Tindakan paling bijak adalah apabila
melakukan presentasi di hadapan prospek/pelanggan adalah cuba untuk mengelak membawa dan membaca nota-nota yang kita rasakan
perlu untuk kita. Mungkin ianya agak melecehkan tetapi antara kelebihan-kelebihan yang boleh kita dapati
adalah dengan cara
i.
Walaupun tanpa nota, kita jangan sama sekali
memikirkan tentang apa yang kita perkatakan sebagai satu prestasi untuk diri kita
tetapi kita perlu menganggapkannya sebagai satu seni perbualan yang boleh menarik
minat pendengar mendengar satu celoteh dan penyampaian bermaklumat secara
bersahaja dari kita tanpa ada terlalu sibuk merujuk kepada nota kita.
ii.
Kita akan merasa lebih tenang dan relax setiap
tindakan kita memandngkan tangan kita tiada memegang apa-apa dan hanya memberi
tumpuan dan fokus kepada prospek/pelanggan di hadapan kita. Idea yang datang
lebih banyak originalitinya dan orang akan melihat kita lebih
bersungguh-sungguh untuk melakukannya.
iii.
Keyakinan kita lebih teserlah dan meningkat dengan
sendiri tanpa ada gangguan yang kita telah kenal pasti sebelum ini. Kita bebas
melakukannya
·
Pengulangan
·
Mendapatkan maklum balas
pendengar kita
·
Skil presentasi kita lebih teserlah
·
Terus pergunakan tunjuk
ajar yang kita perolehi dari mentor kita atau sifu kita sendiri
·
Sentiasa mahu terus lakukan latihan
demi latihan
·
Pasti menambahkan lagi kefahaman
kita tentang produk yang kita tawarkan
iv.
Tindakan bijak kita bijak pergunakan ‘Power Point’
membantu presentasi kita. Kena ingat jangan di baca apa yang di tulis pada
‘Power Point’ kita tetapi kita terus menghuraikan point-point yang ada ‘Power
Point tersebut agar pemerhati kita lebih mudah memahami apa yang kita ingin
sampaikan dengan lebih berkesan lagi.
v.
Tindakan terbaik semasa melakukan penyampaian
adalah dengan membayangkan
apa yang kita perkatakan. Lebih mudah dengan cara sebegini kerana
apa yang kita pertuturkan adalah mengikut kesesuaian tempat dan kehadiran
pendengar.
Ingin mendapatkan perhatian dari pendengar
kita kena pelajarinya dahulu dari orang yang
biasa melakukannya di samping pendedahan pengalaman yang akan
mematangkan lagi tindakan kita tanpa ada sikap putus asa dan berasa rendah
diri. Keyakinan akan terbina apabila kita sering
melakukan presentasi dan perbaiki mana-mana kesilapan kita untuk
tidak kita ulangi lagi di masa hadapan tanpa merasa jemu. Sentiasa bermotivasi sebagai penanda kita
sering dahagakan kejayaan seperti mana yang kita idamkan sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan