Sabda Rasulullah SAW
bermaksud
“mencari rezeki yang
halal adalah wajib sesudah menunaikan yang fardu”
Hadis Riwayat Ath
Tabrani dan Al Baihaqi.
Nyata dalam Islam menurut Sabda
Rasulullah SAW amat menuntut kita melakukan pekerjaan dan bekerja mencari
sesuatu yang halal dan bersih dan bukannya sahaja dalam menunaikan solat secara
harian ataupun berpuasa sepanjang bulan Ramadhan sahaja. Yang penting segala
apa yang ada dalam Rukun Islam dan Rukun Iman diikuti dengan bersungguh dan
taat tanpa berbelah bagi. Perlu diingat bahawa bukan setakat amalan
ibadah sahaja yang perlu kita ikuti dan amalkan tetapi juga perjalanan hidup
kita juga perlu dibuat seperti mana yang dituntut dalam Islam seperti mana juga
dalam pekerjaan kita sehari-harian.
Begitulah pentingnya kenapa kita
semua amat perlu mencari dan menentukan agar segala rezeki yang kita perolehi
di dunia ini amat memerlukan bekalan rezeki yang halal hanya semata-mata bagi menentukan
ia juga sebagai satu amal ibadat yang perlu dan mesti kita lakukan secara
bersungguh-sungguh. Terdapat banyak faedah dan kelebihannya kenapa rezeki yang halal
perlu kita cari dengan betul, bersungguh dan pastikan ia nya halal
adalah kerana
i.
Memastikan saraan kehidupan
Baik untuk diri
kita mahupun untuk keluarga kita. Rezeki yang halal akan mendatangkan
kesejahteraan dan keharmonian dalam diri dan keluarga kita sendiri. Kita
mendapatkan dan memastikan
sumber pendapatan yang halal dan bersih akan memberikan satu
kepuasan dan keseronokan dalam kehidupan dan gaya hidup kita sendiri. Setiap
sen yang kita salurkan semula dari pendapatan halal kita akan memberikan satu
keberkatan kepada kita baik ketika membeli barang keperluan, barangan kegemaran
kita dan apa juga perbelanjaan kita dalam kita menjalani kehidupan sehari-hari.
ii.
Keberkatan hidup
Peluang yang
ada didepan mata jangan dilepaskan bagi mendapat satu keberkatan dalam
kehidupan kita dalam mencari rezeki yang halal seperti mana yang Rasulullah SAW
mahukan. Tidak
menipu kepada organisasi tempat kita bekerja, tiada penipuan kepada
pelanggan dan tidak mengambil sebarang kesempatan di atas sesiapapun juga pasti
keberkatan hidup kita dapat dirasakan. Bila keberkatan hidup yang kita carikan
insyaAllah akan Allah kurniakan asalkan kita sentiasa rajin bukan setakat
beramal ibadat sahaja tetapi memastikan sumber pendapatan kita adalah sumber
rezeki yang halal dan terjamin bersih dan halalnya.
iii.
Bukan setakat amal ibadat sahaja
Melakukan
jualan dan memastikan jualan dapat dilakukan bagi menambah pendapatan kita
selain dari pendapatan bulanan tetap kita seperti komisen dan insentif yang
ditawarkan haruslah dipastikan ia dilakukan dengan setulus hati dan mencari keredaan Allah
SWT asalkan niat kita adalah betul sejajar dengan tindakan yang kita
lakukan. Jangan ingat bersolat sahaja dikira sebagai ibadah tetapi apabila kita
lakukan jualan kepada pelanggan kita dengan betul dan benar ia juga dikira
sebagai satu ibadah juga. Berazam kepada Allah agar setiap masa dan ketika apa
yang kita lakukan adalah dikira sebagai satu ibadah pengabdian dan penyerahan
diri hanya kepada Allah SWT.
iv.
Perkembangkan syiar Islam
Pastikan segala
pendapatan yang diterima jangan sama sekalai dilupakan melakukan amal jariah
sedikit seperti bersedekah dan melakukan sedikit sumbangan di samping melakukan
zakat pendapatan kepada Pusat Zakat. Lagi banyak kita bersedekah
sampai tangan kiri pun tidak mengetahuinya lagi banyak akan Allah berikan lagi
kepada kita baik ganjarannya di dunia mahupun di akhirat. Asalkan kita mahu lakukan walaupun sedikit
asalkan bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang sudahlah.
v.
Bersemangat untuk bekerja
Semakin kita
berkeinginan mencari sumber pendapatan yang halal dan diberkati semakin
bersemangat kita melakukan pekerjaan dengan bersungguh dan jujur pada diri kita
dan organisasi yang kita wakili. Jauh dari sudut hati kita untuk malas dan menipu orang
lain walaupun banyak dugaan, cabaran dan halangan yang perlu kita
tempuhi. Perlu ingat sentiasa bahawa setiap masalah yang timbul sebenarnya
bukannya masalah tetapi adalah satu hikmah dari Allah SWT untuk menguji kita
semua sama ada kita bersabar atau tidak untuk kita redha ataupun sebaliknya.
vi.
Doa dari orang yang kita bantu
Semakin ramai
yang kita
bantu dan kita tolong semakin ramai pula yang tolong mendoakan untuk kita
bukan setakat dimurahkan rezeki tetapi juga memudahkan segala urusan kita baik
di dunia mahupun di akhirat. Yang pasti amal dan perbuatan yang baik sentiasa
dibalas dengan ganjaran kebaikan dari Allah SWT. Cukup menguntungkan untuk diri
kita kerana ada orang lain juga turut
sama tolong mendoakan untuk kita tanpa kita sedari dan ketahui sama
sekali.
Berusahlah untuk
melakukan pekerjaan dengan sebaik yang mungkin.
Amanah yang diberikan tunaikan sebaik yang mungkin. Sasaran yang diberikan
tunaikan sebaik yang mungkin bukannya alasan demi alasan yang diberikan kerana
kita di bayar gaji secara tetap setiap bulan bagi memastikan keputusan akhir di
capai dan bukannya mengira asalkan gaji yang diterima setiap bulan itu adalah
memadai. Bandingkan
dengan prestasi jualan yang telah kita lakukan dengan gaji yang kita terima.
Berbaloi atau tidak, jawapannya ada pada diri kita sendiri. Tepuk dada tanyalah
selera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan