Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 23 Februari 2012

Muhammad Ali - Kata-kata semangat


Muhammad Ali yang di lahirkan pada 1942 adalah seorang peninju legenda cukup terkenal hasil dari gaya bertinju yang menarik dengan pelbagai gaya dan ragam sebelum, semasa dan selepas beliau bertinju. Muhammad Ali adalah satu-satu peninju di dunia ini yang masih memegang rekod menjadi juara dunia tinju heavyweight sebanyak tiga kali. Mula di kenali sebagai Cassius Marcellus Clay dan memeluk agama Islam pada tahun 1964.

Antara kata-kata terkenal nya yang boleh kita pergunakan sebagai satu sumber inspirasi kepada karier jualan kita adalah antaranya

Saya yang terbaik, Saya mengatakannya bahkan sebelum saya mengetahuinya.

Kejayaan pasti datang asalkan kita yakin kita boleh berjaya sama ada kita mengetahuinya ataupun tidak. Semangat beginilah yang harus kita dapati dalam diri kita sendiri sebagai satu dorongan dan sumber motivasi terbaik buat kita semua. Jangan mudah mengalah, putus asa dan kecewa hanya di sebabkan kita merasakan kita gagal dan sukar melakukan jualan. Lakukan dahulu dan jangan fiirkan dahulu baru kita ketahui sama ada boleh atau tidak melakukannya. Katakan sentiasa dalam diri kita yang kita adalah seorang yang berjaya untuk kita set kan dalam pemikiran kita supaya diri kita sentiasa terdorong dan bermotivasi untuk menjadi seorang yang berjaya sentiasa.


Saya benci latihan pada setiap masanya, tetapi saya berkata, “Jangan berhenti. Menderita sekarang dan menjalani sisa kehidupan Kita sebagai juara.”

Satu kenyataan yang menyatakan latihan demi latihan adalah satu yang membosankan tetapi suka atau tidak terpaksa dilakukan demi memastikan setiap pergerakan adalah betul, teratur dan konsisten. Biar pada permulaannya terpaksa melakukannya dengan teruk dan sukar tetapi lama-kelamaan ia akan menjadi satu tabiat yang baik dan berdisiplin bagi memastikan pada akhirnya kejuaraan bakal menjadi apa yang di idamkan. Dalam jualan latihan dan ‘role play’ amat di perlukan bagi memantapkan lagi cara kerja dan tugasan dalam jualan supaya apabila berhadapan dengan prospek/pelanggan kita akan lebih lagi nampak sempurna, tidak gugup dan mudah untuk melakukannya. Latihan mengajar kita kemahiran dan berkeupayaan untuk melakukannya. Sememangnya latihan sesuatu yang menjemukan tetapi jika ia dilakukan secara konsisten setiap masa sudah pasti kita akan lebih menjadi sempurna seperti mana yang di harapkan. Jangan mengeluh dan merasa kecewa kerana melalui latihanlah kita akan menjadi lebih sempurna dan berkemahiran. Bukan mudah untuk berjaya tetapi jika ada kesungguhan pasti kejayaan milik kita juga.


Dia yang tidak cukup berani untuk mengambil risiko, tidak akan mendapatkan apa-apa dalam hidupnya.

Apa juga yang kita lakukan mesti ada halangan, cabaran dan dugaan yang pasti kita kena tempuh dan hadapi. Tiada pekerjaan di dunia ini yang tiada mempunyai risikonya untuk kita hadapi. Ujian Allah pasti datang bagi menguji diri kita sama ada kita sabar atau tidak, boleh atau tidak, bersedia atau sebaiknya untuk kita tempuhi dengan tenang dan sabar.  Firman Allah bermaksud "orang-orang yang bersabar itu ialah mereka yang apabila ditimpa dengan ujian maka mereka akan berkata, 'sesungguhnya kita milik Allah dan kepada Allahlah kita akan di kembalikan' . Mereka ini beroleh Rahmat dan Kebaikan dari Allah serta mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk". (Surah Al-Baqarah  156-157). Selagi kita merasa takut untuk melakukannya selagi itulah risiko akan mengekori kita sentiasa. Hadapilah ia dengan satu ketenangan dan yakin selalu yang kita sememangnya boleh melakukannya.

Jika fikiran sering memikirkannya, dan hati saya sering mempercayainya – maka saya pasti mencapainya.

Set kan dalam fikiran kita apa yang sering kita idamkan dan mahukan untuk kejayaan diri kita, yakin boleh melakukannya sudah pasti kita boleh menempuh dan lakukannya jua. Kepercayaan kita akan mendatangkan keyakinan kepada diri kita untuk melakukannya sehingga kita berjaya juga mencapai apa yang kita ingini dan mahukan. Tetapkan sasaran kita supaya kita merasakan kita mampu untuk melakukannya tanpa kita kira apa juga cabaran dan dugaan yang perlu kita tempuh. Yang penting adalah keputusan akhir yang akan kita dapati hasil dari kesungguhan dan  keupayaan kita sendiri


Untuk menjadi seorang juara hebat Kita harus percaya bahawa Kita yang terbaik. Jika tidak, berpura-puralah.

Sentiasa yakin kita adalah seorang yang hebat di muka bumi Allah ini. Bukan hendak mengajar menjadi seorang yang takabbur dan riak tetapi sebagai satu alat pada diri kita sendiri pembakar semangat dan pendorong motivasi sendiri supaya sentiasa bergerak dan di lakukan menjadi orang yang terhebat di dalam karier jualan kita sendiri. Kitai kata kita masih gagal untuk menyempurnakannya, berpura-puralah seketika seperti seorang yang hebat supaya kita sentiasa mahu dan hendak menjadi orang yang paling terbaik. Kalau kita telah memulakan semangat yang putus asa dan kecewa bermakna kita dengan sendirinya akan meranapkan dan memusnahkan karier kita sendiri. Yakin dan percaya kita yang terbaik pasti hasilnya nanti akan memberikan keputusan yang terbaik juga buat diri kita.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan