Satu sikap dan sifat yang
buruk pada kita semasa
melakukan jualan, apabila kita berhadapan dengan prospek/pelanggan kita dan
melalui satu pengalaman yang pahit dan sungguh mengecewakan apabila kita gagal
melakukan penutupan jualan hanya kerana kedegilan
dan bangkangan jualan terjadi, kita terus menerus mengatakan
pelanggan tersebut dengan perkataan ‘BODOH’.
Kita terus merasa begitu yakin dengan pendirian yang begitu tetap mengatakan
pelanggan tersebut sebenarnya betapa bodohnya
orang tersebut.
Sebenarnya kita yang mengatakan
prospek/pelanggan tersebut bodoh atau bangang
kerana sebenarnya hanya terdapat dalam fikiran kita sahaja hanya di sebabkan tiada efektifnya dan penghubung komunikasi
antara kita dan prospek/pelanggan lantas di sebabkan hanya kerana kegagalan
mendapatkan jualan terus kita menganggap bodoh
terhadap mereka. Apabila berlakunya situasi sebegini maka dengan sendirinya akan memusnahkan karier dan diri kita
sendiri di sebabkan
i.
Motivasi jualan kita akan jatuh
merudum
ii.
Integriti kita sebagai seorang yang melakukan jualan akan
turut terjejas
iii.
Kesukaran kita sendiri untuk
berinteraksi dengan orang
lain akan terjejas
iv.
Menganggap diri kita sentiasa berada
dalam keadaan yang betul, benar dan sempurna sahaja
Ini bermakna jika kita asyik mengatakan
prospek/pelanggan tersebut bodoh bermakna
kitalah orang yang sebenarnya mempunyai kebodohan
tersebut. Umpama menunjukkan jari telunjuk kepada seseorang dengan mengatakan bodoh padahal tiga
jari lagi menunjukkan kebodohan tersebut kepada diri kita sendirinya. Kita
sendiri mendoakan kebodohan tersebut
kepada diri kita sendiri. Alangkah malangnya. Ingatlah sentiasa setiap
percakapan yang keluar dari mulut kita sendiri itu sebenarnya adalah satu doa
yang tidak baik untuk kita amalkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan