
Apa yang kita perkatakan sama sekali akan dipegang sungguh oleh pelanggan kita. Kalau kita dapat tunaikan satu kelegaan buat kita dan pelanggan. Bagaimana
kalau ia nya cukup sukar dan payah untuk kita kalau ungkapan yang kita berikan
dan janjikan tidak tertunai? Siapa yang akan menanggung akibatnya. Bagaimana kepercayaan
pelanggan tersebut terhadap kita? Boleh lagikah beliau akan berusan lagi dengan
kita? Fikirkan kesannya.
Kesan sebenarnya adalah untuk diri kita sendiri dan bukannya kepada pelanggan tersebut kerana
i.
Akan mengganggu waktu kita melakukan jualan kepada prospek lain
ii.
Tumpuan dan fokus kita akan lari
iii.
Menimbulkan kebencian kita kepada
pelanggan tersebut
iv.
Nama dan karier kita akan tercalar
v.
Kita akan merasa dikongkong dan tertekan
vi.
Tiada siapa yang boleh membantu kita melainkan diri kita sendiri
Berfikir dahulu sebelum menuturkannya terlebih dahulu, jangan sama sekali sesedap mulut sahaja
mengeluarkan kata-kata hanya untuk mempengaruhi prospek/pelanggan kita menerima
tawaran yang kita tawarkan kepada mereka semata-mata mendapatkan penutupan
jualan. Ketahui tentang kesan negatifnya jika kita masih melakukan frasa-frasa
yang diperkatakan supaya diri dan karier
kita tidak terjejas sama sekali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan