan urusan jualan
kita. Selagi kita gagal mendapatkannya jawapan tersebut selagi itulah kita akan
sukar dan payah melakukan jualan seperti mana orang lain melakukannya. Kesabaran dan
ketenangan serta bertawakal kepada Allah SWT kunci segala-galanya dalam kita
melakukan jualan kerana cabaran, halangan dan dugaan tetap ada dan
sentiasa ada menanti kehadiran kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan