Kerana terlalu ghairah untuk mendapatkan penutupan jualan
seperti mana yang kita ingini, kadang-kadang kita terlupa apa yang kita
perkatakan nanti boleh dan akan menjerat semula kepada diri kita. Kita terjerat dengan apa yang kita perkatakan akan turut menjejaskan diri dan karier kita juga di dalam jualan. Niat kita hanya nak selesaikan jualan kita tapi malangnya bahana masalah pula yang akan timbul kepada diri kita.
Fikirlah sebelum melakukannya kerana setiap perkataan yang kita luahkan itu merupakan janji kita yang perlu dikotakan dan dipenuhi oleh kita sendiri kepada prospek/pelanggan kita.
Ungkapan-ungkapan yang perlu kita jauhi dari menyebutnya adalah
‘Percayalah kepada saya’
‘Semua
itu tiada masalah’
‘Yakinlah,
kita akan menyesal nanti’
‘Mesti
boleh punya’
‘Jangan
takutlah kalau dengan saya’
‘Tiada
apa pun yang boleh merugikan’
Itulah ungkapan-ungkapan yang silap hari bulan boleh memakan diri kita sendiri jika kita tidak berhati-hati apabila meluahkannya kepada
prospek/pelanggan. Apabila kita berkata begitu, ini bermakna kita telah berikan kepada prospek/pelanggan tersebut
i.
Satu kepastian yang sebenarnya kita sendiri tidak pasti
akan kebenarannya
ii.
Pelanggan akan mengungkit apa yang kita perkatakan jika terdapat kegagalan
iii.
Pelanggan akan mencari salah kita jika pelanggan tidak berpuas hati
iv.
Satu senjata kepada pelanggan jika apa yang
dihajatinya tidak tercapai
Kerana itu kita disarankan agar kita lebih berhati-hati dan berwaspada akan apa yang telah kita perkatakan. Terlalu ghairah ingin mendapatkan
pentutupan jualan terjadi pula satu perangkap yang tidak dingini memerangkap
kita. Berfikir dahulu sebelum mengeluarkan apa yang ingin kita perkatakan tahan gelombang keghairahan kita inginkan segera mendapatkan persetujuan mereka. Setiap tindakan yang bijak sudah pasti akan memberi kesan yang
baik semula kepada kita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan