Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 16 Februari 2012

SUMBER INSPIRASI PENAIK SEMANGAT


Sebenarnya banyak yang boleh di jadikan sebagai satu sumber inspirasi dan penaik semangat. Carilah sesuatu yang boleh menjadi sesuatu yang boleh mendorong kita atau sumber inspirasi buat kita sebagai pendorong kuat dan motivasi yang terbaik untuk kita supaya kita tidak mudah leka, alpa, mudah kecewa putus asa dalam menghadapi sebarang kemungkinan jika ada berada dalam sesuatu yang boleh menyebabkan kita berasa lemah dan kecewa. 


Antara pendorong-pendorong kuat buat kita jadikan sebagai satu ‘tools’ pendorong, motivasi dan kekuatan mental kita adalah


i.                    Wang ringgit.
Semakin banyak kita boleh menghasilkan wang ringgit semakin mendorong kita untuk melakukannya lebih banyak dan banyak lagi mencapai semaksimum yang termampu oleh kita untuk melakukannya. 


ii.                  Pangkat dan jawatan
Adat makan gaji, sasaran kita adalah untuk menjawat jawatan setinggi yang boleh dan termampu. Takkan seumur hidup kita untuk menjadi orang bawahan dan suruhan sahaja. Kita mesti tentukan untuk menjadi bos suatu hari nanti sebagai satu sasaran dari sekarang supaya suatu hari nanti akan menjawat jawatan seperti mana bos kita berada. 


iii.                Bina nama kita sendiri
Tidak perlu menjadi seorang selebriti keluar masuk di media massa tetapi memadailah jika kita masih dapat membantu orang-orang yang kita temui dengan memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada mereka. Bukan mudah tapi jika sudah di bina kita sendiri akan mula mendapat faedah dan kebaikannya kerana hebahan mulut pelanggan-pelanggan kita itu lebih hebat tersebarnya jika di bandingkan dengan edaran flyers. 


iv.                 Keluarga bahagia
Selagi pendapatan yang kita cari itu bersih dan bukan dari sumber yang tidak diizinkan Allah SWT selagi itulah kita akan mempunyai satu keluarga yang bahagia yang mana ahli keluarga dalam rumah tersebut akan sentiasa mendoakan kepada Allah agar kita sentiasa melakukan perkara-perkara yang di tuntut oleh Agama dan sentiasa mudah melakukan tugasan kita demi mencari sumber rezeki yang halal dan berkat selalu. 


v.                   Amal jariah
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:  Dunia itu untuk 4 jenis hamba: Yang pertama, hamba yang diberikan rezeki oleh Allah serta kefahaman terhadap ilmu agama. Ia bertakwa kepada Allah dalam menggunakan hartanya dan ia gunakan untuk menyambung silaturahim. Dan ia menyedari terdapat hak Allah pada hartanya. Maka inilah kedudukan hamba yang paling baik. (HR. Tirmidzi, no.2325, ia berkata: “Hasan sahih”)

vi.                 Tunjukkan kita orang yang paling hebat
Bukan untuk membangga diri atau menyombong tetapi menjadikan diri kita sebagai satu idola dan ikutan kepada orang lain terutama di hadapan rakan sekerja kita dan pihak pengurusan kita. Kita memang layak menjadi orang paling ‘terror’ asalkan kita benar-benar buktikan dan tunjukkan yang kita benar-benar berprestasi mengikut arahan yang diberikan oleh pihak pengurusan. 


vii.                Allah segala-galanya.
Firman Allah SWT bermaksud “Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung” Surah Ali-Imran Ayat 173. 


Gunakanlah sumber inspirasi kita sendiri sebagai satu alat atau ‘tools’ yang sentiasa kita sendiri boleh dan mampu gunakan sebagai senjata paling baik untuk kita bawa bersama sebagai sumber motivasi dan pendorong kepada kejayaan karier dan jualan kita sendiri. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan