Tidak di nafikan apabila melakukan
presentasi yang di kehendaki lebih-lebih lagi di hadapan audiens yang ramai,
penggunaan nota amat di perlukan bagi memastikan
setiap apa yang di perkatakan dan di ucapkan dapat di lakukan dengan baik dan
lancar. Maklumlah kita manusia
terlalu sangat pelupanya. Habis segala nota-nota kita bawa sekali
sebagai satu bahan mudah memberikan penerangan.
Itu tidak
termasuk lagi bab gementar dan kerisauan berhadapan dengan
pendengar-pendengar nanti. Semuanya itu perlu di lalui dengan baik dengan penuh
bijaksana. Lihatlah bagaimana seseorang yang menyampaikan ceramahnya satu
keping nota pun tiada dalam genggaman dan tontonan beliau sama sekali apabila
memulakan ceramahnya. Cukup bersahaja dan berkeyakinan tinggi. Tidak kah kita mahu menjadi orang-orang yang sebegitu
rupa dan hebat apa bila di lihat?
Antara keburukan melakukan presentasi bersama nota adalah
i.
Orang yang berada di hadapan kita melihat kita tidak mempunyai
keyakinan memandangkan kita terlalu sibuk melihat nota dari diri
mereka sendiri
ii.
Kita rasa yakin tetapi orang lain memandang kita tiada
keyakinan
iii.
Kita mudah gugup dan panik jika kita dapati nota kita
bercelaru dan tiada pula
iv.
Menyemakkan pemandangan seseorang
v.
Akan mengganggu tugasan
kita
vi.
Kita akan mengutamakan nota kita dari prospek/pelanggan
yang berada di hadapan kita
Belajar dari orang yang
berjaya. Pengalaman
mematangkan lagi tindakan kerjaya kita. Semakin
banyak kita lakukan semakin ianya mudah untuk kita lakukan lagi
bila-bila masa yang kita mahukan dan perlukan. Kita bertambah
yakin dan tenang menghadapi apa juga situasi yang kita hadapi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan