Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 2 Mac 2012

APABILA TEMU JANJI TELAH DI TETAPKAN


Menghubungi prospek melalui ‘tele-marketing’ merupakan cara terbaik untuk menghubungi leads-leads yang ada bagi memudahkan tugasan menetapkan temu janji dan bukannya melakukan jualan dahulu di dalam talian telefon. Menetapkan temu janji kepada prospek sebenarnya bukanlah satu langkah penamat atau penghabisan tugasan dalam menelefon tetapi sebenarnya kita perlu memastikan panggilan telefon yang kita lakukan mestilah dilakukan dengan cara dan adab yang betul dan memuaskan hati prospek yang telah kita hubungi.

Langkah-langkah mudah yang perlu kita lakukan selepas kita berjaya mendapatkan satu temu janji terhadap prospek kita adalah

i.                    Lakukan ringkasan dan sahkan semula
Pelanggan bersetuju sahaja, kita perlu nyatakan secara ringkasan kepada prospek kita tentang tujuan asal kita kepadanya supaya prospek tersebut memahami tujuan kita. Sahkan juga tentang waktu dan lokasi sekali lagi supaya tiada kesilapan yang akan berlaku pada kedua-dua belah pihak.

ii.                  Fahamkan tujuan asal kita kepada prospek
Pada logik akal kita pasti kita akan menganggap yang prospek telah memahami apa yang kita telah perkatakan. Pastikan tiada anggapan dan tanggapan yang salah  dilakukan terlebih dahulu sehingga kita yakin yang tindakan kita memberi penerangan kepada prospek tersebut benar-benar difahami dengan jelas dan nyata supaya bila pertemuan di adakan nanti tiada penerangan demi penerangan lagi yang harus kita ceritakan semula kepada prospek tersebut. Jimatkan masa kita demi mencari lagi prospek lain dan perbanyakan lagi sesi temu janji kita kepada orang lain pula.

iii.                Biarkan prospek yang menutup talian telefon dahulu
Tindakan sebaik-baiknya adalah membiarkan dahulu prospek tersebut menutup dahulu talian telefon tersebut dari kita menutupnya dahulu. Kalau kita menutupnya kerana kegembiraan kita mendapatkan temu janji dikhuatiri akan menyebabkan prospek merasakan kita telah bertindak kurang ajar kepada nya walaupun kita sama sekali tidak sama sekali merasa begitu. Cuba elakkan kerana ini melibatkan imej dan memudahkan urusan kita nanti apabila temu janji kemudian hari berlaku dengan prospek tersebut.

iv.                 Ucapkan penghargaan kita kepada prospek tersebut
Jangan sama sekali dilupakan untuk mengucapkan kepada prospek tersebut ucapan terima kasih dan luangan masa beliau kepada kita. Tunjukkan kita berbudi bahasa dan berhemah semasa interaksi bermula. Prospek akan benar-benar mati akal dibuatnya jika beliau mendapati orang yang sedang berhubung dengan beliau mempunyai satu tingkah laku dan tindakan yang begitu berhemah dan bersopan di talian telefon.

Elakkan kita jangan terlalu cepat gembira dan merasa seronok hanya kerana kejayaan kita mendapatkan satu temu janji daripada prospek tersebut. Bersopan sentiasa dan tunjukkan segala tindakan kita berhemah dan dihormati oleh semua orang yang kita hubungi. Gagal atau tidak bergantung pada kemahuan prospek tersebut tetapi imej kita dan organisasi kita perlu di jaga dengan sepenuh hati. Amat mudah melakukannya tapi perlu berhati-hati.
 
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan