Banyak faedah jika nama kita
dapat dibina dan diperkenalkan di pasaran. Lagi ramai yang mengenali kita lebih mudah kita
boleh membina networking seperti mana yang kita kehendaki. Lebih
mudah jualan kita dapat dilakukan pada bila-bila masa tanpa kita duga dan percaya.
Terdapat banyak sekali cara dan kaedahnya untuk kita membina nama kita
sebagai satu
penjenamaan untuk diri kita. Antaranya adalah
i.
Perkenalkan diri
kita
Dalam kita
perkenalkan diri kita terdapat dua cara untuk kita lakukan iaitu
·
Melalui
panggilan telefon
Maklumkan nama kita
sejelas-jelasnya supaya prospek/pelanggan tahu yang kita menghubunginya agar di
masa hadapan memudahkan lagi untuk kita menghubunginya semula atau di masa kita
bertemu dengannya. Apabila orang sudah mengenali kita bermakna telah terpahat
dalam ingatan prospek/pelanggan tersebut akan nama kita tanpa ada kesilapan
lagi.
·
Apabila bertemu
Bertemu dengan
sesiapa perkenalkan diri kita dengan menyebut nama kita terlebih dahulu. Stres
kan nama kita agar orang yang bertemu dengan kita tahu akan nama kita. Jangan
setakat bersalam dan memberi salam sahaja tanpa kita sebutkan nama kita.
Sebaik-baiknya dan cukup digalakkan agar ketika bertemu dengan orang ‘Name Tag’
kita digantung sekali agar nama kita orang lebih kenali dan mengetahui dari
organisasi mana kita datang.
ii.
Kad perniagaan
Jangan terlalu
berkira dan kedekut untuk berikan kad perniagaan kita kepada orang yang kita
temui. Lagi banyak kita berikan lagi ramai orang boleh mengenali kita untuk
mereka berurusan dengan kita apabila mereka memerlukan nanti di kemudian hari.
Sentiasa bawa kad perniagaan kita, kalau kita takut tertinggal kita pastikan kita
selitkan sedikit dalam beg dompet kita supaya senang untuk diri kita juga
memberikan kepada sesiapapun juga yang kita rasakan boleh dimanfaatkan sebagai
bakal pelanggan kita walaupun ketika itu kita sedang bercuti.
iii.
E-mel
Bila hantar
e-mel pastikan info dan maklumat yang kita hantar cukup relevan dengan tugasan
jualan kita dan pastikan agar nama kita tidak tertinggal sama sekali walaupun
dalam kita merasakan telah memadai dengan alamat e-mel yang dinyatakan. Jangan
segan dan merasa malu perkenalkan diri kita kerana kita harus dan mesti
memikirkan tentang kemudahan dan kesenangan bakal pelanggan kita untuk
menghubungi kita pada suatu hari nanti.
iv.
Flyers, bunting
dan kain rentang
Pastikan semua
di atas ada nama kita terbentang, lagi besar fonnya lagi baik kerana lebih
mudah untuk mereka menghubungi diri kita. Dalam melakukan jualan jangan merasa
segan dan malu apatah lagi takut orang
akan mengganggu kita menelefon kita.
Gunakan peluang yang ada kerana hendak membina nama bukannya mudah dan
senang dengan begitu sahaja. Bila dah ada peluang terima sahaja kerana lambat
laun ia akan cukup berguna untuk diri dan karier kita sendiri.
Teruskan
segala usaha kita terus menerus tanpa merasa segan silu, lebih ramai yang
mengenali diri kita mengenali kita lebih baik untuk kita perkembangkan jualan kita.
Rezeki Allah bukan boleh dijangka, asalkan ada usaha dan kerajinan pasti rezeki akan datang melimpah
ruah. Bina nama kita di pasaran sebagai satu jenama yang cukup di
kenali setaraf dengan jenama-jenama lain yang telah terkenal dan dikenali sejak
dari dahulu lagi. Jangan merasa malu apatah lagi untuk merendah
diri untuk kita terus menerus membina nama kita sebagai satu jenama yang cukup
besar dan dikenali ramai di pasaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan