Semua orang umat Islam sememangnya
memerlukan apatah lagi mengharapkan limpahan dan
kurniaan Allah tentang kemurahan dan kesenangan mendapatkan rezeki dengan lebih
banyak dan melimpah ruah sebanyak yang boleh. Pemberian nikmat Allah
ini amat luas sekali dan begitu bermakna kepada sesiapa juga yang Allah
kurniakan kerana kurniaan dan pemberian Allah ini tidak mengira siapa pun juga sama
ada Islam ataupun tidak. Siapa yang berusaha insyaAllah mereka akan tetap
menerimanya sesuai dengan apa yang telah beliau usahakan dengan sepenuh hati
dan tenaga mengikut kemampuan seseorang.
Murah rezeki di sini bukan setakat kita di limpahkan dengan mudah mendapatkan
pendapat yang sepatutnya seperti mana yang kita idam-idamkan tetapi
juga murah rezeki yang di maksudkan
di sini adalah
:
i.
Mudah mendapatkan dan memperolehi prospek/pelanggan
ii.
Mudah melakukan pekerjaan yang di usaha kan
iii.
Terbuka hati prospek/pelanggan
menerima tawaran yang di
kemukakan
iv.
Memudahkan proses presentasi kepada prospek/pelanggan
v.
Allah akan lebih banyak
memudahkan lagi urusan jualan kita dari mengalami kesukaran
vi.
Merasakan jualan adalah untuk membantu prospek/pelanggan yang kita temui
vii.
Mengelakkan diri dari merasa takut,
risau, malu dan tekanan perasaan
Berusaha dahulu baru bertawakal
kepada Allah dan bukan
sebaliknya. Tanpa usaha manakan datang rezeki yang di kehendaki (Man Jadda Wajada). Usaha
dan doa adalah seiring. Hamba Allah tidak akan sama sekali melupakan
penciptanya tempat untuk memohon bantuan dan pertolongan. Kita manusia hanya
mampu merancang dan berusaha sahaja tetapi Allah segala-galanya yang
menentukannya. Bertindak bukan seperti orang kafir tetapi bertindaklah sepertimana seorang Muslimin yang
sejati yang sentiasa takut, taat dan setia hanya kepada Allah SWT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan