Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 11 Februari 2012

JUALAN PENUTUPAN – MAKLUM BALAS PELANGGAN


Antara keadaan untuk mengetahui prospek/pelanggan amat bersetuju dan mahu untuk mengambil dan menerima tawaran produk kita hanya dengan melalui maklum balas -maklum balas yang kita sendiri perkatakan dan tanyakan sendiri kepada mereka yang pada sebenarnya dan hakikatnya bagi mendapat tahu sama ada prospek/pelanggan tersebut masih berminat atau tidak.

Agak membuang masa jika kita masih menunggu reaksi dan respons dari prospek/pelanggan sama ada mereka menerima tawaran kita ataupun tidak. Di sinlah memerlukan kreativiti kita untuk menjana dan mencipta soalan-soalan yang boleh menarik minat prospek/pelanggan bagi mendapatkan maklum balas-maklum balas mereka kepada kita sebagai salah satu caranya kita boleh mengetahui secara asasnya sama ada prospek/pelanggan tersebut bersetuju untuk menerima ataupun tidak.

Antara soalan-soalan yang di kira boleh di gunakan mendapatkan maklum balas dan menarik perhatian serta minat prospek/pelanggan tersebut adalah dengan cara

Boleh saya tahu pandangan Encik bagaimana pula?
Adakah saya berada di landasan yang benar mengikut kehendak dan keperluan encik?
Adakah produk ini dapat memenuhi kehendak dan keperluan Encik selama ini?
Adakah ianya boleh di kaitkan sama ada bersesuaian atau tidak kepada Encik?
Apa yang Encik rasakan setakat ini
Boleh saya tahu pengalaman Encik jika di bandingkan dengan penggunaan Encik selama ini?
Adakah produk ini yang Encik carikan selama ini?”
Bagaimana produk ini?
Masih ada apa-apa lagi yang perlu saya perjelaskan lagi atau masih ada kekurangannya?

Perhatikan maklum balas prospek/pelanggan terlebih dahulu sebelum kita melakukan apa-apa keputusan sama ada prospek/pelanggan tersebut akan menerima tawaran kita atau tidak. Jika maklum balas nya amat positif bermakna kita sememangnya mempunyai harapan yang begitu besar sekali untuk mendapatkan penutupan jualan seperti mana yang kita kehendaki. Tapi jika apa yang ada dapati ianya seolah-olah satu jawapan yang negatif, ini bermakna otak kita kena berfikir laju semula untuk kita memusingkan semula presentasi kita dengan penekanan kepada segala kelebihan, keuntungan dan ke baikkan produk yang kita kepada prospek/pelanggan itu tersebut.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan