Dalam jualan, perkara ini perlu
diatasi dan diperbetulkan demi menjaga kredibiliti kita sebagai seorang yang
melakukan jualan dan yang menawarkan produk kepada prospek/pelanggan. Menurut Duke Brekhus
yang mempelajari teknik bertanyakan soalan bagi menarik minat seseorang hanya
untuk memulakan komunikasi dan perbualan daripada Ron Puryear terdapat empat tajuk
atau modal untuk kita memulakan perbualan yang perlu diingati
sebagai memulakan perbicaraan yang membentuk perkataan FORM yang membawa erti kepada
i.
F – Family (Kekeluargaan)
Lagi banyak
kita bertanya
tentang keluarganya dengan bertanyakan tentang kedua orang tuanya,
pasangannya atau bilangan anaknya mungkin kita lebih mengetahui tentang
keluarganya terlebih dahulu tanpa menyentuh perkara-perkara yang lain. Yang penting
pandai
mengambil kesempatan dan tahu akan apa yang perlu diperkatakan
kepada prospek yang berhadapan dengan kita.
ii.
O – Occupation (Pekerjaan)
Mengetahui tentang
pekerjaan dan jawatannya sekurang-kurangnya memberi satu tanda aras kepada
kita sebagai satu petunjuk tentang anggaran berapa pendapatan dan perolehannya sebulan
yang prospek tersebut perolehi setiap
bulan. Melalui pendidikan juga akan membuka peluang juga kepada kita mengetahui
juga tentang apa pekerjaan beliau dan apa yang beliau lakukan untuk menjana
pendapatan beliau.
iii.
R – Recreation (Rekreasi)
Bertanyakan apa
yang beliau minat
atau hobinya mungkin boleh memulakan bicara bersama prospek
tersebut. Kalau kita berada di premis pejabat prospek, mata kita kena liar
sedikit lihat apa yang ada diruang pejabatnya agar dapat dijadikan modal untuk
memulakan perbualan bertanyakan berdasarkan apa yang kita lihat di
sekelilingnya. Perlu pandai ambil kesempatan agar tahu untuk kemukakan apa yang
hendak di tanyakan terlebih dahulu hanya semata-mata menarik minat prospek tersebut
meneruskan perbualan.
iv.
M – Message (Mesej)
Mungkin apa
yang telah berlaku sebagai tajuk utama akhbar atau berita-berita sensasi
boleh dijadikan bahan pembuka cerita seperti mala petaka banjir di Thailand,
ekonomi semasa. Pembentangan belanjawan, keputusan bola sepak dan sebagai
mananya yang boleh menarik minat prospek tersebut untuk bersembang dengan kita.
Jangan malu
dan panik kerana kebiasaannya petunjuk-petunjuk kebiasaannya hanya berada di
sekeliling prospek dan kita sahaja
Menurut Duke, kalau kita menggunakan pendekatan dan
teknik ini kepada soalan-soalan yang dikemukakan kepada mereka, kita pasti
teruja dan mengagumi betapa hebat dan banyaknya perkara-perkara yang
membolehkan kita mengetahui dan mengenali akan seseorang terutama kepada
prospek yang kita temui dan berhadapan dengan kita. Lebih banyak
yang kita ketahui bermakna lebih banyak kita boleh mengenali berkenaan dengan
mereka.
Ingat teknik berdasarkan
perkataan F.O.R.M
ini sebagai
satu modal dan pembuka mulut mencari idea perbualan permulaan bagi
kita semua memudahkan lagi interaksi kita bersama prospek. Gunakan keadaan
sekeliling yang ada bagi memudahkan lagi mendapatkan petunjuk-petunjuk segera
memberi gambaran kita membentuk soalan-soalan yang perlu dikemukakan untuk
prospek tersebut memberikan maklum balas dan seterusnya memudahkan lagi bagi diri kita meneruskan
perbualan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan