Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 10 Februari 2012

TUTUR KATA YANG BAIK DALAM JUALAN


Dari ‘Adi bin Hatim r.a. kata: Bahawa Rasulullah SAW pernah bercerita mengenai mereka, lalu baginda berlindung kepada Allah daripadanya, dan memalingkan mukanya tidak kali. Kemudian baginda bersabda, “Peliharalah dirimu daripada api neraka, walaupun dengan (bersedekah) sebelah buah kurma. Jika kamu tidak sanggup, maka dengan tutur kata yang baik”. (Hadis nombor 973 dari Kitab Terjemahan Hadis Muslim Jilid I, II,III & IV)

Sedarilah kita semua agar dengan mempunyai tutur kata yang baik, berhemah dan bersopan santun amat di tuntut dalam Islam terutamanya dalam kita melakukan jualan kerana 

i.                     Prospek/pelanggan akan merasa senang hati menerima kehadiran diri kita

ii.                   Prospek/pelanggan akan turut mendengar dengan baik dan senang hati akan apa yang kita perkatakan kepada mereka

iii.                  Keegoan dan kesombongan prospek/pelanggan boleh di kurangkan dan di minimakan

iv.                 Mudah untuk memberi penerangan dengan berkesan dan di fahami kepada prospek/pelanggan

v.                   Senang mempengaruhi dan mendapatkan respons segera dari prospek/pelanggan yang di temui

vi.                 Kurang berlaku dan terjadinya bangkangan jualan

vii.                Pertemuan dan presentasi boleh di lakukan dalam keadaan yang cukup harmoni dan menyenangkan hati kedua-dua belah pihak

viii.              Apabila prospek/pelanggan berminat untuk meneruskan mendengar apa yang kita ingin perkatakan ini bermakna semangat kita akan memberi kesan yang cukup positif kepada kita untuk lebih bersemangat untuk melakukan jualan terhadapnya

ix.                 Hanya dengan tutur kata yang baik semua orang akan lebih mudah mempercayai kita dan paling menyeronokkan

·         Hebahan mulut mudah berlaku tentang diri dan produk kita

·         Jualan berulang senang di perolehi

x.                   Semangat kita sentiasa bermotivasi untuk melakukan jualan dengan lebih banyak setiap masa dan ketika

Teruskan dengan memberi tutur kata yang baik kerana kita tidak perlu risau jika ada di antara mereka yang terus menerus mencela dan memarahi kita di atas perbuatan baik kita hanya kerana melakukan jualan kerana ini dijelaskan oleh Allah dalam firmannya yang bermaksud: “Orang munafik, yakni mereka yang mencela orang-orang mukmin yang memberikan sedekah dengan sukarela, dan (mencela) orang-orang yang tidak memperoleh (sesuatu untuk disedekahkan) selain hasil jerih payah mereka. maka orang-orang munafik itu menghina mereka. Allah akan membalas penghinaan mereka dengan seksaan yang pedih”. (at-Taubah: 79).




Tiada ulasan:

Catat Ulasan