Sememangnya jika kita terlalu melayan perkara-perkara yang negatif sampai bila-bilapun kita
akan gagal. Umpama kita menaiki sampan, pendayung yang ada jika kita
masih tidak menggunakannya untuk mendayung sampai bilapun kita akan berada di
situ juga mengharapkan aliran air sahaja untuk menggerakkan kita. Adakah ini
yang kita harapkan? Tanpa usaha dan fokus yang betul, tanpa keazaman dan
kesungguhan yang ada, kita tidak akan kemana-mana. Hanya memikirkan kegagalan
dan kekecewaan sahaja. Sepatutnya semakin banyak kita berhubung dengan orang
ramai ataupun dari leads yang ada pada kita akan lebih mematangkan dan merubah
semakin baik dan berkualiti tinggi untuk kita mendapatkan pelanggan dan
mengurangkan kesukaran yang kita alami selama ini.
Mungkin kesilapan-kesilapan
begini dapat di kurangkan dan dihapurskan dimasa hadapan dengan cara
i.
Tiada skirp yang di lakukan
Skrip yang baik
datangnya dari pengalaman sendiri. Mulakan dengan skrip yang ada pada orang
yang berjaya, gunakan dan setelah dicuba banyak kali olahkan ia supaya
bersesuaian dengan kemahiran kita pula. Belajar sepenuhnya dari pengalaman yang
di hadapi
ii.
Menggunakan penarikan atau penolakan
Sentiasa bertenang
dan memastikan prospek tersebut telah faham dan jelas apa yang kita perkatakan
kepada prospek tersebut. Tunjukkan yang kita ingin membantu dan bukannya untuk
menjual terlebih dahulu.
iii.
Leads yang ada tidak memadai
Lakukan perancangan
yang sepatutnya bagi mendapatkan leads-leads yang sentiasa mencukupi dan
memadai supaya secara konsisten kita boleh lakukannya secara
bersungguh-sungguh.
iv.
Maklumbalas pertanyaan
Jangan sama sekali
biarkan setiap soalan yang di kemukakan tidak diberi penerangan yang memuaskan
hati prospek tersebut. Selagi prospek gagal mendapat jawapan sepertimana yang
sepatutnya selagi itulah kita akan gagal mendapat temu janji seperti mana yang
ada mahukan.
v.
Menyatakan harga dengan segera
Kebiasaan orang
ramai, prospek akan cuba meminta seberapa segera harga bagi produk yang di
tawarkan kepadanya walaupun prospek tersebut tahu dan sedia maklum akan
kesudian kita untuk menceritakn seberapa banyak kelebihan produk kita untuk
mencapaikannya terlebih dahulu.Cuba elakkan dan beri perhatian sewajarnya
supaya segala kelebihan produk yang ada untuk kita sampaikan dapat dimaklumkan
kepengetahuan prospek terlebih dahulu dan seterusnya bagi mendaptkan temu janji
yang mana yang di harapkan.
vi.
Terlalu membuang masa dengan orang
yang tidak berminat
Masa itu sangat
berharga kerana jika tindakan kita betul sudah pasti akan sudah berjaya
menjimatkan masa kita dan melakukan perkara lain pula bagi kita.
vii.
Banyak sangat bercakap
Susunan ayat kita
perlu kemas dan mudah di fahami agar prospek yang mendengarnya akan lebih mudah
faham. Jangan terlalu banyak bercakap sehingga prospek yang hendak bercakap
atau mencelahpun agak sukar di buatnya. Sebaik-baiknya biarlah prospek yang
banyak bercakap dari kita kerana lagi banyak prospek itu bercakap maka mudah
lagi untuk kita mengetahui akan apa yang di perlukan dan di mahukan oleh
prospek tersebut.
viii.
Tidak memahami kehendak prospek
Sebaik-baik tindakan
tanyahlah terlebih dahulu, dan jika prospek mengatakan sibuk, kita terus cuba
tetapkan tarikh dan waktu yang sesuai untuk kita berhubung semula. Banyak
maklumkan kepada prosepk tersebut kelebihan produk kita dari menceritakan
kepada beliau tentang ciri-ciri produk kita.
ix.
Gagal mendapatkan persetujuan
Nyatakan kesudian kita
untuk bertemu dengan prospek tersebut bagi memudahkan kita melakukan presentasi
sepatutnya bagi penerangan kepada prospek tersebut supay lagi jelas dan
permudahkan urusan penutupan jualan. Selagi kita gagal dapatkan persetujuan
melakukan temu janji bertemu dengan prospek tersebut selagi itulah kita gagal
dalam tele marketing kita.
x.
Tiada pengakhiran dalam perbualan
Setakat berkenalan
sahaja dengan prospek bermakna kita masih gagal lakukan jualan dan itu bukannya
matlamat utama kita. Kita kena pandai memainkan peranan kita agar perbualan kita
dengan prospek kita, kita yang sebenarnya mengawal keadaan perbualan tersebut
dan tidak sama sekali prospek tersebut. Jangan biarkan pengakhiran perbualan
hanya tinggal perbualan sahaja tanpa mendapatkan satu kata putus tentang temu
janji yang perlu dilaksanakan.
xi.
Gagal melakukan ‘follow up’
Kisah menyayat hati
yang tidak sepatutnya berlaku hasil dari kealpaan dan tidak mengambil berat
hanya kerana kesilapan dari diri kita sendiri. Imej kita dan organisasi perlu
di jaga apabila kita sudah mula berjanji dengan prospek kerana kalau kita
gagal, sampai bila-bila prospek tersebut akan hilang kepercayaannya kepada diri
kita dan nama organisasi juga akan tercalar.
Lakukanlah sebaik mungkin apatah lagi berurusan dengan orang yang
baru kita ketahui dan kenali. Jangan di persia-siakan kerana yang rugi nanti
adalah kita sendiri dan bukannya orang lain. Dah tahu itu adalah kesilapan,
jangan diulangi lagi tapi diperbetulkan sentiasa supaya skil kita dapat dipertingkat seterusnya menjadi seorang yang pandai
dan pakar dalam mana kita berurusan secara talian telefon dengan
sesiapa juga yang kita berkehendakkan. Sentiasa lakukan yang terbaik supaya
prospek tersebut bukan sahaja menjadi pelanggan kita tetapi juga akan menjadi
kenalan kita suatu hari nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan