Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 6 Februari 2012

Hadapi "Nanti saya fikirkan dahulu"


Apabila berlakunya prospek yang memberikan ungkapan ‘Nanti saya tengok dahulu’ tindakan seterusnya sebaik-baiknya pastikan kita tidak mengikut belakang dirinya ke mana sahaja dia pergi mengikut haluan dirinya. Ini akan mengakibatkan dirinya merasakan tidak selesa, rimas dan terasa seperti ada kongkongan berlaku pada diri beliau.  Sebaik-baiknya tindakan sewajarnya dari kita adalah hanya dengan mencari dan menunjukkan jalan bagi membantu prospek yang di hadapan kita dengan fokus dan beri kerja sama yang sewajarnya dengan cara


i.                    Anggap sememang dia mahu melihatnya


Sesuatu yang perlu di beri perhatian oleh kita, kena bersangka baik dahulu iaitu prospek yang kita tanyakan ini sememangnya berminat dengan produk kita.
Cara yang salah : 


Kita - “ Encik, apa yang boleh saya bantu?
Prospek – “ Tak apa, saja berjalan tengok apa yang patut....”


Cara yang sepatunya   
Kita – “ Encik, boleh saya membantu dan untuk maklumat Encik saya ingin tunjukkan kepada Encik tentang produk-produk yang ada kami tawarkan pada hari ini


ii.                  Masih belum mendapatkan idea atau penerangan


Mungkin prospek adalah seorang pemalu dan jenis lidah yang kelu untuk memulakan percakapan dan perbicaraan terlebih dahulu. Kita perlu proaktif untuk memulakan tindakan kita dan memastikan kita tidak kehilangan prospek begitu sahaja.


Cara yang salah :
Prospek – “ Tak apa, saja berjalan tengok apa yang patut....


Cara yang sepatunya   
Kita – “ Encik, boleh saya membantu dan untuk maklumat Encik saya ingin terangkan apa ke istimewaan produk yang ada pada kami supaya Encik mudah pula mendapatkan sebarang maklumat yang Encik perlukan dan kehendaki selama ini


iii.                Tarik perhatiannya
Lakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan minat prospek tersebut untuk berhenti melangkah dan berhadapan dengan kita terus dengan menonjolkan produk-produk yang di rasakan mendapat sambutan ramai dan terhangat di pasaran. Pergunakan segala kelebihan dan kebaikan produk tersebut untuk menarik minat prospek tersebut di samping menggunakan nama organisasi yang kita wakili.


Kita - “ Encik, apa yang boleh saya bantu?
Prospek – “ Tak apa, saja berjalan tengok apa yang patut....


Cara yang sepatunya   
Kita – “ Encik maaf mengganggu, tahukah Encik produk kami telah mendapat pengiktirafan dari agensi penarafan yang mengatakan produk kami adalah antara yang  terbaik jika di bandingkan dengan pesaing-pesaing yang ada?


Jangan mudah putus asa, mencuba tidak salahnya asalkan ianya di lakukan dengan cara yang betul dan di senangi orang. Sentiasa kreatif dalam melakukan apa juga tindakan dan cara kita terutama sekali dalam menarik minat dan keperluan prospek bersama kita. Buka mulut dan jangan sama sekali di kunci mulut itu kerana selagi kita bercakap selagi itu kita menjaja produk kita untuk di terima oleh sesiapa juga tanpa mengira tempat, masa dan ketikanya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan