Adat melakukan jualan, pesaing yang ada perlu diketahui dan jangan sama sekali
diabaikan dan buat tak tahu sahaja. Dalam pasaran terbuka seperti
ini, segala aktiviti jualan yang dilakukan kena pastikan lebih baik dan elok
tindakan kita mengatasi pesaing yang ada kalau kita sendiri inginkan kejayaan
dalam melakukan jualan. Jangan sama sekali memandang rendah keupayaan pesaing ditakuti
nanti kita langsung tidak dapat melawan dan menghadapi persaingan pula
terutamanya dengan pesaing yang sedia ada. Kreativiti dan kesungguhan melakukan
jualan amat diperlukan supaya kalau tidak pun di atas mengatasi pesaing
sekurang-kurangnya kita sentiasa ada untuk bersaing sama dengannya.
Persaingan
yang sihat di dalam pasaran amat digalakkan. Amat baik mengetahui tentang segala tindak tanduk pesaing
kita melakukan penawaran produk agar penawaran produk kita juga boleh diterima
dalam pasaran yang sama. Terdapat beberapa faktor-faktor dan perkara-perkara
yang perlu kita ambil berat dan ketahui antaranya
i.
Bagaimana pesaing-pesaing kita mencari dan mendapatkan
pelanggan-pelanggan mereka?
Teknik dan skil yang digunakan
perlu dipelajari dan diketahui bagaimana pesaing melakukannya. Jangan malu
untuk meniru cara yang digunakan asalkan ia boleh mendatangkan hasil semula
kepada kita. Perlu diingat skil, teknik
dan kemahiran dalam jualan tiada dimasukkan dalam akta hak cipta yang tidak
membenarkan sesiapapun boleh meniru dan mengikuti cara orang lain lakukan.
Lihat dan tentukan kekuatan tim jualan mereka dan apakah aktiviti-aktiviti
jualan yang mereka telah lakukan di pasaran. Bolehkah kita melakukan persaingan
dengan mereka di padang yang sama atau berbeza sekali padang permainannya?
ii.
Jenis yang bagaimana pelanggan-pelanggan mereka?
Ada produk-produk yang ditawarkan
bergantung pada kepada jenis-jenis pelanggan yang akan ditentukan oleh pesaing
dahulu. Ada di pasaran mengemukakan produk-produk untuk pelanggan-pelanggan
yang tertentu sahaja menikmati produk tersebut mengikut kekayaan dan pendapatan
seseorang. Ada yang dikhususkan untuk golongan atasan, golongan pertengahan dan
golongan semua orang. Lihatlah industri permotoran di Malaysia, jenama
kenderaan cukup sinonim dengan pendapatan, kemampuan dan gaya hidup seseorang.
Semakin berharta dan banyak pendapatannya semakin canggih kenderaan yang digunakannya.
Adakah produk-produk pesaing juga turut mengalami keadaan yang sama seperti di
atas?
iii.
Apa penyebabnya produk mereka masih diterima oleh pelanggan?
Kesetiaan pelanggan dan tahap
perkhidmatan yang diberikan oleh pesaing amat diperlukan kita untuk mengetahui
bagaimana pesaing-pesaing kita melakukannya. Bagaimana untuk menarik
pelanggan-pelanggan setia mereka untuk bertukar menjadi pelanggan-pelanggan
setia kepada kita. Penyebabnya ada pada mereka tapi pencariannya ada pada kita.
Berusaha mencari kelemahan produk mereka untuk atasi jalan terbaik mendapatkan
pelanggan-pelanggan tersebut agar pelanggan-pelanggan tersebut pada akhirnya
menerima tawaran produk dari kita. Sudah memadai kah tahap layanan dan
perkhidmatan yang telah kita tunjukkan dan persembahkan kepada bakal-bakal
pelanggan kita?
iv.
Bagaimana struktur penawaran harga dan kelebihan produk-produk pesaing?
Harga sememangnya memainkan
peranan yang penting dan begitu juga kelebihan-kelebihan dan keuntungan produk
yang ditawarkan dan diterima oleh pelanggan-pelanggan pesaing. Adakah produk
yang kita tawarkan turut terjejas dengan harga dan kelebihan produk pesaing di
pasaran. Kalau semuanya sama ini bermakna jualan kita tidak sebaik pesaing
lakukan. Tapi jika terdapat perbezaan yang ada, sesuatu tindakan perlu
dilakukan membezakan apa kelebihan pesaing dengan kelebihan produk kita supaya
memudahkan tindakan kita menarik minat dan pengetahuan prospek atau bakal pembeli
melakukan penilaian terbaik untuk mereka. Kena telus dan jangan sama sekali
memburukkan nama pesaing di pasaran kerana itu satu etika dan perbuatan yang
tidak elok sama sekali buat kita yang melakukan jualan.
v.
Bentuk pemasaran mereka dalam perkenalkan produk mereka di
pasaran
Peka dan sentiasa lihat adakah
kain rentang, poster ataupun edaran risalah dilakukan di tempat-tempat lokasi
orang ramai. Jangan kita rasakan itu tidak apa, tidak strategi dan orang ramai
akan buat tidak tahu sahaja tetapi ambillah sebagai satu iktibar dan pengajaran
yang terbaik untuk kita ambil berat sama perkembangan baru mereka dan promosi
terkini mereka. Saksikan juga tentang aktiviti-aktiviti jualan mereka seperti
pembukaan ruang pameran, penyertaan pesaing dalam tapak pameran dan expo,
taklimat-taklimat ataupun forum yang mengakibatkan nama produk mereka begitu senang
dan mudah dikenali ramai. Adakah kita boleh dan mampu bagi kita menyaingi
pesaing dan lakukan seperti mana yang mereka lakukan?
vi.
Apa penyebab utama produk mereka boleh diterima dengan baiknya
oleh pelanggan-pelanggan mereka
Balik-balik produk pesaing sahaja
yang disebut-sebut dan diterima dalam pasaran oleh bakal-bakal pembeli atau
bekas pelanggan yang kita temui. Apa pendorong dan penyebab utama mereka boleh
menerima kehadiran produk pesaing di pasaran. Cari dengan bijaksana dengan
mendapatkan maklum balas dan cerita-cerita mereka kenapa mereka begitu
menggemari dan menyukai produk pesaing dari produk kita. Dari itu akan
memudahkan lagi untuk kita menyukai apa kelemahan dan kekurangan yang ada pada
kita untuk kita perbaiki dan per kemaskan lagi supaya di masa hadapan tindakan
yang sepatutnya pula dapat kita lakukan bagi memastikan pula produk kita
sentiasa di hati bakal-bakal pembeli dan pelanggan kita pula.
vii.
Dari pelanggan kita cuba dapatkan juga info kenapa mereka
memilih produk kita bukannya produk pesaing
Buat satu kaji selidik agar
pelanggan-pelanggan kita tidak kira yang lama atau yang baru perlu dikekalkan
dan tidak lari dan pergi kepada pesaing kita pula. Terlalu sibuk dan risau
dengan kehadiran pesaing kita langsung kita lupakan pula pelanggan-pelanggan
kita yang sedia ada. Jangan diabaikan dan jangan dilupakan sama sekali agar
kita ketahui tindakan yang kita lakukan ini adakah dikira sudah memadai dan
atau ala-ala kadar sahaja. Perbetulkan dan per tingkatkan semula tindakan kita
pada mana-mana bahagian yang didapati lemah dan perlu diperbetulkan semula.
Hanya maklum balas dari pelanggan setia sahaja benar-benar boleh didapati
kejujurannya dalam memberikan pandangan dan penjelasan yang diperlukan secara
ikhlas dan sepatutnya. Segala aduan dan ke tidak puasan hati juga perlu diambil
perhatian sewajarnya juga agar satu tindakan yang bersepadu dan sepatutnya
dibuat dan dilakukan bagi per kemaskan lagi mutu perkhidmatan kita kepada
bakal-bakal pembeli dan pelanggan-pelanggan kita yang sedia ada.
Berusaha untuk mencapai kejayaan cara yang betul dan
sepatutnya amat digalakkan agar produk kita sentiasa diterima dalam pasaran.
Sentiasa menganggap pesaing yang ada bukan sebagai sesuatu yang mengganggu dan mengacau kepada
kita tetapi kehadiran mereka sebenarnya banyak membantu untuk kita supaya kita
menjadi lebih rajin, mahu berusaha, perbaiki kelemahan kita dan seterusnya
menjadikan kita lebih tabah dan bersemangat untuk melakukan lagi
jualan seperti mana yang dikehendaki
Tiada ulasan:
Catat Ulasan