Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 28 Februari 2012

Hindari dari merendah diri


Agaknya sebagai seorang berbangsa Melayu istilah merendah diri terlalu menebal di dalam diri sehingga merendah diri apa yang disangka kan ini kadang-kadang boleh menjejaskan karier melakukan jualan sehingga apa yang dilakukan, apa yang diperlakukan, apa yang di buat jadi semuanya serba tak menjadi dan menjadi satu igauan pula kepada diri kita sendiri. Perlu kah kita menjadi seperti ini? Apatah lagi jika ini berlaku kepada orang baru di dalam bidang jualan seperti mana yang diperkatakan.

Sesuatu harus dipraktikkan dan dilakukan agar perasaan merendah diri atau baru pertama kali menceburi bidang jualan dapat dilakukan seperti mana orang yang telah berjaya melakukannya. Antara tindakan-tindakan yang perlu kita ambil segera bagi menghilangkan perasaan merendah diri dan menjadi seperti orang lain yang berjaya melakukan jualan adalah dengan cara

i.                    Berazam dengan bersungguh-sungguh
Nawaitu kena betul sebelum kita tetapkan matlamat dan azam kita bagi mencapai cita-cita kita. Berazam dengan bersungguh kemudian disusuli dengan tindakan yang dilakukan secara sepenuh hati pasti mendatangkan hasil yang diperlukan.. Jika mereka boleh melakukannya kenapa kita tidak boleh melakukannya pula?

ii.                  Sentiasa merasa seronok dengan apa yang kita lakukan
Bergembira dan merasa riang sentiasa dalam melakukan tugasan jualan tanpa berbelah bagi. Ubah persepsi kita agar kita sentiasa bergembira dalam keedaan yang ceria untuk melakukan jualan demi jualan.

iii.                Niat untuk membantu seramai yang boleh dan termampu
Kita mampu lakukan penawaran produk selagi kita berusaha untuk membantu orang ramai mendapatkan produk kita untuk kegunaan mereka sebagai bantuan dan penyelesaian kepada masalah mereka. Bila kita yakin dengan sepenuh hati dan perasaan kita secara automatiknya prospek/pelanggan tersebut juga akan merasa akan apa yang kita rasa selama ini. Ini akan membantu jualan kita dengan sendirinya.

iv.                 Berbangga dengan tugasan kita
Yang penting kita begitu minat dan mahu dengan bersungguh-sungguh untuk melakukannya. Kalau kita sudah pun melakukan jualan, berbanggalah kerana kita telah melakukan satu pekerjaan yang baik di sisi agama. Semakin banyak kita membantu orang semakin banyak kita akan perolehi pendapatan ataupun komisen, semakin banyak ganjaran yang datang baik di dunia mahupun di akhirat kelak.

v.                   Kejayaan orang lain jadikan sebagai satu pedoman
Mencari sesuatu yang boleh dijadikan sebagai satu dorongan kuat buat diri kita sendiri amat diperlukan sebagai satu sumber motivasi dan contoh teladan yang perlu diikuti oleh kita sendiri. Perkara-perkara yang baik, cara melakukannya, kejayaan yang pernah di kecapi dan bagaimana bekerja sebagai satu pasukan harus di jadikan satu ikutan dan keperluan yang dimestikan sebagai perangsang dan sumber  dorongan yang baik untuk dijadikan ikutan yang diperlukan sepertimana dalam istilah komputer ‘copy & paste’ sahaja.

Tidak perlu gusar atau pening kepala memikirkan sama ada tindakan kita ini betul ataupun tidak umpama lalang yang sekejap ke kiri sekejap ke kanan ayunannya tidak boleh berdiri tegak langsung dicontohkan sebagai tiada mempunyai pendiriannya yang sepatutnya. Belajar untuk mendisiplinkan dan percaya kepada diri sendiri untuk berjaya dan mencapai akan apa yang di cita-citakan. Bukan orang lain yang menyuruh kita melakukan jualan melainkan kehendak dan kemahuan diri kita sendiri untuk melakukannya. Semuanya ini terletak didalam diri kita sendiri menentukannya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan