Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 4 Mac 2012

JANGAN ADA ANDAIAN/TANGGAPAN


Melakukan jualan adalah sesuatu perkara yang memerlukan pengorbanan dan kesanggupan untuk melakukannya. Mempunyai keyakinan diri menambahkan lagi kesungguhan untuk melakukan jualan walau pada siapa pun juga yang ditemui.  Walau bagaimanapun untuk mendapatkan keyakinan dan komitmen diri yang tinggi, pemikiran kita juga harus dijaga terlebih dahulu. Agak sukar untuk mencapainya atau melakukannya selagi pemikiran kita tidak diperbetulkan terlebih dahulu. Ini adalah kerana apa sahaja yang kita lakukan ia lebih terarah kepada dua perkara yang hendak dan mahu dilakukan iaitu sama ada apa yang kita inginkan dan juga apa yang kita memang boleh lakukannya.

Masalah yang timbul kini adalah kita akan kuat melakukan andaian demi andaian ataupun persepsi demi persepsi mengenai sesuatu perkara atau tugasan yang belum kita lakukan lagi, kita tak mencubanya lagi lalu kita membuat kitaian yang perkara itu adalah sukar atau payah untuk dilaksanakan oleh kita terlebih dahulu. Perasaan negatif ini akan muncul juga mengganggu tindakan kita walaupun kita telah berjaya memikirkannya secara positif dan penyebutan kita juga telah pun positif. Tapi malangnya masih juga berlaku kerana ini mungkin di sebabkan

i.                    Kita masih gagal kerana tiada keyakinan diri
Melakukan sesuatu memerlukan keyakinan dan kepercayaan yang tinggi untuk kita dapat melakukannya walaupun apa pun rintangan, dugaan dan cabaran yang bakal hadapi. Jangan merasakan kesukaran sahaja yang kita perlu ketahui tetapi kena tahu apa cabaran yang perlu kita atasi. Lihatlah pasukan sukan negara kita belum apa-apa laungan ‘Malaysia Boleh’ pasti bergema bagi meniup semangat pemain-pemain negara menghadapi lawan masing-masing. Hanya keyakinan yang boleh mengubah kehidupan kita menjadi satu realiti.

ii.                  Mudah terpengaruh dengan apa yang orang lain perkatakan
Bila berkawan, carilah kawan yang boleh memberikan kita satu nasihat yang positif kepada diri kita. Jangan cari nasihat dan cerita orang dari orang yang bukan sama bidangnya dengan kita kerana dikhuatiri pengalaman yang ditempuhnya tidak sama dengan apa yang dilalui oleh kita. Kita ada pendirian, kita kena kukuhkan pendirian kita untuk melangkah lebih jauh lagi. Bukan semua pendapat orang kita boleh terima mentah-mentah begitu sahaja. Berfikirlah demi kebaikan dan kesesuaian dengan kehendak dan tindakan kita seterusnya.

iii.                Tidak mahu belajar dan mendapatkan ilmu
Ilmu tidak pernah habis dan kering kontang. Ilmu perlu di cari dan bukannya ilmu mencari kita. Tanpa ilmu kita pasti tidak ke mana memandangkan kita tidak tahu apa-apa pun tentang apa yang kita hendak dan akan lakukan. Sentiasa kemas kini kan ilmu kita mengikut arus kehidupan dan karier kita bagi menjamin memudahkan lagi kita tahu akan apa yang kita lakukan dan tidak sama sekali membuat andaian begitu sahaja. Bila kita sudah berilmu, bermakna kita sudah tahu, secara automatiknya keyakinan diri kita meningkat dan mendorong kita melakukannya dengan langkah yang terbaik dan seperti mana yang di mahukan.

iv.                 Merasakan kita sahaja yang betul
Kita rasa kita betul sahaja, sememangnya kita berada dalam satu keadaan yang cukup bahaya kerana rasa dan kitaikan kita sentiasa betullah akan mengakibatkan diri kita suka melakukan anggapan yang bukan-bukan. Sentiasa kena ingat yang kita ini adalah manusia yang Allah cipta untuk hidup di bumi Allah ini menjadi Khalifah sememangnya tidak dijadikan sesempurna ciptaanNya. Elakkan sentiasa berfikiran dan beranggap sentiasa betul dan benar. Dapatkan bantuan dan pendapat sebaik-baiknya dari bos kita, rakan sekerja mahupun juga dari rakan-rakan kita yang melakukan jualan juga tetapi dari organisasi yang lain. Elakkan diri kita dari menjadi seorang yang bongkak dan ego kerana jika kita ada penyakit seperti begini, orang lain pasti tidak akan mahu nanti bergaul dengan kita di mana juga kita berada.

v.                   Jangan pandang belakang
Untuk bergerak maju apa yang kita lakukan jangan di toleh ke belakang lagi tetapi susunlah langkah kita untuk terus memacu ke hadapan demi hadapan agar segala tindakan kita berterusan mencapai kejayaan. Buang segala anggapan dan tanggapan kita yang negatif tersebut supaya ianya sama sekali tidak mempengaruhi kita tatkala kita melakukan tugasan jualan dan bertemu dengan prospek/pelanggan kita.

vi.                 Tidak serius
Apa juga tugasan dan tindakan yang ingin kita lakukan perlu kita sentiasa mahu dan serius untuk kita lakukan secara bersungguh dan bukannya secara melepaskan batuk di tangga. Dengan kesungguhan dan penuh rasa tanggungjawab sambil memikirkan amanah yang perlu dipikul akan menjadikan kita akan lebih serius dan memberi tumpuan yang sepatutnya. Bila kita merasakan kita cukup bersungguh melakukan tugasan dan kerja kita dalam jualan pasti kegusaran kita melakukan segala andaian dan anggapan yang negatif boleh dihilangkan begitu sahaja.

vii.               Usaha tangga kejayaan
Pepatah Melayu yang sehingga kini tetap digunakan dari zaman dahulu lagi. Tanpa berusaha, kejayaan yang diingini masih tidak dapat dimiliki lagi. Jangan mudah mengalah, kecewa, merana, putus asa dan marah hanya kerana kita malas untuk berusaha. Kejayaan tidak akan datang bergolek kepada kita begitu sahaja tanpa ada usahakannya secara bersungguh-sungguh dengan kekuatan hati kita untuk melakukannya. Tidak satu pun pekerjaan di muka bumi ini yang hanya memerlukan kita sentiasa duduk bersenang lenang menanti wang datang dan muncul di hadapan muka kita melainkan kita terus berusaha untuk mendapatkannya.


Bukan tidak dibenarkan andaian atau tanggapan dilakukan. Namun segala yang tidak baik dan memberikan satu kitaian dan tanggapan yang negatif untuk karier kita perlu dielakkan demi menjaga dan menjamin karier kita dalam melakukan jualan dapat dihindarkan dengan baik dan betul pada lkitasan seperti mana yang dikehendaki. Tidak cukup kalau kita berfikiran positif sahaja tapi usaha kita masih belum positif untuk melakukan tindakan yang sepatutnya. Perubahan perlu ada bagi memastikan segala apa yang dirancang dapat dilakukan dengan baik dan sempurnanya supaya tindakan yang sepatutnya kita lakukan dapat menghasilkan pencapaian yang terbaik untuk kejayaan diri kita sendiri.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan