Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 5 Februari 2012

Ketahui apabila 'NANTI SAYA TENGOK DAHULU'


Suatu realiti kalau kita pergi ke mana-mana ‘shopping complex’ atau Pasaraya-pasaraya besar, budaya nanti saya tengok dahulu atau konsep seperti Window Shopping pasti akan berlaku. Gaya seperti orang yang berminat untuk menerima tawaran yang di paparkan atau di tonjolkan pada premis tersebut, tetapi malangnya prospek tersebut sebenarnya hanya ingin melihat sahaja dan tidak lebih dari itu.

Untuk pengetahuan kita, ayat  nanti saya tengok dahulu sebenarnya bukannya satu bangkangan jualan yang berlaku kerana kita sebenarnya tiada melakukan apa-apa pun kepada prospek tersebut memberikan penerangan ataupun presentasi kepada prospek tersebut. Prospek lebih suka berjalan-jalan ke hulu ke hilir mencari apa yang dia perlukan seolah-olah bantuan dari kita amat-amat tidak di perlukan. Perlu di fahami, sememangnya naluri manusia tidak akan melihatnya pada produk yang tidak menarik perhatiannya minatnya.

Bila terdapat prospek berlegar-legar seperti mencari sesuatu, mungkin ini boleh memberi tanda dan makna kepada kita iaitu

i.                     Mungkin ada sesuatu di dalam fikirannya

ii.                   Mendapatkan info secara menyendiri

iii.                  Ingin melakukan perbandingan harga terlebih dahulu

iv.                 Risau takut tidak mampu ataupun bukan tarafnya

v.                   Belum dapat idea sepenuhnya

vi.                 Malu sesangat walaupun sebenarnya prospek tersebut yang hendak dan mahu mengunakan produk tersebut
Kena pandai ambil peluang supaya tidak terlepas begitu sahaja. Mana tahu ia nya adalah rezeki kita. yang penting kita berusaha untuk kenal pasti apa yang diperlukannya agar di kemudian hari nanti kita pasti tidak akan merasa menyesal pula. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan