Bagi menghasilkan penutupan jualan yang terbaik dan dikehendaki, persiapan
yang rapi perlu dilakukan hanya semata-mata memastikan segala proses jualan
dilakukan dengan sebaik mungkin. Persiapan yang dilakukan bukan sahaja setakat persediaan dalam bentuk fizikal dan
teknik-teknik jualan tetapi juga skil jualan perlu dikemas kini dan
dipertingkatkan sentiasa. Satu lagi persediaan
kita dalam melakukan jualan ini adalah dari segi persediaan mental, pemikiran dan psikologinya. Tanpa persediaan fizikal dan mental seperti pemain sukan sebelum pergi
bertarung pasti pada akhirnya kegagalan juga yang ditempuhinya. Di waktu itu segala
penyesalan dan kekecewaan sudah tidak berguna dan sia-sia sahaja.
Persiapan secara mental yang perlu kita lakukan adalah seperti berikut
i.
Sentiasa ingat untuk membantu orang seramai yang boleh
Selagi kita mahu untuk membantu orang tidak
kira siapa, ganjaran dari Allah SWT amat hebat untuk diperolehi. Set kan dalam
fikiran kita untuk sentiasa menghulurkan bantuan dan pertolongan kepada sesiapa
juga yang kita temui terutama kepada prospek/pelanggan kita. Bila lagi kita
mahu berbakti dan berjasa kepada orang ramai.
ii.
Masalah yang ada jangan difikirkan dahulu
Semasa melakukan tugasan menjual, fokus kita
amat diperlukan semasa berhadapan dengan prospek/pelanggan. Timbul apa juga masalah yang ada dalam diri kita
eloklah di lupakan seketika dan jangan sama sekali dibawa bersama ketika
berhadapan dengan prospek/pelanggan kerana apabila berhadapan dengan mereka,
sama sekali mereka tidak mahu mendengar masalah kita kerana pada mereka masalah
yang ada pada mereka pun tidak dapat diselesaikan ini pula masalah kita.
iii.
Fikirkan tindakan selepas jualan berlaku
Sentiasa fikirkan apa tindakan selanjutnya
dari kita dan bukannya sekadar berhenti apabila melakukan jualan. Banyak proses
lagi kita perlu lakukan selepas melakukan penutupan jualan. Ini semua kita
mesti uruskan dan jangan sama sekali mengharapkan bantuan dan pertolongan orang
lain kerana kita yang kenal pelanggan tersebut dan kita jugalah yang harus
menjaganya sampai bila-bila kerana pelanggan tersebut telah mula percayakan kita
dan tidak sama sekali kita biarkan kepercayaan orang berlalu begitu sahaja.
iv.
Pendapatan dorongan utama
Tidak dinafikan orang yang bekerja adalah
untuk mencari sumber pendapatan yang halal, bersih dan mencari keberkatan dari
Allah SWT. Setakat gaji bulanan sahaja memang tidak mencukupi jika dibandingkan
dengan kemahuan dan keinginan yang tinggi dari kita. Berusahalah ke jalan yang
dibenarkan dan bukan sama sekali
mengambil langkah mendapatkan pendapatan tambahan dari jalan yang tidak diredhai.
v.
Doa adalah senjata utama
Tiada siapa yang boleh membantu kita
melainkan Allah SWT. Senjata utama orang mukmin adalahlah berdoa. Berdoa tanpa
usaha sampai bila-bila pun tak termakbul doa tersebut. Usahalah dahulu kemudian
berserah dan bertawakal kepada Allah. Berdoa kepada Allah agar segala perbuatan
kita dipermudahkan sentiasa dan dijauhkan sama sekali kesukaran. Kalau ada
kesukaran yang timbul, kena anggap itu adalah satu ujian dari Allah SWT menguji
kesabaran dan keteguhan iman kita terhadap Allah SWT.
Elakkan virus minda iaitu suka kemukakan alasan apabila kita gagal melaksanakannya. Melakukan jualan
apabila gagal bukan bermakna mencari seberapa banyak alasan yang sepatutnya
untuk menunjukkan kita masih relevan dan pandai melakukan jualan. Sepatutnya kita
kena perbaiki segera kegagalan tersebut dengan pembetulan sepatutnya bermula dari
dalaman diri kita, seterusnya kepada skil jualan kita dan sasaran
prospek/pelanggan kita sepatutnya. Kenal pasti secara realiti dan tidak sama
sekali dari mulut kita sahaja. Kejayaan dicapai dengan kesungguhan untuk melakukannya dan tidak sama
sekali kesungguhan dalam memberi alasan. Kita penentu segala-galanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan