Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 17 Februari 2012

MANFAAT MELAKUKAN PRESENTASI


Bercakap, berpidato, menyampaikan dan memberi penerangan dalam melakukan presentasi dan persembahan di hadapan audien dan orang ramai adalah merupakan satu detik  atau keadaan yang boleh mengakibatkan sesorang menjadi takut,risau, tidak tentu hala, gugup, mengeletar, tak terkeluar apa yang ingin di sampaikan dan mengelabah tak tentu fasal. Bukan senang untuk melakukannya apatah lagi apabila berhadapan dengan orang ramai tidak seperti sama sekali kita bersembang dan bercakap dengan rakan taulan kita. Semua ini memerlukan latihan demi latihan, keberanian dan kecekalan untuk memahirkan lagi. 

Sebenarnya banyak faedahnya jika kita berani dan sanggup untuk bercakap atau melakukan persembahan presentasi kepada sekumpulan orang yang ramai pendengarnya. Elakkan ketakutan dan kerisauan kita dengan melakukan keberanian dan kesungguhan kita untuk melakukannya. Jangan dirisaukan kerana selagi kita risau dan takut selagi itu kita tidak ke mana. Banyak kelebihan dan kebaikan jika diri kita sanggup untuk melakukan ucapan dan persembahan di hadapan orang ramai. 

Antara kelebihan-kelebihan yang tidak harus kita lepaskan adalah

i.                     Meningkatkan lagi membina keyakinan diri

ii.                   Berkeupayaan untuk berkomunikasi dengan baik

iii.                  Petah dan mudah mengeluarkan kata-kata

iv.                 Mudah menyampaikan idea dan apa yang ingin di sampaikan

v.                   Dengan mudah dan senang kita tahu apa yang kita ingin ketengahkan

vi.                 Lontaran suara kita semakin baik dan tersusun kata-kata kita

vii.                Kita merasakan pentas ini kita yang punya tanpa gangguan

viii.              Senang dan mudah untuk mempengaruhi secara berkesan

ix.                 Penyusunan ayat dapat dilakukan bersesuaian dengan situasi atau keadaan sekeliling

x.                   Memberi peluang-peluang dan oportuniti-oportuniti yang baru

xi.                 Berkeupayaan untuk memimpin

xii.                 Skil di pertingkatkan lagi

xiii.              Kita gembira dengan apa yang kita lakukan

xiv.              Meningkatkan lagi kualiti dan kepuasan hidup kita






Tiada ulasan:

Catat Ulasan