Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 29 Februari 2012

CUKUPKAH ILMU DI DADA???



Sesiapa yang menceburi bidang jualan secara serius dan bersungguh-sungguh mesti mahukan kejayaan yang tinggi dan konsisten. Mendapat imbuhan setinggi yang boleh, semampu yang diingini dengan ganjaran yang berkekalan amat dikehendaki bagi sesiapapun juga yang menceburi bidang ini.  Bukan tamak atau lupa dunia tetapi inilah kesempatan yang perlu diambil segera oleh sesiapapun juga di kala umur yang muda dengan kesihatan tubuh badan yang sihat walafiat.

Agak-agaknya berapa banyak masa kita telah peruntukkan demi menambah pengetahuan dan ilmu yang berkaitan kita dalam bidang jualan? Ramai yang merasakan tidak perlu asalkan jualan mereka sudah tinggi dan mencapai sasaran yang telah ditetapkan itu dah dikira cukup baik dan menyeronokkan. Janji boleh buat, rezeki ada dan di hargai oleh pihak pengurusan, itu sudah dikira memadai.

Sebagai seorang yang menjadikan karier jualan sebagai satu tunjang utama dalam memperolehi pendapatan semasanya adalah disarankan agar tuntutan mendapatkan ilmu pengetahuan dan mendalami apa yang dilakukan secara bersungguh amat dituntut sama sekali agar karier yang dilakukan ini semakin mudah untuk kita lakukan walaupun apa juga yang berlaku dan terjadi. Sebagai seorang yang benar-benar menjaga kariernya pasti beliau akan tetap per lengkapkan dirinya mencari ilmu tanpa henti tanpa adanya titik noktah dari segi

                                Jualan
        Pemasaran
                                Persaingan
                                Aspek-aspek yang berkaitan dengan industri jualan
                                Alat atau kaedah yang baru
                                Teknologi ICT
                                Hubungan kemanusiaan
                                Psikologi kemanusiaan
                                Industri perbankan sebelum, semasa dan masa hadapan
                                Jangkaan semasa dan masa hadapan pasaran
                                Skil dan kemahiran
                                Perundangan yang berkaitan
                                Pengurusan masa
                                Komunikasi dalam tulisan dan percakapan
                                Matlamat
                                Penyesuaian tugasan dan pelaksanaan
                                dan pelbagai lagi

Banyak yang perlu kita pelajari dari masa ke semasa tanpa gagal sebagai persiapan diri kita apabila berhadapan dengan prospek/pelanggan. Kita akan lebih di hormati oleh prospek/pelanggan jika mereka mendapati yang kita betul-betul tahu dan faham tentang pengetahuan dan ilmu kita sebagai satu sumber mendapatkan sesuatu perkara yang mereka rasakan mereka perlukan kita sebagai seorang konsultan dan penasihat peribadi mereka bukan setakat tentang produk-produk kita sahaja. 


Pencarian ilmu tiada akhirnya dan berterusan sentiasa kerana ilmu perlu di cari dan bukannya menunggu seperti buah kelapa yang tinggi kedudukannya, hendak diambil galah tidak sampai, hendak memanjat tidak berupaya. Berusahalah mencari ilmu kerana melalui ilmulah darjat kita semakin tinggi di pandang orang dan perlakuan kita semakin baik dan sempurna sepanjang masa.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan