Macam mee segera, semuanya nak dapat
pantas dan cepat mendapat keputusannya. Kalau asyik lambat dan lembab sahaja
penutupan jalan di dapati nanti di khuatiri orang akan kata tak pandai pula
melakukan jualan. Serba salah di buatnya. Apa yang penting sekarang ini bagaimana kita
menyusun strategi kita bagi mendapatkan cepat dan pantas keputusan akhirnya
supaya kita mampu untuk bersaing dengan rakan sekerja kita seterusnya mengatasi
pesaing-pesaing kita.
Mungkin cara-cara begini boleh kita amalkan
dan lakukan iaitu
i.
Bina perhubungan yang baik
Perkenalkan
nama kita, beri penekanan yang sewajarnya kepada nama kita supaya orang lebih
cepat mengenali kita dan di mana tempat kita bertugas. Tugas kita bukan setakat
mereka kenal akan kewujudan kita di pasaran tetapi juga mereka mudah mengingati
kita dengan membina satu perhubungan networking yang baik dan mesra.
ii.
Pelajari dari orang yang telah berjaya melakukannya
Cara cepat dan
mudah pertingkat kan skil kita adalah dengan meniru cara dan gayanya bagaimana
orang yang berjaya melakukannya bagi mendapatkan tawaran diterima prospek
sepertimana yang di kehendaki. Tiru benda yang baik dan boleh mendatangkan hasil
tidak mengapa. Yang penting skil dan cara kita melakukan jualan dapat
dipertingkatkan lagi cara dan kaedahnya.
iii.
Berbuat baik dengan siapa sahaja
Orang yang
menjual dan menawarkan produk mesti berbuat baik dengan siapa juga yang ditemui
supaya orang lebih mengenali dan mengetahui kita melakukan jualan ke atas
produk yang ditawarkan. Lagi ramai orang mengenali kita lebih mudah kita akan
dihubungi untuk menyelesaikan masalah mereka dan seterusnya memudahkan lagi kita
membantu mereka yang benar-benar inginkan produk yang ditawarkan. Jangan sombong
dan tinggi diri….
iv.
Apabila berjanji, tunaikan
Jagailah dengan
sepenuh hati. Apa juga kita telah berjanji kepada pelanggan kita pastikan ianya
ditunaikan dan jangan sama sekali dibiarkan tidak menepati janji kerana ianya
melibatkan integriti dan komitmen kita kepada pelanggan kita sendiri. Hanya
kerana ingin mendapatkan penutupan jualan kita tabur janji-janji yang mungkin
ada janji-janji tersebut kita mungkin tahu yang kita tidak akan laksanakan.
Pastikan selepas ini kita perlu memegang teguh pada janji kita sendiri supaya
pelanggan tidak memandang mudah dan serong kepada kita.
v.
Fikirkan sepertimana yang difikirkan oleh
prospek/pelanggan
Dalam melakukan
jualan, biasakan diri kita seolah-olah kita berada sama situasinya dengan
prospek/pelanggan kita. Bila kita dapat merasai dan menyelami keadaan yang sama
dengan apa yang ditempuh oleh prospek/pelanggan tersebut maka lagi mudah kita
akan melakukan jualan kepada mereka dan lebih memahami apa dia keperluan dan
kemahuan yang diperlukan oleh mereka.
vi.
Penyamaran
Pergi ke tempat
pesaing sebaik-baiknya, buatlah seperti orang yang nak membeli produk yang
ditawarkan, sambil bertanya perhatikan bagaimana pekerja jualan tersebut menyambut kita dan melakukan jualan
terhadap kita. Saksikan bagaimana layanannya, percakapannya, bahasa badannya
dan persembahannya sebagai satu ilmu yang menarik yang mungkin kita boleh
pergunakannya pula.
vii.
Penampilan diri
Amat penting
diamalkan. Tidak perlu berpakaian berjenama mahal asalkan kita cukup pandai
untuk mengayakannya. Yang penting biar warna baju memainkan peranan penting
bersesuaian dengan warna kulit kita. Orang akan mudah tertarik dan mula merasa
selesa dan yakin pada yang mempunyai keterampilan menarik dan menyeronokkan di pandangan
mata prospek/pelanggan kita.
viii.
Salam
Bertemu dan
berpisah tidak kira siapa pun eloklah diamalkan untuk bersalam sebagai satu tanda
menghormati seseorang yang dijumpai tidak kira kita kenal atau tidak. Itu pun
bergantung pada jantina yang sama. Sebaik-baiknya elakkan bersalam dengan
jantina yang berbeza ditakuti nanti fitnah pula yang akan timbul. Kemesraan
akan lebih mudah terjadi dan berlaku hanya kerana memberi salam dan bersalam
dengan prospek/pelanggan yang kita temui.
Lakukanlah dengan segera untuk mendapat
hasil yang segera seperti mana yang dikehendaki. Kalau inginkan kejayaan pengorbanan
dari diri kita sendiri amat dituntut demi kemajuan diri dan karier kita
sendiri. Semua perkara di atas adalah perkara-perkara yang boleh dan mampu untuk
dilakukan melainkan kita adalah jenis manusia yang malas dan tidak mahu untuk
berubah ke arah kebaikan. Yang pasti, kita lakukan pasti ada kejayaan yang bakal menjadi milik kita
jua suatu hari nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan